Chapter 32.

437 70 105
                                    

Namun harus nya ku mengakui

Sebenarnya hati telah kau curi

Siang dan malam silih berganti

Walau tujuh purnama

Ku tetap setia

Lisa POV

Aku tersenyum sendiri mendengar lagu yang dimainkan melalui telefon bimbit Jieun. Aku masih ingat lagi yang aku kata lagu ni untuk Kai.

Entah kenapa, sekarang aku rasa lirik lagu ni kena pula dengan aku. Pfft. Tulah lain kali jangan cakap kat orang lain.

Kan dah kena batang hidung sendiri.

"Okay Lisa-ssi, dah siap! Boleh buka mata," ujar jurumekap yang menyolek aku. Teka hari ni ada apa?

Guess! Guess!



Ish lambatlah korang ni.

Hari ni ada majlis resepsi aku dan Kai. Aku sekarang berada di Hotel Hilton dan sedang bersiap sedia untuk majlis resepsi yang akan dimulakan dalam sejam lagi.

Kai? Dia ada dekat bilik lain. Mana boleh sama nanti tak surprise lah hehe.

Aku membuka mata aku perlahan-lahan dan melihat pantulan daripada cermin di hadapan aku.

Betul ke ni aku?

Apasal lain sangat ni? Ini kali kedua aku bersolek macam ni lepas daripada akad nikah hari tu tapi ini lagi tebal berssuaian dengan majlis resepsi pada waktu malam ni.

"Wow. Gomawo Jieun-ssi!" ucap aku sambil memegang tangan Jieun. Terkesima dengan hasil kerja Jieun yang menampakkan aku makin lawa, cun, menawan, cantik menarik tertarik aku memang de boomm HAHAHA.

Perasan? Biarlah. Kau hade?

"Cheonma. Awak dah memang cantik pun. Saya cuma menaikkan seri je," balas Jieun merendah diri. Dia tersenyum menampakkan kedua belah lesung pipitnya.

Aku hanya ketawa lalu menoleh ke arah cermin semula. Seri eh? Muka aku berseri ke?

"Hallu dunia Lisa!!" Entah daripada mana, tiba-tiba sahaja pintu bilik itu dibuka dan muncullah kawan kesayangan aku tak lain tak bukan Nayeon.

"Saya datang dari dunia Nayeon," ujar Nayeon sambil melangkah ke arahku. Aku hanya melihat biasan imejnya melalui cermin. Apa kebenda lah Yeon ni merepek dunia-dunia segala.

Sah pengaruh kartun.

"My god babe! Cantiknya kau!" Kata Nayeon sebaik sahaja dia berdiri di sebelah aku. Jieun pula sudah meminta diri. Aku hanya mengangguk. Pasti dia juga tidak selesa berada di situ kalau ada Nayeon.

"Hahaha, aku tahu. Tak payah puji,"gurauku. Ye ye je Nayeon ni. Manalah tahu dia cuma nak ambil hati aku kan?

"Serius cantik!" Ulang Nayeon. Dia melihat imbasan imej aku melalui cermin. Riak wajahnya jelas menyatakan yang dia ikhlas.
"Iyalah Cik Nayeon. Dah jom tolong aku pakai baju tu," ujar aku sambil menunjukkan ke arah sepasang baju gaun putih yang tergantung tidak jauh dari tempat aku duduk.

[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Where stories live. Discover now