Chapter 11.

549 77 78
                                    

Lisa POV

"Kalau dekat China, kekwa ni simbolik dia kesedihan. In Europe, kekwa yang bend symblized untuk kematian. Dekat US, it represents something positive and joyful. Also, certain country symbolized chrysanthemum as honesty and love. Mostly its symbolized good things," terang Kai seringkas yang mampu.

Aku cuba memproses setiap perkataan yang ditutur Kai. Tak sangka bunga ni membawa pelbagai makna dan simbol.

"Oh, macam tu. Wow, macam mana kau boleh tahu semua tu?" tanyaku. Ngek lah Lisa, kan dia dah cakap dia minat bunga.

Ok rasa nak tampar mulut sendiri sebab tanya soalan bongok :')

"Mama yang pernah bagitahu abang sebab dia suka sangat bunga kekwa ni," balas Kai.

Jujur, aku boleh nampak dia memang suka datang sini. Waktu dekat pintu gerbang ke taman ni pun aku perasan mata dia shining macam budak kecil nampak mainan kat pasaraya eventhough he didn't say anything. Lel.

"Susah nak jumpa lelaki yang having interest in flowers," ujarku lagi. Sebenarnya, aku tak tahu nak cakap apa maka aku cakap je lah apa-apa yang terlintas di fikiran.

Dia sedikit ketawa."Yeke? Entahlah abang tak tahu pula," matanya kembali memerhati bunga di sekeling taman tersebut.

Eh aku baru nak puji dia sebab dia tahu pasal bunga tapi dia balas macam tu je. Balik jelah macam ni. Hmph.

"Syok sangat ke tengok bunga sampai tak nak tengok aku?" bisikku perlahan. Hanya untuk pendengaran diri sendiri sebenarnya.

"Ya? Lisa ada cakap something?" dia menoleh ke arahku.

Oops aku tercakap kuat eh tadi? Tapi bagus juga, akhirnya dia toleh pun.

"Eh tak, mana ada lah. Aku tak cakap apa pun. Kau silap dengar lah tu," aku tersengih mempamerkan gigi. Harap-harap dia tak dengar. Kalau tak, malu je.

Dari jauh sudah kelihatan kelibat Mingyu dan Nayeon yang berjalan ke arah kami berdua. Eh habis dah ke tangkap gambar? Kejap pula.

Eh jap! Baguslah dah habis! Tak adalah aku kena duduk dengan Kai berdua kat sini. Fuh lega beb. Terasa macam beban 80kg di bahuku terlepas.

"Tu mak nenek dan atuk dah siap dah," kataku lalu bangun. Kai memalingkan muka ke arah yang aku tunjuk lalu turut sama bangun. "Okay, jom pergi tempat lain pula,"dia tiba-tiba menarik lenganku.

Aipp apa ni sesuka hati nenek moyang dia je tarik-tarik aku. Ingat aku ni beg tarik ke ha?

Tapi macam biasa, aku hanya diam. Aku tak tahu apasal aku tak bersuara. Tiba-tiba jadi bisu :')

"Let's go!" jerit Nayeon dari jauh. Uish semangat! Perlu ke menjerit ha mak nenek? Padahal aku dah terang-terang nampak dorang nak keluar tau.

Kami berempat keluar dari taman tersebut untuk menuju ke tempat pameran seterusnya. Tapi, aku rasa hauslah.

"Awak, jom beli air kat sana jap. Hauslah," pinta Nayeon. Eh macam tahu-tahu je. Ni aku sayang kau ni Nayeon! Hehe.

Mingyu hanya menurut memandangkan aku rasa dia pun haus sebab tangkap gambar banyak sangat. Eh boleh ke macam tu?

Kami berjalan menghala ke tempat orang menjaja. Tapi aku baru perasan sesuatu. Mana Kai?

Aku memandang sekeliling. Eh tak ada pun? Ajaib.

Kami sampai di tempat yang dimaksudkan. Ada bermacam jualan di situ. Aisy nasib baik tau aku kenyang lagi. Kalau tak, semua aku hentam makan.

"Nikmatnya," aku menyedut air tin yang baru dibeli tadi. Cuaca yang agak panas membuatkan tekak cepat kering.

[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Where stories live. Discover now