Chapter 20.

468 68 124
                                    

Lisa POV

Dan orang pertama yang aku nampak adalah...

Ayah.

Rasa tertipu tak? ಥ⌣ಥ

Dia segak berbaju melayu. Wuu tengoklah ayah siapa kan.

Aku terlihat Nayeon yang sempat melambai tangan kepada seseorang. Tak lain tak bukan, Mingyu lah tu.

 Tak lain tak bukan, Mingyu lah tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mataku bertaut dengan Mingyu. Dia hanya tersenyum. Aku membalas senyumannya. Terasa kekok. Mataku melilau mencari orang yang paling aku tidak mahu tengok ketika ini.

Tapi, kalau tak nak tengok kenapa aku cari? Haih. Apa-apa jelah.

Biasalah, aku ni selain pemalas, aku suka mengeluarkan ayat pening jugak.

"Sini Lisa," ibu menoleh ke arah ku sambil mengisyaratkan aku supaya duduk disebelahnya. Aku melangkah ke tempat yang dimaksudkan. Nayeon hanya membuntutiku.

Sebaik sahaja punggungku berlabuh di atas bantal empuk yang dihiasi lace tu, (just imagine macam time orang akad nikah tu) sekali lagi mataku meliar di kawasan ruang tamu rumahku yang dipenuhi orang.

Kebanyakannya adalah saudara-mara aku dan aku pasti muka-muka yang aku tidak pernah lihat semestinya keluarga Taehyung.

Dia tak datang ke? Takkanlah...

Mataku tertatap pada seseorang yang duduk di sebelah Mingyu. Siapa tu? Aku tak kenallah pula.

Ish, biarlah. Mestilah tu family Taehyung.

Tiba-tiba, ibu menyentuh lembut tanganku. Macam tahu-tahu aje aku memang tengah nervous nak mati ni huhu.

Boleh tak aku buat-buat pengsan sekarang? Supaya batal majlis ni? Atau aku buat-buat gila ke? Mesti tak jadi punya dijadikan menantu.  Siapa je nak menantu gila.

Tapi aku masih waras (●__●)

"Jangan risau, semua akan okay," ujar ibu lalu tersenyum nipis. Aku mengangguk. Kata-kata omma sedikit sebanyak menenangkan hatiku yang semakin bergelora ini.

Aku genggam tangan omma dengan lebih erat. Dapat aku rasakan semangat seakan-akan mengalir di dalam badanku.

Entah macam mana, aku baru perasaan kehadiran seseorang yang berbaju melayu putih yang duduk betul-betul sebaris di hadapan aku.

WEH, MACAM MANA AKU BOLEH LUPA?!

Tulah, aku asyik mencari-cari kelibat Kai sehingga terlupa untuk melihat bakal suami sendiri. Apa punya jenis bakal isteri lah aku ni.

Tapi dia duduk membelakangj aku so, aku tak nampak muka dia. Rambut dia pun tak nampak sebab dia pakai songkok. Hanya nampak susuk tubuhnya daripada belakang je.

(Maaf cerita ni dah makin mengarut dengan kehadiran akad nikah, baju melayu dan songkok di dalamnya. tah sejak bila diorang nk tahu adat melayu ಠ_ಠ author tak boleh nak imagine wedding dekat church macam mana so, author harap korang still dapat hadam semua ini okay ಥ_ಥ maafkan author gaisss)

[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Where stories live. Discover now