Chapter 19.

447 71 77
                                    

Lisa POV

"Lisa, kau dah siap ke belum?" ujar Nayeon sambil menolak pintu bilik lalu melangkah ke arah aku yang berada di meja solek. Aku lihat imbasan imej Nayeon melalui cermin di depanku.

"My god, cantiknya kau!" Jerit Nayeon setelah dia sampai di sebelahku. Dia ni tahu menjerit je. Tak sakit ke tekak tu?

Kesian Mingyu kalau dengar dia jerit hari-hari nanti mesti pekak.

"Aku memang cantik, takkan kau baru tahu," gurauku tanpa menoleh ke arah Nayeon kerana masih belum selesai disolek jurusolek.

Aku rasa, seumur hidup aku, inilah kali pertama aku pakai make up macam ni. Biasanya, aku pakai sikit-sikit je.

Maklumlah natural beauty kata kau.

"Okay siap!"

Fuh, finally! Aku pun dah kebas duduk lama-lama macam ni. "Gomawo Jieun-ssi," ucapku sambil tersenyum kearahnya.

"Nae, saya keluar dulu ya," balasnya sambil mengemas segala peralatan solekan yang berada di atas meja. Entah berapa jenis brush entah tu.

"Anyway you look so pretty darling I'm sure your husband to be gonna love it!" Jieun sempat menepuk bahuku sebelum dia keluar. Aku hanya tersengih.

Masalahnya siapa bakal suami aku pun aku tak tahu.

I mean aku tahu nama dia Taehyung, tapi rupa dia?

"Wei, sinilah. Duduk sebelah aku," panggilan Nayeon menghentikan lamunanku. Aku menoleh ke arahnya. Dia menepuk-nepuk katil.

Aku bangun lalu melabuhkan punggung disebelah Nayeon. "Yeon, kau rasa betul ke apa aku buat ni?" tanyaku.

24 Februari. Ya, hari ni. Aku tak tahu sama ada aku menunggu hari ini atau tidak. Sekejap lagi, aku akan dinikahkan dengan Kim Taehyung yang aku 98% pasti dia sepupu Kai.

Dinikahkan? Pelik kan? Tapi itu je lah idea yang author ada maka harap dapat terima ;-;

"Kau kenapa ni?" soalanku dibalas dengan soalan.

"Aku tak tahu lah Yeon. Macam mana kalau lepas kahwin, aku masih tak dapat nak terima bakal suami aku tu? Macam mana?" Aku tunduk sambil bermain dengan jariku.

Sungguh, aku tengah cuak sekarang! Rasa macam nak larikan diri pun ada.

Tapi akal aku tak sependek tu. Aku tak nak malukan nama keluarga aku. Lagipun semua ni dibuat atas keputusan aku juga.

Jadi aku harus mengharungi semua liku-liku berduri kehidupan yang fana ini yang menantiku di--

Ok cukup.

"Kau tenang ok? Kau nervous sangat ni tu sampai fikir negatif. Jangan risau, aku percaya kau mesti boleh cinta dan sayangkan dia," Nayeon mengusap-ngusap belakangku.

Cinta? Mampu ke aku mencintai dia sedangkan hati aku masih untuk Kai?

"I hope so," balasku pendek. Aku tahu aku kena terima semua ni. Tapi aku tak rasa aku mampu terima semua ni betul-betul.

[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα