Chapter 2.

1.3K 139 176
                                    

"Hai sayang," ucap Kai yang entah dari mana dia datang entah, then tiba-tiba je muncul depan aku. Lepas tu sayang-sayang pulak ei gila!

Aku mencebik tanda menyampah. "Yek, siapa sayang kau? Bukan aku yang pasti," kataku sambil membetulkan beg yang aku sandang di bahu kiri aku. Aduh, berat lak beg ni. Menyesal aku bawa tau.

"Eh awak lah sayang abang. Buat tak tahu pula sayang ni," Kai tersenyum manis lalu mengenyit mata kepadaku. Apa? Sakit mata eh? Aku cungkil nanti padan muka!

Lihatlah buaya di hadapanku ini wahai kaum hawa semua. How could the girls fall for him?? 'Kebuayaan' dia terserlah tahu tak?!

"Sorry i don't know you. I dont even have interest to know you okay," aku membalas, memandang Kai dgan muka yang malas. Faham tak aku tak suka? TAK SUKA!

Kai mengetap bibir lalu mengukir senyuman termanisnya lagi. Ya, walaupun aku tak suka dia, aku terpaksa mengaku senyuman dia memang manis!

Sebab tu ramai cair but sorry not me. Not my style.

Aku lebih suka lelaki yang smart, macho. Macam Lee Dong Wook ke, Ji Chang Wook ke pergh so handsome!

Ok maaf aura gedik termuncul pulaks.

Setakat macam Kai ni,  hmmmmm.

No comment.

"Bila sayang cakap macam tu kan, entahlah kenapa lagi bertambah sayang abang kat sayang tau," balas Kai. Dia bergerak ke depan selangkah mendekatiku.

Aku bergerak ke belakang selangkah. Nampaknya nasib tak menyebelahi aku sebab kat belakang aku dinding! Kalau gerak lagi nanti maksudnya terus terlanggar dinding.

And I dont want that to happen.

Kai semakin mendekati aku. Aku merenungnya tajam. Entah kenapa, aku tidak mampu mengeluarkan apa-apa kata. Apa makin dekat ni Kai? Jangan dia buat benda bukan-bukan sudah!

Dia tiba-tiba merapatkan wajahnya dengan wajah aku membuatkan aku menjegilkan mata sehabis boleh. Entah macam manalah rupa aku kan. Mesti huduh!

Tapi, ada aku kisah? Lagi bagus muka aku hodoh dpan dia. Takdelah dia suka aku dah. HAHA.

Aku merenung ke dalam mata 'Abang Kai' (sumpah aku rasa nak muntah panggil dia abang euw!) yang juga merenungku.

Jantung aku secara tiba-tiba terasa lain macam. Deheck?

Jantung siapa je yang boleh berada pada ritma yang normal bila seseorang merenungnya begitu dalam?

Kalau ada pun, bukan jantung aku lah tu.

Kai mengukir senyum. Lagi. Asyik senyum je mamat ni, tak penat ke? Dia lalu mengangkat tangan kanannya mendekati mukaku. Apa dia nak buat ni??

"Ada bulu mata gugur lah sayang," katanya lalu menyentuh pipi kananku untuk mengambil bulu mata yang gugur itu. Sejuknya tangan dia!

Aku memandang jarinya. Memang ada bulu mata rupanya. Aku ingat apalah dia nak buat tadi. Fuh buang masa je jantung aku laju macam orang lari marathon 10km.

Eh, aku harap dia buat apa?

TAK. AKU TAK HARAP APA-APA OK SEKIAN.

"Oh, thanks," hanya itu yang mampu aku balas kepadanya. Yelah, nak cakap apa lagi? Tiba-tiba terasa kekok selepas kejadian tadi.

"Sama-sama kasih. Orang cakap kalau bulu mata gugur, tandanya ada orang rindu," Kai menaikkan sebelah keningnya. Apa kau ingat Ziana Zain ke angkat-angkat kening?

Aku diam. Siapa pula rindu aku? Hm mungkin ibu agaknya. Dah dua minggu tak jumpa ibu. Ibu, I miss you.

"Sayang tak nak tanya ke siapa rindu sayang?" aku tersedar dari lamunan. Ish, kacaulah bangKai ni. Aku baru nak feeling sedih jap.

"Siapa?" aku bertanya malas. Nada suaraku mendatar. Sebenarnya aku nak tahu juga jawapan dia tapi yelah takkan aku nak tunjuk aku berminat? Acah!

"Abang lah rindu sayang. Sehari abang tak jumpa sayang, rasa macam hidup abang ni tak lengkap tau," Kai menjuihkan bibirnya ala-ala nak bermanja.

Bermanja dengan aku? Ei jangan harap!

Aku membuat muka tanda geli. Weh, tolonglah, sesiapa je tolonglah aku. Kalau sehari aku tak dengar ayat dia yang menggelikan ni tak boleh ke? Eii stress i.

"Senyap tanda setuju tau," kata Kai tiba-tiba. Setuju apa pula ni? Duh, boleh migrain aku kalau layan mamat ni lebih daripada 5 minit!

"Setujuuuuuu..." Kai tiba-tiba mendekatkan mukanya denganku lagi tapi kali ni, dia menundukkan kepalanya ke arah telinga kananku.

"Kahwin dengan abang," bisiknya perlahan. Aku terkedu. Kaku. Macam mana nak respond ni?

Dia kembali ke posisi asalnya. Memandangku sambil meletakkan kedua belah tangan di dalam poket seluar jeans hitamnya.

Kai mengusap kepalaku perlahan, "Bye, esok abang cari sayang lagi," dia senyum menampakkan giginya yang tersusun lawa. Layak masuk iklan Colgate! Eh jap aku ni asyik Colgate je em ok tukar. Iklan ubat gigi Safi!

Aku hanya memandang kelibatnya yang berlalu pergi. Itulah Kai. Sehari tak ganggu hidup aku, bukan Kai lah tu!

Tapi, tadi bila dia cakap 'kahwin dengan abang' kenapa aku rasa lain macam...?

Suara dia lembut sangat. Terasa seperti dia melamar aku secara tak langsung dan serius, hampir membuatkan aku melt.

Aku menggeleng-gelengkan kepala dengan laju. Ni kalau orang lain nampak, mesti ingat aku ni ada masalah mental. 

Tak, aku takkan tertipu! Tak mungkin! Nak jerit betul-betul tapi nanti aku juga yang malu bila orang sekeliling pandang slack. Biasalah manusia kan suka sibuk jaga tepi kain orang lain.

Berbalik kepada Kai, kenapa jantung aku masih terasa laju (sikit) walaupun dia dah tak ada  depan aku?

Jari-jemari aku genggam. Eh? aku baru sedar yang tangan aku sejuk! Jap, tangan kai pun sejuk kan tadi?

Ish, apa-apa jelah. Malas aku nak fikir.


🌼🌼🌼

Thanks baca chapter 2! Hope korang suka ❤ Jangan lupa vote ('∀') comment sekali kalau rajin tauu (。・ω・。)❤

[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Where stories live. Discover now