Chapter 18.

461 63 91
                                    

"Kenal? Mana ada kenal. Aku cakap ni sebab ibu dah bagitahu aku awal-awal tadi sebelum kau turun makan," jelas Junho. Dia masih menyambung makan.

Asyik makan je!

Mulut Lisa membentuk 'O' tanda faham sambil mengangguk-angguk.

"Nak aku ikut ke tak hoi? Yang kau angguk-angguk macam burung belatuk ni apahal gemuk," soal Junho sambil menoleh ke arah Lisa yang masih duduk di sebelahnya.

"Ya, ya, teman lah aku abangku sayang," balas Lisa tidak ikhlas. Mahu tak mahu dia terpaksa. Dia terlalu malas untuk memandu ke butik yang dimaksudkan.

Ya, Lisa memang pemalas maka anda semua usahlah berasa pelik dengannya ╮(─▽─)╭

"Kay, dah pergi ah bersiap. Kau tu bersiap kalah nenek siput. Lembab gila nak mati," Junho menolak kerusi yang didudukinya untuk ke ruang tamu.

"Ye aku tahulah. Aduh, kalut lah kau ni bang," baru sahaja Lisa ingin bangun daripada tempatnya, telefon Puan Lee berbunyi.

"Ibu, ni ada panggilan!" Laung Lisa sambil mencapai telefon ibunya yang berada di atas meja makan. Dia melihat nama yang terpapar pada skrin Samsung S7 Edge itu.

Matanya dibesarkan. Jap, macam familiar je nama ni?

"Meh sini phone tu," ujar Puan Lee sebaik sahaja smpai di sebelah Lisa. Dia kelihatan tercungap-cungap kerana berlari untuk menjawab panggilan untuknya.Fuh, lama dah tak exercise. Desis hatinya.

Tulah makcik, lain kali belilah treadmill. Itu pun mau ajar ka ╮(─▽─)╭

Diamlah author!

Lisa menghulurkan handphone tersebut kepada ibunya lalu melangkah keluar dari ruang makan. Dia berhenti di tangga. Sebenarnya dia ingin mencuri dengar perbualan ibunya dengan si pemanggil.

"Nae, Taehyung-ah. Ada apa-apa ke?" soal Puan Lee sebaik sahaja menjawab panggilan.

"Oh macam tu. Takpe, kamu buat lah apa yang termampu. Aunty pun tak mahu susahkan kamu," kata Puan Lee lagi.

"Ah, nae nae. Terima kasih lah sebab tolong uruskan hiasan dewan tu ya? Susah pula ada konsep bagai ni haih,"

"Ya, baiklah, ni tadi aunty tengah menggoreng, nanti kang hangus pula. Aunty letak dulu ya, nanti aunty call kamu semula," sejurus itu, Puan Lee mematikan panggilan lalu melangkah ke dapur untuk menyambung gorengan yang tergendala.

Asyik terganggu sahaja kerjanya pagi ini. Nak karok lagu Exo kat dapur pun tak sempat.

Sementara itu, Lisa masih kaku berdiri di hadapan tangga. Dia masih terkejut melihat nama yang terpapar pada skrin telefon bimbit tadi.

"Kim Taehyung?" gumamnya sendiri. Eh tak kut. Lagipun ramai lagi orang nama Kim Taehyung. Fikir Lisa. Dia menggelengkan kepalanya.

Baru sahaja dia hendak mendaki tangga, dia berhenti. Kata-kata kai beberapa minggu yang lalu terngiang-ngiang di telinganya.

"Takkanlah...." Lisa menekup mulutnya. Jikalau benar dia adalah orang yang dimaksudkan oleh Kai, maka dia lah gadis yang bakal disatukan dengan Taehyung, sepupu Kai sendiri?

[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα