Special #4: The day

294 49 20
                                    

"Sayang, pasal semalam--" tidak sempat Kai menghabiskan ayatnya, Lisa terlebih dahulu memotong.

"Awak dah lambat kan? Dahlah cepat pergi kerja," balas Lisa tanpa memandang wajah Kai. Dah memang Kai lambat pun.

Kai mengetap bibir mendengar kata-kata Lisa. Nampaknya Lisa tak mahu mendengar penjelasannya.

Mereka berdua melangkah ke arah pintu. Seperti biasa, rutin harian mereka. Lagi pula, Lisa sedang cuti mid semester.

Selepas Kai menyarung kasut, dia berpaling memandang Lisa untuk mengucup dahi isterinya itu seperti biasa namun Lisa mengelak.

"Hati-hati bawa kereta," ujar Lisa datar. Kai tahu Lisa pasti menangis seharian semalam jika dilihat pada matanya yang sembab.

Kai hanya mengangguk lemah. Marah sungguh Lisa dengan dia. Tapi tak apalah, balik nanti dia tekad untuk terangkan semuanya kepada Lisa.

°°°

"Lisa, ni I, Jiyoung. Hari ni I nak jumpa you," ujar Jiyoung di hujung talian. Dia mengambil keputusan untuk menelefon Lisa hari ini.

Lebih cepat lebih bagus. Dia tak mahu rancangannya hancur begitu saja.

"Kau nak apa jumpa aku?" Balas Lisa. Dia cuba menahan marahnya kepada perempuan gedik itu.

"Lets just meet ok? Kau mesti nak tahu apa yang berlaku semalam kan?" soal Jiyoung sinis.

"Kat mana?" Tanya Lisa. Dia tidak mahu berlama-lama bercakap dengan Jiyoung. Dia bimbang dia mengamuk. Tak pasal je.

"Dekat restoran xxx, pukul 12 ni,"

"Okay," sejurus itu, Lisa terus mematikan panggilan tanpa sempat Jiyoung menjawab. Lantak lah, dia langsung tidak peduli jika Jiyoung sakit hati.

Hatinya jauh lebih sakit.

Macam mana kalau apa yang Jiyoung cakap itu akan lebih menyakitkan hati aku? Dapat ke aku terima? Desis hati Lisa.

Dia menutup matanya rapat. Sudahlah peristiwa semalam masih sukar untuk dia hadam bagaimana dia mahu berjumpa Jiyoung tanpa tangannya naik ke pipi wanita itu?

Lisa mengeluh perlahan sebelum mendaki tangga untuk ke biliknya. Lebih baik dia menyiapkan assignmentnya.

Air matanya sudah kering. Dia tak mampu untuk menangis lagi.

°°°

"Ada apa kau datang nak jumpa aku?" Tanya Lisa sebaik sahaja dia mengambil tempat di hadapan Jiyoung. Mereka berdua kini berada di sebuah restoran seperti yang dijanjikan pagi tadi.

"Calm down, Lisa. You baru je duduk kan. Take time dulu. I dah order kan air untuk you. Minumlah," balas Jiyoung. Cermin mata hitam di matanya dibetulkan.

Lisa hanya menjeling ke arah Jus carrot di hadapannya dan menghirupnya sedikit. Apa yang dia nak sekarang, Jiyoung explain semuanya.

"Okay. Macam ni. Apa yang you nampak semalam tu...,"

Lisa berdebar- debar menanti penjelasan Jiyoung. Mungkinkah semuanya seperti apa yang Kai jelaskan atau sebaliknya?

"....semua betul," Jiyoung melepaskan nafasnya. Bibirnya tersenyum sinis.

Lisa terpaku. Betul ke? Atau Jiyoung hanya mahu mempermainkannya?

[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Where stories live. Discover now