Episode 24

5.6K 404 4
                                    

RAMBUT biru Kayna yang tiba-tiba bertukar kepada perak membuatkan Kuro dan Ariel terkejut. Mata Kayna yang melihat mereka seperti kosong.

"Cih. Dia boleh masih bangun." Kuro melihat Kayna.

"Apapun.. Kayna, kalau kau nak kawan kau selamat, baik kau diam." Kuro meletakkan pedangnya ditengkuk Ariel pula. Ariel tidak dapat melarikan diri kerana badannya lemah ditumbuk oleh Kuro tadi.

Kayna masih mengawal airnya.

"Tak nak dengar eh." Kuro ingin melibas pedangnya keleher Ariel. Pedang itu tiba-tiba berhenti seinci dari tengkuk Ariel. Badannya tidak boleh bergerak.

"Apa yang?" Kuro pelik. Dia melihat Kayna.

Kayna menghalakan tangannya kearah Kuro.

"Hei. Apa yang kau buat kat aku hah?" Kuro marah. Dia menjerit ke Kayna namun Kayna masih tidak bercakap atau bereaksi apa-apa.

"Hei Fiona. Buat sesuatu." Kuro memandang Fiona yang berada jauh darinya.

"Hah? O-ok." Fiona terkejut dengan arahan tiba-tiba dari Kuro.

Fiona menciptakan pedang ditangannya dan berlari kearah Kayna.

Kayna tidak bergerak tapi air menyerang Fiona. Air yang membentuk sesungut yang tajam menikam perut Fiona. Fiona tidak dapat mengelak sebab dia berlari kearah Kayna dan serangan Kayna sangat laju.

Disebabkan Kayna tidak bergerak dia tidak tahu serangan Kayna.

Darah mengalir dari perutnya yang ditikam. Tikaman dari air tadi membuatkan lubang yang agak besar di perutnya.

Fiona jatuh terduduk. Nafasnya tersekat-sekat. Dia berusaha berdiri walaupun harus menahan rasa sakit di perutnya.

Tiba-tiba dihadapannya, terbentuk berpuluh ais tajam. Fiona terkejut lagi. 'Cepatnya!'

Semua ais itu menyerang Fiona lagi. Beberapa darinya menikam badan Fiona sehingga Fiona tidak dapat bergerak lagi.

Kuro telah boleh menggerakkan badannya. Dia menghiraukan Ariel yang terduduk dihadapannya dan terus menyerang Kayna.

Kuro bergerak dengan laju sambil menghayunkan pedangnya. Namun air yang berbentuk sesungut menahan semua serangan lajunya.

"Cih, tak guna!" Kuro semakin marah.
Kayna tidak menggerakkan tangannya namun dia boleh mengawal air sesuka hatinya. Dan itu lah yang membuatkannya menjadi lebih marah.

Ariel dari jauh melihat Kayna. Dia terkejut dengan apa yang terjadi. Rambut Kayna yang masih berwarna perak berterbangan.

Serangan Kuro masih berlanjutan. Namun dia langsung tidak dapat mendekati Kayna apalagi melukakan badannya.

Satu sesungut air berjaya melukakan pinggang Kuro. Walaupun Kuro bergerak laju, serangan Kayna masih boleh mengena.

Kuro melompat kebelakang. Dia memegang lukanya yang mengalirkan darah. Lukanya itu sembuh secara perlahan-lahan.

Ariel melihat Kuro dari jauh. Dia terkejut dengan apa yang dilihatnya. 'Dia ada berapa kuasa?' Dia bertanya dalam hati.

Kayna melangkah mendekati Fiona yang sedang mengumpulkan kesedaran. Dia berusaha untuk tidak pengsan.

Satu sesungut air menyerang Fiona namun Fiona sempat menciptakan dinding. Air yang menyerang Fiona mencucuk dinding yang dicipta oleh Fiona.

"Krak." Dinding itu mula retak. Fiona terkejut.

'A-apa?' Dia cuba untuk mengekalkan dindingnya. Dua sesungut air dicipta lagi oleh Kayna dan mencucuk dinding Fiona.

Akhirnya dinding itu retak dan sesungut itu menikam badan Fiona lagi. Ini ialah kali ketiga Fiona ditikam dan akhirnya Fiona hilang kesedarannya. Dia rebah.

Kuro berlari kearah Kayna lagi. Kerana terlalu marah, dia menyerang Kayna tanpa berfikir panjang.

Masih sama. Serangan Kuro tidak dapat menyentuh Kayna.

Kali ini, empat sesungut air menikam badannya. Dua di perut dan dia dibahagian lengannya.

Pedang Kuro terlepas dari genggamannya. Dia jatuh terduduk. Lukanya menyembuh dengan sendiri lagi.

Kuro sudah tidak bergerak. Dia tidak dapat buat apa-apa lagi. Sesaat kemudian dia mendapat akal. Pedang diambil. Kali ini, dia tidak berlari kearah Kayna, tapi Reyra yang masih  pengsan.

Dia ingin menikam Reyra. Namun sekali lagi badannya terhenti tiba-tiba. Mata pedangnya terhenti seinci dari kepala Reyra. Tangan Kayna menghala kearahnya.

Kuro merasakan tangannya bergerak sendiri. Pedang yang dipegangnya dilempar jauh. Kakinya bergerak mendekati Kayna.

'Kenapa aku tak boleh kawal badan aku?' Kuro merasakan seluruh badannya sakit.

Sampai dihadapan Kayna, dia ditikam lagi oleh empat sesungut ditempat yang sama. Seperti biasa, lukanya menyembuh sendiri.

'Apa yang terjadi kat Kayna?' Ariel melihat Kayna dari jauh kagum dengan apa yang dilihatnya. Tidak pernah dia melihat Kayna sekuat dan selaju ini. Dan sekejam ini. Dia menikam badan Kuro dengan cara yang sama.

"A-aku kena buat sesuatu." Ariel bangun dari duduknya. Dia menuju kearah Xoel yang sudah kehilangan banyak darah. Dia menarik Xoel perlahan-lahan hingga kesudut dewan istana. Dia juga melakukan hal yang sama pada sahabat lainnya yang tidak sedarkan diri.

Kuro yang masih tidak dapat menggerakkan badannya ditikam berkali-kali oleh sesungut air Kayna. Telah banyak darah yang mengalir dari badannya. Walaupun lukanya boleh sembuh, dia masih merasakan sakit.

"KAYNA." Suara Ariel yang menjeritkan namanya membuatkan dia berhenti menikam Kuro.

Badan Kuro dapat digerakkan semula. Tanpa membuang masa, dia menjauhkan dirinya dari Kayna. Dia menghala kearah Fiona. Setelah berada dihadapan badan Fiona yang juga banyak luka, dia mengangkat badan Fiona dan meletakkan badan Fiona dibahunya.

Dia berlari kearah pintu. Sebelum keluar dia menjeritkan sesuatu.

"Aku akan balas dendam, Elementalist." Akhirnya dia hilang dari pandangan.

Kayna jatuh.

"Kayna." Ariel berlari kearah Kayna yang pengsan semula. Dia memegang kepala Kayna.

Rambut peraknya perlahan-lahan berubah kepada asal.

Kayna tidak sedarkan diri.

"Kayna." Ariel menjeritkan namanya berulang-ulang kali. Namun Kayna tidak juga sedar.

"KAYNA."

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now