Episode 49

6.3K 407 30
                                    

LANGIT yang cerah membuatkan Elementalist yang lain tahu bahawa mereka telah memenangi perlawanan itu.

"Diorang berjaya eh?" Xoel tersenyum melihat langit cerah diatas mereka berdua. Reyra yang terbaring disebelahnya turut tersenyum.

"Haha. Itulah kawan kita."

*****

"Hei, Leo!" Laura memanggil nama lelaki disebelahnya yang sedang menutup matanya.

"Apa." Jawab Leo pendek. Matanya masih tertutup rapat.

"Diorang.. dah berjaya."

Leo membuka matanya dan melihat kearah langit yang cerah.

"Aah. Akhirnya. Kenapa lambat sangat." Leo tersenyum.

*****

Mereka berenam tersenyum sesama sendiri sebelum badan mereka tiba-tiba bercahaya dan secara perlahan-lahan menghilang seperti Kai.

"Dah tiba ke?" Tanya Kayna pada dirinya sendiri.

'Elementalist.'

Suara Citrine bergema didalam kepala mereka.

"W-woah. Aku dengar suara Citrine." Leo yang terkejut terus bangun dari baringnya.

"Aku pun dengar juga." Kata Elementalist yang lain.

"Ooh. Telepati." Leo kembali berbaring disebelah Laura.

"Ada apa?" Tanya Ariel.

'Kami minta maaf kerana kami merahsiakan hal ini. Kamu semua juga akan turut menghilang apabila salah satu kuasa ketujuh-tujuh kamu hilang.' Kata Amethyst.

"Tak perlu minta maaf. Kami semua pun dah tahu dah." Reyra mengembagkan senyumannya walaupun dia tahu hanya dia dana Xoel sahaja yang melihat senyumannya itu.

'Kamu semua sudah tahu?' Tanya Spinel.

"Ya. Sebelum korang ada cakap kan. Kalau kuasa kitorang kembali ke Stonecrystal, Kai punya kuasa pun kembali juga. So.. Terbalik pun sama kan...." Jawab Leo acuh tak acuh.

Ketiga-tiga pari-pari itu terdiam. Mereka rasa kagum dengan keberanian Elementalist dalam mengorbankan diri mereka hanya untuk dunia Altar.

*****

"Eh? Telepati dah tak ada dah?"

"Kau ni, Leo. Macam budak-budak." Kata Laura sambil tertawa kecil.

"Suka hati aku lah. Kau sibuk kenapa?" Leo memusingkan kepalanya. Dia tidak perasan bahawa telinganya sedikit kemerahan.

"A-aku cakap je. Hmph." Laura mengembungkan pipinya.

'Kenapalah aku kena suka dia.' Fikiran mereka berdua serupa.

"Leo. Aku harap aku dapat jumpa kau lagi kalau kita dilahirkan semula." Kata Laura dengan wajah yang sedikit memerah.

"....." Mereka berdua diam untuk beberapa saat.

"Aku pun nak jumpa kau lagi, itupun kalau kita tak kan bergaduh lagi." Jawab Leo dengan senyuman.

*****

"Reyra. Aku nak tanya sesuatu." Xoel memandang mata hijau Reyra.

"Tanya apa?" Reyra membalas pandangan mata Xoel.

"Apa hubungan kau dengan Putera Leuter sebenarnya."

"Eh? Kenapa kau nak tahu?" Reyra kembali menanya.

Xoel tidak menjawab. Dia hanya memandang mata Reyra.

"Ingat tak yang aku pernah cakap ayah aku jeneral untuk pengawal diraja?"

Xoel mengangguk menjawab pertanyaan Reyra.

"Aku selalu juga la ikut ayah aku ke istana Wyston waktu aku kecik. Waktu tu aku selalu main-main dengan Putera. Putera dan aku dah macam adik beradik."

"Tapi sebelum ni kau kata kau cuma pernah pergi keistana sekali je."

"Aku tipu."

Xoel terkejut mendengar pengakuan Reyra.

"Mana mungkin la yang lain nak percaya yang rakyat biasa macam aku ni rapat dengan seorang putera. Nanti semua orang akan cakap yang aku reka cerita sebab nak jadi popular."

"Oh. Ya ke." Sehabis mendengar penerangan Reyra, Xoel bernafas lega.
"M-memangnya kenapa?"

Xoel tidak menjawab. Malah sebuah senyuman diberikan kepada Reyra. Wajah Reyra memanas dan memerah melihat senyuman Xoel.

"Aku harap kita jumpa lagi. "

*****

"Terima kasih, Ariel. Sebab bawa aku kedunia ni." Kayna memandang Ariel dan memberikan senyuman kepadanya.

"Hah?"

"Tak ada. Aku cuma gembira sebab dapat jumpa korang. Aku pun gembira sebab dapat lindungi dunia ni."

"Aku pun.. gembira kau datang kedunia ni. Bukan aku je. Yang lain pun."

"Aku tahu." Senyuman lebar lebar Kayna memudar sedikit demi sedikit. Hanya beberapa saat lagi, dia akan menghilang dan dia tidak akan dapat berjumpa dengan sahabatnya yang lain.

"Kalaulah...  aku boleh ucap selamat tinggal dengan betul kat Zea."

Ariel diam. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan olehnya untuk menceriakan hati Kayna.

"Aku yakin dia gembira sekarang. Jadi aku tak perlu risau."

"Aku nak dilahirkan semula dan dapat berjumpa kau lagi." Kayna bergumam. 

"Hei, Ariel!" Panggil Kayna untuk kali yang terakhir sebelum badannya menghilang dengan sepenuhnya.

Ariel memandang Kayna tanpa berkata apa-apa.

"Aku cintakan kau." Katanya sambil tersenyum.

Ariel masih terdiam. Matanya melebar sedikit kerana terkejut. Hanya untuk beberapa saat dia tersenyum dan menjawab...

"Aku pun."

*****

Akhirnya badan keenam-enam mereka menghilang dengan sepenuhnya dan menjadi sebuah cahaya yang terang. Kesemua cahaya itu kembali ke Stonecrystal.

Citrine, Spinel dan Amethyst melihat ketujuh-tujuh cahaya yang sedang melayang diatas kolam besar itu.

"Kamu semua memang berani dan baik hati." Bisik Spinel.

"Kebaikan hati kamu semua mencerahkan dunia Altar." Bisik Amethyst.

"Terima kasih, Elementalist" Bisik Citrine.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now