Chapter 14.

451 74 31
                                    

Lisa POV

"Nek, cepat sikit nek oi," jeritku kepada Nayeon. Entah apa lah yang dia buat punyalah lama bersiap. Padahal nak balik rumah aku je pun. Bukan nak pergi jumpa Mingyu.

"Ya, sabar lah kau ni," Nayeon akhirnya keluar daripada bilik. Aku dah agak, mesti dia make up punya, tu lambat tu.

"Dah, dah cepat jom," aku melangkah keluar daripada rumah. Sebenarnya, aku dan Nayeon tinggal bersama empat orang lagi di dalam rumah ni. Setiap bilik ada dua orang.

Sebelum anda semua salah faham, kitaorang ni tinggal dekat kolej tau bukan rumah sewa.

Sebaik sahaja Nayeon menutup pintu, kami terus melangkah ke arah tangga. Bukan tak ada lif, tapi saja nak guna tangga. Dapat bakar lemak yang menumpang di badan ni.

"Weh, kafe dulu jom. Aku lapar lah," ujar Nayeon sebaik sahaja kami sampai di anak tangga terakhir. Dia memegang perutnya sambil menjuihkan bibir.

"Kau memang. Tadi dah makan, nak makan lagi. Manalah tak gemuk kalah orang anak lima," aku berkata selamba. Hana....dul....

"YAH!! MANA ADA AKU GEMUK LAH," Nayeon mencubit lenganku. See? Aku dah agak. Pantang digelar gemuk minah ni.

"Ei tak payah lah cubit. Aku cakap benda betul je. Gemok!" aku menjelir lidah kepada Nayeon lalu membuka seribu langkah.

"Kau! Jangan nak lari!" Nayeon mengejarku dari belakang. Dia pakai high heels jadi aku syak, mesti dia berlari macam itik sakit pinggang sekarang.

Tiba-tiba, mata aku tertatap pada dua figura yang sedang berjalan ke arah kami. Aku terus berhenti mengejut.

"Tahu pun kau berhenti. Kau kata apa tadi? Aku gemuk?" Nayeon menyentuh bahuku daripada belakang. Nafasnya tercungap-cungap. Lama dah tak main lari-lari macam ni.

Dulu waktu sekolah, dia lah ratu sprint 100 meter fuh.

Last sekali waktu kejohanan merentas desa dekat sekolah dulu. 7km fuh. Yeke 7? Tah, aku hentam je. Hehe.

"Eh? Tu bukan Kai ke?" tanya Nayeon. Dia turut memandang ke arah pasangan itu. Aku memandang gadis yang berada di sebelah Kai. Siapa?

Aku lihat gadis itu bertepuk-tampar dengan Kai. Kai pula hanya tertawa. Amboi, mesranya! Apasal aku rasa macam panas je ni?

 Amboi, mesranya! Apasal aku rasa macam panas je ni?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku mengibas-ngibas mukaku.

"Siapa tu? Kenapa aku tak pernah nampak pun? Ke junior?" tanya Nayeon lagi. Apa dia ingat kalau dia tanya aku, aku ada jawapan ke?

[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Where stories live. Discover now