PROLOG

21.1K 780 17
                                    

Bunyi dentingan pedang menandakan bahawa adanya pertarungan yang sedang berlaku. Bunyi yang nyaring menyebabkan sakit ditelinga dan ketakutan yang amat. Dan padang rumput yang luas ini telah menjadi medan pertempuran bagi dua orang yang sedang berlawan ini.

Salah satu antara mereka ialah seorang gadis yang sedang memegang pedang di tangannya. Badannya dipenuhi luka goresan pedang dan darah mengalir dari lukanya. Nafasnya yang berat menandakan bahawa dirinya sudah keletihan.

Dihadapan gadis tersebut berdiri kukuhnya seorang yang tidak diketahui jantinanya kerana jubah berkerudung yang dipakainya menutupi sebahagian wajah atasnya. Tiada luka yang bersarang di badannya. Jauh beza dengan gadis tadi. Bahkan tenaganya juga masih banyak.

Pertempuran ini sudah kelihatan berpihak kepada lawan gadis itu. Namun gadis tersebut tidak menyerah walaupun dirinya sudah lemah dan kehilangan banyak darah.

Dia menyerbu kearah lawannya sambil menghalakan pedangnya dengan tenaga yang ada.

Namun lawannya dapat mengelak serangannya dan menendang perutnya dengan kuat sehingga badannya terpelanting dan menghentam pokok dan menyebabkan mulutnya mengeluarkan darah segar.

Dengan keadaan terbuka dan tanpa senjata dia menjadi senang untuk diserang. Lawannya mula berlari ke arahnya sambil menghayunkan pedangnya yang tajam.

Dengan segala sisa yang ada dia menghasilkan dinding ais menggunakan kuasa airnya untuk menghalang tikaman pedang tersebut.

Namun dinding aisnya mula mencair kerana tenaganya  mula berkurangan dan tenaga lawannya yang sangat kuat. Dia melompat kebelakang sebelum dinding aisnya mencair dengan sepenuhnya .

Dia melihat sekelilingnya namun dia tidak melihat lawannya walaupun sekejap tadi dia berada jauh dihadapannya. Kerisauan menyelubungi dirinya.

Kewujudan lawannya tidak dapat dikesan olehnya. Dia berusaha memfokuskan derianya kepada tenaga lawannya namun tiada yang didapatinya. Badannya sangat lemah kerana telah menggunakan banyak tenaga dalam pertarungan tadi.

Dia merasakan dadanya ditikam dengan pedang dari belakang. Darah mula mengalir dari bahagian yang ditikam. Kesakitannya tidak dapat ditahan.

Badannya rebah ke atas tanah setelah pedang yang menikamnya ditarik dengan laju. Darah mula membanjiri sekitarnya. Nafasnya tersekat-sekat dan pandangannya mula kabur.

Dia melihat sahabat-sahabatnya yang juga tiada nyawa tergeletak di atas rumput tidak jauh darinya. Air mata mula mengalir.

Buat kali terakhir dia melihat lawannya yang berjalan menghampirinya dan berhenti setelah berada di hadapan matanya. Mata pedang miliknya dihalakan kearah kepalanya lalu ditikam....

"Uwaaaaghhh" sebuah jeritan terdengar seiring dengan jatuhnya seorang gadis dari katilnya. Dengan gerakan cepat dia duduk di atas lantai dan memegang kepala dan dadanya.

"Fuh. Nasib baik cuma mimpi." Nafas lega keluar dari mulutnya. Dia melihat jam loceng yang berada di atas meja berdekatan dengan katilnya.

Jam yang masih menunjukkan jam 5 pagi menyebabkan dia mengeluh. "Awalnya aku bangun. Rasa macam nak tidur balik, tapi nanti tersambung pulak mimpi tadi."

"Tak pe lah." Dia bangun dari duduknya dan masuk ke bilik air untuk mulakan mandi paginya.

Setelah mandi dan memakai seragam sekolahnya, dia mengelap rambut biru cerahnya yang basah dicuci.

Setelah siap semua persiapan, dia mula bergerak ke sekolahnya yang berada agak jauh dari rumahnya. Dengan berjalan kaki, mengambil masa 30 minit untuknya sampai ke sekolah.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now