Chapter 15.

452 81 100
                                    

"Lisa, ni ibu dengan ayah nak bincang sikit dengan kamu," ujar omma Lisa, Puan Lee.

Suka hati je letak nama hehe.

Encik Lee dan Puan Lee mengambil tempat berhadapan dengan Lisa yang sedang menonton televisyen. Nayeon pula sedang berehat di dalam bilik kerana tidak sihat.

"Haa, bincang apa tu ibu?" Lisa menegakkan badannya. Dia sudah tidak sabar mahu tahu apa perkara penting tu. Harap-harap perkara baik lah. Fuh.

Puan Lee dan Encik Lee berpandangan sesama sendiri lalu Puan Lee mengisyaratkan suaminya untuk menerangkan kepada Lisa tentang hal yang mahu dibincangkan.

"Macam ni, sebenarnya ada orang datang meminang kamu minggu lepas," kata Encik Lee.

Sebaik sahaja Lisa mendengar kata-kata appanya, matanya terus membulat macam nak terkeluar biji mata o.o

Kalah dyo gaiss.

"Sabar dulu, dengar dulu penjelasan ayah ok?" ujar Puan Lee lalu tersenyum nipis. Dia sudah faham sangat dengan perangai anaknya yang tidak penyabar itu.

"Tapi ayah tak terima lagi, so ni yang ayah minta ibu bagitahu kamu suruh kamu balik ni. Ayah nak tanya kamu kalau kamu bersetuju," jelas Encik Lee lagi.

Lisa hanya membatu seperti patung. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan.

Ok Lisa, tarik nafas, lepas. Tarik, lepas, fuhh macam mana ni? Fikir Lisa fikir. Lisa cuba menenangkan dirinya sendiri.

"Ibu dengan ayah tak akan paksa adik. Kami akan sokong apa juga keputusan adik. Lagipun kamu muda lagi, jadi ibu tak kisah," ujar Puan Lee lalu melangkah ke arah Lisa dan melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Betul tu Lisa. Perkahwinan ni tak boleh diambil mudah sebab ni melibatkan masa depan kamu," tambah Encik Lee pula. Lagipun, dia tahu Lisa sudah cukup matang untuk membuat keputusan sendiri.

Tak main lah kahwin secara paksaan ni. Aipp.

Lisa masih tidak berkata-kata. Macam mana ni? Patut ke aku terima je? getus hatinya.

"Oh yelah ibu lupa nak bagitahu nama di-"

"KEJAP!" jerit Lisa tiba-tiba. Hampir terjatuh cawan yang dipegang Encik Lee akibat jeritan Lisa yang tak diundang tu. Dia menggosok-gosok dadanya. Fuh kus semangat!

"Li-Lisa terima," balas Lisa ragu-ragu. Dia menundukkan mukanya.

"Betul ni?" soal Puan Lee tidak percaya. Dia tidak sangka anaknya yang sedikit kasar ini akan menerima pinangan orang yang dia tidak kenali dengan begitu mudah. Dia terlongo. Nasib baik tak ada lalat masuk.

Malah, Puan Lee dan Encik Lee sebenarnya sudah bersedia untuk menadah telinga mereka mendengar 1001 alasan yang bakal keluar dari mulut becok Lisa. Siap dah beli penyumbat telinga dah tapi lain pula yang jadi.

"Uhuk,uhuk," tersedak Encik Lee mendengar jawapan Lisa. Sudahlah air tu panas, lepas tu tersedak pula. Apalah malang sangat nasib dia malam ni.

Malang tidak berbau pak cik.

"Betul ni? Adik terima pinangan tu?" tanya Encik Lee untuk mendapatkan kepastian. Yelah mana tahu dia tersilap dengar ke.

Maklumlah dah setahun tak korek telinga. Asal cari kat kedai je mesti cotton bud dah habis. Kesian.

"Betul, ibu, ayah. Adik terima pinangan dia," Lisa mengangkat mukanya dan memandang kedua orang tuanya bersilih ganti sambil tersenyum. Yelah, takkan nak nangis pulak?

"Tapi adik mohon sangat, jangan bagitahu apa-apa pun tentang dia. Walaupun nama dia. Adik betul-betul nak kenal dia waktu dah kahwin dengan dia nanti. Lagipun adik percayakan ibu dan ayah. Mesti dia yang terbaik buat adik kan? Sebab tu ibu dan ayah bagitahu adik tentang ni," terang Lisa panjang lebar.

Puan Lee hampir menitiskan air mata kerana terharu. Dia tidak sangka anak perempuannya itu sudah mampu membuat keputusan yang rasional. Tak sangka Lisa dah besar.

Ingatkan bayi lagi.

Abaikan.

"Ya sayang, dia yang terbaik," balas Puan Lee sambil mengusap kepala Lisa lalu memeluknya. Sungguh, dia tidak sangka!

Encik Lee hanya tersenyum melihat dua orang wanita dihadapannya. Biasalah drama ibu dan anak. Bapa tak masuk campur. Dia menghirup air teh dengan tenang.

Padahal dalam hati sudah bermula konsert hindustan kerana terlalu gembira dengan jawapan Lisa.

Sudah lama dia memasang angan-angan untuk berbesan dengan kawan baiknya.

Oyeahh.

"Ibu, janganlah nangis," pujuk Lisa apabila melihat ada air mata bergenang di tubir mata ibunya. Dia menjuihkan bibirnya.

"Ibu gembira sayang," Puan Lee mengesat air matanya lalu menyentuh tangan Lisa dan menggengamnya. Lisa hanya tersenyum manis.

Lisa POV

"Adik naik atas dulu ya ibu, ayah. Nak tengok Nayeon tu," aku meminta diri. Sampai sahaja di depan bilik aku terus membuka pintu tanpa berlengah.

Kelihatan Nayeon sedang tidur dengan tenang. Aku mengambil tempat di sebelah Nayeon.

Melihat ibu yang begitu gembira dengan keputusanku, aku tahu yang aku sudah tidak boleh menarik semula kata-kata aku tadi.

Adakah betul keputusan yang aku buat?

Aku keliru. Aku tahu aku dah mula suka kepada Kai. Aku tahu aku tak sepatutnya ada perasaan sayang melebihi seorang kawan terhadap dia. Aku tahu semua tu.

Tapi bila hati berbicara, siapalah aku untuk menidakkan? Ikutkan hati, aku yang pedih, ikutkan rasa? Aku yang binasa.

Aku rasa keputusan untuk berkahwin adalah jalan yang paling selamat untuk aku.

Supaya aku boleh lupakan Kai. Supaya aku mampu gembira apabila melihat Kai disatukan sengan cinta hatinya suatu hari nanti. Supaya aku tak rasa sakit.

Aku meraup wajah. Apakah aku ni mementingkan diri dengan menggunakan bakal suami aku untuk melupakan Kai?

Aku langsung tak nak kenal dia sebab aku takut aku membezakan dia dan Kai. Aku takut aku tak dapat menerima dia and at the very end aku jadi tak rela untuk berkahwin.

Aku ni kejam ke?

Aku tak tahu. Serius, aku tak mampu untuk fikir. Semuanya masih samar. Tapi apa yang aku pasti, aku tahu aku kena buang perasaan yang mula menebal terhadap Kai.

Ever since from the start, aku selalu ingatkan diri supaya takkan sesekali termakan dengan dia yang bermulut manis mengalahkan gula tu.

Tapi bila semakin lama aku kenal dia, kenapa hati aku semakin terpaut?

Ah Kai! Kalau ikutkan hatiku yang suci murni ni, kau langsung tiada ciri-ciri lelaki idaman aku tapi kenapa aku terjatuh cinta dekat kau? Kenapa?

Jodoh lah tu.

Lisa mengabaikan author.

Aku mengeluh lalu menoleh ke arah Nayeon yang sedang nyenyak tidur.

Mataku terasa berat. Aku sudah penat. Penat memikirkan perkara yang tidak pasti.

Sudahlah, lebih baik aku tidur


🌼🌼🌼

Waa thanks dah baca sampai chapter 15!❤ so how? Macam serius je eh chapter ni? Hehe agak-agak dengan siapa lah dia kena kahwin tu?

Vote lah kalau best gaiss. comment lagi dialukan! thank youuu ❤

[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Where stories live. Discover now