Chapter 7.

641 101 69
                                    

Kai POV

Sekarang ni, hala tuju aku ke kafe je sebab lapar gila! Perut pun dah mula memainkan lagu Growl versi 2.0 faster dah.

Tiba sahaja di kafe, mataku menangkap kelibat seseorang yang sangat aku kenali. Aku tersenyum. Asyik terserempak je dengan dia.

Nampak tak yang kami ni sebenarnya berjodoh?

Aku berjalan menghampiri dua figura itu sampailah beberapa tapak aku berada betul-betul di belakang gadis itu.

Tiba-tiba, dia bangun dan menepuk meja sekuat hati. Uish, ganas gila! Aku berhenti menapak. Aku tak rasa dia tengah dalam mood yang baik sekarang. Tak pasal-pasal aku makan penampar kalau kacau dia.

Baru sahaja aku hendak menoleh ke belakang, aku terdengar dia bersuara,

"BILA MASA PULA AKU CAKAP AKU NAK KAHWIN DENGAN DIA? DIA FIKIR DIA TU SIAPA HA AKU TAK SUKA DIA LANGSUNG DAH LAH TAK HANDSOME TAPI PERASAN HANDSOME PADAHAL MUKA MACAM JAMBU AIR MASAM YANG BUSUK JE DAH TAK LAKU LA AKU TENGOK DIA MANA DIA HAH AKU NAK JUMPA DIA SEKARANG-"

Jambu air masam?

Busuk?

Tak laku?

Asal aku rasa macam ada panah terkena aku?!

Fuh deep duh.

Sakitnya tuh disini di dalam hatiku.

Aku tahu dia cakap tentang aku sebab aku dengar perkataan kahwin.

Mataku bertembung dengan mata Nayeon yang sedang memandang ke arahku. Jari telunjuk aku letak di bibir supaya dia senyap. Biar Lisa perasan sendiri kehadiran aku di belakangnya.

Tidak lama kemudian, Lisa menoleh ke belakang. Rambutnya yang lurus itu beralun ditiup angin sepoi bahasa.

Cantik kan ciptaan tuhan?

"Dah habis bebel dah sayang?" tanyaku lalu mengukir senyum. Aku dapat lihat nafas Lisa yang turun naik. Riak wajah dia menggambarkan betapa dia sedang menahan marah daripada dilepaskan.

Mampus Kai mampus.

"We need to talk," dia bersuara lalu berpeluk tubuh. Talk? Ok ini lebih baik daripada apa yang aku jangkakan.

Aku ingat dia nak sembur aku terus tadi. Tak pun simbah aku dengan air dalam gelas tu. Em. Serius.

"Sure. Anything you want my lady," Aku medepakan tangan kanan untuk memberi laluan kepada Lisa.

Eodi?

Aku pun tak tahu. Ikut je lah dia.


°°°

Setelah seketika berjalan tanpa sepatah kata keluar dari mulut masing-masing, kami sampai di Taman Orkid yang terletak tidak jauh dari kafe tadi.

Kelihatan beberapa orang pelajar turut berada di situ. Ada hanya duduk borak-borak, ada yang berbincang tentang assignment, ada yang berdating (?)

Tah, aku agak je.

Lisa berjalan ke arah bangku kayu yang tidak diduduki sesiapa. Aku tak nak cakap apa-apa. Nanti dia mengamuk tak pasal- pasal je dia ubah fikiran.

Dia melabuhkan punggung di atas bangku tadi. Aku kekal berdiri di tepinya. Boleh ke aku duduk? Lagipun bangku tu memang muat dua orang je. Nak ke Lisa duduk sebelah aku?

Lisa memandangku sambil memberi isyarat mata supaya aku duduk di sebelahnya. Aku tersengih.

Wow! Dia pelawa aku lah. Aku pun apa lagi, segera mengambil tempat disebelahnya.

[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora