Chapter 27.

382 61 39
                                    

Lisa POV

Aku menuruni tangga menuju ke meja makan. Nampaknya semua orang dah berkumpul. Kai pun dah ada. Aku je ke yang lambat ni? Malunya.

Eh tak. Junho tak ada lagi. Fuh nasib baik.

"Morning sayang," sapa Kai sebaik sahaja aku menarik kerusi di sebelahnya. Ish tak habis-habis sayang dia. Aku masih geli walaupun dia dah jadi suami aku. Susah nak sesuaikan diri.

By the way, dah empat hari dah aku menjadi isteri Kai. Cepat kan?

"Morning," jawabku acuh tak acuh. Tu pun sebab aku nampak ibu bagi death glare. Fuh seram.

Habislah lepas ni mesti aku kena ceramah tentang cara-cara menjadi isteri yang baik. Bersedialah duhai telingaku.ಥ_ಥ

"Wah awal lah pengantin baru bangun," ucap Junho sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di kerusi yang terletak berhadapan dengan Kai.

"Of course. Kau tu je yang suka bangun lambat," ujarku bangga. Ceh padahal aku pun sama je. Kalau bukan kerana alarm yang dah berbunyi untuk kali kesepuluh dan memikirkan yang Kai pun ada sekali, memang aku bangun lagi lambat.

Bila difikir semula kan, hubungan aku dengan Kai ni macam mana? Aku tahu dia suami aku tapi aku rasa..

Kekok.

Aku kena panggil dia abang ke? Fikir saja pun dah buat aku rasa macam nak termuntah. Yang pasti, aku tak ragu-ragu dengan perasaan sendiri.

Aku sayangkan dia.

"Eleh, tak payah nak bajet suci sangat. Padahal selama ni bila dah tengahari baru nampak muka kau," Junho mencebik.

"Kau nak tahu tak Kai, Lisa ni dia pemalas aku tak tahu lah nak cakap tahap pemalas dia macam mana. Semua pun mesti nak maid or ibu yang tolong. Manja gila. Lepas tu dia selalu bangun lambat. Mandi pun lambat. Dia duduk tercongok depan tv tu sampailah ke petang. Tak ada kerja berfaedah langsung dia buat," tambah Junho. Dia menjeling ke arahku lalu menjelirkan lidah.

"Oh yeke? Serius?" Balas Kai. Aku dapat baca riak wajahnya yang sedang menahan diri daripada ketawa. Tak guna.

Siap lah kau abang. Ada hari lain, aku balas semula!

Keadilan mesti dituntut! ಠ_ಠ

"Oops, ada orang dah nak meletus lah. Alamak muka dia dah merah," ujar Junho dalam nada memerli. Ya, dia maksudlan aku lah tu yang sedang memberikan pandangan macam nak bunuh dia.

Tak guna punya abang. Orang sepatutnya cakap lah perkara positif sikit tentang aku. Inii tak, negatif je semua. Malulah aku. Depan Kai pula tu.

Suami aku!

"Kau! Kalau kau bersuara lagi siaplah kau!" Aku menghalakan sudu yang aku genggam ke arah Junho.

Aku dapat bau perang akan meletus. Kai disebelahku sudah terkebil-kebil memandang kami berdua. Apa? Baru tahu eh yang isteri kau ni memang ganas?

Aku bingkas berdiri. Junho pula nampaknya sudah bersedia untuk melarikan diri.

"1..2..lari! Singa mengamuk!" Segera dia menolak kerusi dan lari ke ruang tamu. Aku pun apa lagi, kejar jangan tak kejar!

Kejar, sampai bila aku kejar--

Aku akan kejar dia sampai ke lubang cacing sekalipun! Eh tapi kat rumah ni tak ada lubang cacing.

Apa-apa jelah.

Bantal yang terletak di atas sofa aku capai lalu membalingnya ke arah Junho. Tepat terkena kepalanya. Yay strike!

"Yaaahh!! Sakitlah!" Dia menoleh ke arahku sambil menggosok-gosok kepalanya. Matanya dikecilkan. Eh tak, mata dia dah memang sedia kecil. Buka mata serupa tak buka. Huahua.

"Padan muka!" Balasku sambil tersenyum kemenangan tapi senyuman ku tak lama apabila aku terdengar suara halilintar tak lain bukan kepunyaan,

"JUNHO! LISA! KE SINI KAMU BERDUA!"

Ya, ma'am besar. Matilah nak!

"Kau lah ni," bisik Junho di telingaku. Aku hanya menjelingnya. Eleh dia yang mula dulu. Nak salahkan aku apahal. "Diam ah buncit," balasku.

"Dah berapa kali ibu cakap jangan bergaduh time nak makan. Lisa, kamu tu dah jadi isteri orang. Tak malu ke Kai tengok?" bebel ibu. Aku menoleh ke arah Kai yang hanya tersengih apabila namanya disebut. Kepala aku digaru sambil tersengih. Lebih baik aku senyap.

"Kamu pula Junho, yang lagi nak kacau Lisa tu kenapa? Haih tak faham lah ibu kamu berdua ni. Tak penat ke?" Ibu menggeleng-geleng kepalanya. Stghess!

"Hehe ala biasalah tu ibu," ujar Junho selamba sambil menarik kerusinya untuk duduk. Aku hanya mengikut.

"Biasa apanya. Haa abang pula kenapa tak ditegah budak dua ekor ni," ibu mengerling ke arah ayah yang sedang fokus mengaut makanan ke dalam pinggan.

"Dah,dah awak jangan marah pagi-pagi ni nanti cepat tua. Sini duduk sebelah saya. Kita makan," balas ayah lembut sambil menepuk kerusi disebelahnya.

Aku lihat ibu tersenyum sedikit dan melangkah ke arah ayah. Fuh nasib baik. Pandai ayah ambil hati ibu.

"Sayang, nak makan nasi ke?" tanya Kai sambil memandang ke arahku. Terkejut aku.

"Em nak," aku mengangguk. Dia mengambil mangkuk yang berisi nasi dan menuangkan nasi ke dalam pingganku.

Kejap, apasal macam tak kena je? Bukan patutnya aku ke buat untuk dia? Aduh macam mana ni?

"Eh takpelah aku boleh buat sendiri," segera aku merampas senduk daripada tangan Kai. "Okay," Kai hanya menjongket bahu. Tidak faham dengan perangai isterinya ni.

"Adik, lepas ni jangan guna aku-kau dah dengan Kai. Nampak tak sopan," tegur ibu lembut. Aku hanya tersengih lalu mengangguk. Kekok lah kalau aku panggil dia abang. Ambil masa untuk tak rasa pelik.

"Cik Puan, ada orang nak jumpa dengan Puan Lisa dan Tuan Jong In," ujar salah seorang pembantu rumahku tiba-tiba.

"Siapa ya?" Tanya ibu. Aku bertukar pandangan dengan Kai.
"Saudara kau ke?" Bisikku perlahan. Kai menjongketkan bahu tanda tidak tahu.

"Er, dia cakap... dia... tunang Tuan Jong In," balas pembantu rumahku teragak-agak namun aku masih dapat menangkap kata-katanya dengan jelas.

What?

Tunang?!


🌼🌼🌼

Thanks for reading sampai chapter ni dahhh 😭💕 maap lah ya kalau ianya makin hambar atau makin merepek ya uhukk ಥ_

[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora