Chapter 23.

437 67 137
                                    

Mohon jangan marah author lepas baca ni HAHHAHAA 😂

***

"Abang!!!!" Lisa menjerit.

"Sayang, kenapa ni?" Kai yang baru sahaja keluar daripada bilik mandi setelah membersihkan diri segera mengambil tempat di sebelah Lisa yang baru sahaja membuka mata.

"Abang!" Tanpa Lisa sedar, dia terus memeluk Kai."Saya ingatkan awak dah tak ada," ujar Lisa dalam esakan.

Dapat Kai rasanya bahunya basah dek air mata Lisa.

"Apa ni? Abang ada jelah kat sini. Sayang mimpi buruk ke?" soal Kai sambil membelai rambut Lisa untuk menenangkannya.

Mata Lisa tiba-tiba sahaja membulat selepas mendengar kata-kata Kai.

OMG AKU MIMPI JE KE TADI?! getus hatinya.

Segera dia menolak Kai sekuat hati. Air matanya dikesat. Tahniah kerana telah memalukan diri anda sendiri Lisa, tahniah. Omel Lisa di dalam hati.

"So-sorry aku mimpi benda pelik," ujar Lisa tanpa memandang ke arah Kai yang tidak berbaju sebab yelah, tak sempat dia nak pakai baju, Lisa tiba-tiba menjerit.

"Mimpi apa?" tanya Kai ingin tahu. Dia terkejut mendengar Lisa menggunakan panggilan 'abang-saya' untuknya sewaktu Lisa memeluknya tadi.

"Adalah. Dah, tak payah tahu. Apa kata kau pergi pakai baju," balas Lisa. Matanya masih lagi tidak memandang Kai.

Dia lebih rela memandang pintu tandas daripada memandamg Kai sekarang ni.

Kai tertawa kecil. Dia tiba-tiba sahaja mendapat satu idea.

"Hm, kalau abang tak nak macam mana?" Keningnya diangkat sebelah. Dia kekal memandang Lisa sambil mempamerkan senyuman sinis.

"Takde kalau-kalau. Pakai je lah! Ke nak aku yang tolong pakaikan?" jawab Lisa selamba. Tidak sampai satu saat, dia menekup mulutnya dengan kedua tapak tangan.

APA AKU CAKAP TADI ASDFGHJKL NGEK LAH LISA OI. TIDAKKK NANTI DIA FIKIR AKU NI MIANG PULAK. Marah Lisa sendiri.

Tulah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Padan muka Lisa huahua ╮(─▽─)╭ kan dah malu.

AUTHOR YOU BETTER SHUT UP.

"Eh, abang boleh je kalau sayang nak pakaikan. Abang lagi--"

"Kau diam eh. Kalau kau sambung lagi aku hempuk kepala kau dengan buku account aku," serentak itu, tangan Lisa hinggap di pipi Kai. Entah lah kenapa dia tampar.

Lisa ni kan pelik ಠ_ಠ

Kai mengusap-usap pipinya yang ditampar Lisa.Ganas gila isteri aku ni. Bisik hatinya. Memanglah tak sakit pun tapi apa salahnya kalau dia berlakon?

"Pedihnya sayang tampar," ujar Kai perlahan. Wajahnya mempamerkan riak meminta simpati. Bibirnya dijuihkan.

Macam minta pelempang pun ada.

Walaupun Lisa ni kasar dan ganas, sesungguhnya dia amatlah menyukai benda comel maka, apabila terlihat Kai yang kononnya membuat muka meminta simpati, sedikit sebanyak ianya melembutkan hati Lisa.

Maaf ayat tu kelihatan sangat pelik ಥ_ಥ

"Sakit ke? Maaf," kata Lisa sambil memandang Kai. Walaupun dia sebenarnya tak nak pandang tapi takkanlah nak minta maaf sambil pandang tempat lain? Macam tak ikhlas je.

"Sakit lah~ em abang maafkan kalau sayang panggil abang ni 'abang' and bahasakan diri sayang tu 'saya'," balas Kai lalu tersengih. Bernas kan idea dia?

Bernas lah sangat.

"No way! Dah lah aku nak mandi," Lisa segera bangun daripada katil. Malas hendak melayan mamat gatal tu.

Bikin hati makin getar la aduh Kai. Bisik hati Lisa.

"Hahaha, tulah lain kali jangan tidur lepas asar. Tengok, kan dah mimpi benda pelik," ujar Kai. Dia turut bangun daripada katil untuk mengambil pakaiannya.

"Ala nak buat macam mana. Penatlah," balas Lisa. Sebaik sahaja majlis akad nikah selesai tadi, dia terus naik ke bilik tanpa sempat menukar baju pun.

Manalah dia tahu dia akan bermimpi benda pelik. Makin segan dia hendak melihat Kai disebabkan mimpi yang entah apa-apa itu.

"Jangan lupa, kau hutang dengan aku penjelasan about everything," Lisa mencapai tualanya lalu menoleh ke arah Kai.

"Ya, malam nanti abang explain okay?" Kai mengukir senyum. Dia tahu Lisa bukannya marah, cuma dia mahukan penjelasan macam mana semua ini berlaku.

Lisa hanya mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam bilik air. Pintu dikunci.

Kai yang melihat Lisa hanya menggeleng- gelengkan kepala dan tersenyum. Dia sebenarnya tidak menyangka yang Lisa tidak mengamuk apabila terlihat Kai di dalam biliknya.

Ingatkan Lisa akan baling bantal kat dia ke, kena lempang ke atau paling kurang pun dia tanya, "kau buat apa dalam bilik aku?!"

Tapi semua jangkaannya meleset. Lisa tidak langsung memarahinya malah tak cakap apa pun tentang itu. Siap dapat free hug lagi.

"Kalau macam ni hari-hari kan bagus," ujar Kai sendiri. Kalau hari-hari Lisa mimpi ngeri, mesti hari-hari dia kena peluk kan?

Gatal kau ni Kai. Tampo kang!

Lek lek.

Kai kemudian melangkah keluar daripada bilik. Dia tahu kalau dia tak keluar, entah berapa lama lah Lisa tu berkurung dalam tandas.

Krekkkk.

Fuh, keluar pun mamat tu. Lisa mengeluh kelegaan. Banyak betul perkara memalukan yang dia buat hari ni. Dari pagi hinggalah ke petang.

Dia sendiri tidak tahu mengapa dia tidak memarahi Kai yang sesuka hati nenek dia je masuk ke dalam bilik Lisa sebab kebiasaannya, memang Lisa mengamuk kalau orang masuk bilik dia tanpa kebenaran.

Lebih-lebih lagi kalau Junho. Memang berlakulah WWE free dekat situ.

Uh, aku terkejut sangat sebab mimpi tu tadi kut. Tu tak sempat nak marah dia, aku yang malu dulu. Fikirnya sendiri.

Kepalanya diangguk-anggukkan tanda bersetuju dengan diri sendiri. Maklumlah tak ada siapa nak back-up dia.

Okay dah! Berhenti fikir pasal dia tu. Buang masa aku je. Sampai pagi esok aku tak mandi kalau macam ni. Bebel Lisa sendiri lalu menggantung tualanya di tempat yang disediakan.

Apa yang Lisa pasti, dia mahukan penjelasan daripada Kai.

Kepalanya sudah sesak memikirkan bermacam kemungkinan.


🌼🌼🌼

Happy 3K reads!❤ yayy thanks kepada readers yang dah baca sampai chapter ni! I love u guyss 😭💞 kepada yang always votes and support, thank you very much! 💕 sorry kalau chapter ni hambar or tak seperti yang korang harapkan 🙇

Lepas chapter ni akan banyak scenes Kai and Lisa tau 🙆 ok do vote/ comment kalau suka~











[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Where stories live. Discover now