Episod 1: The normal day.

12.6K 600 14
                                    

'Kayna Silveria' Itu yang tertulis di tanda nama yang dijahit di uniform sekolahnya.

Kayna duduk dibahagian kiri hujung kelasnya. Itu adalah tempat kegemarannya kerana dia dapat melihat keluar tingkap dan sekiranya dia tertidur gurunya tidak akan perasan. Memang bijak.

Dia menopang dagunya menggunakan tangan kirinya sambil melihat kearah luar tingkap. Dia masih lagi memikirkan maksud mimpi yang dialaminya tadi. Banyak tanda tanya yang berada di kepalanya sekarang.

Tanpa memikirkan perkara yang lalu, dia terus meletakkan kepalanya atas meja sambil menunggu bermulanya hari persekolahan. Kerana terlalu mengantuk, dengan cepat dia telah tertidur di atas mejanya dengan tangannya menjadi bantal.

Loceng yang berbunyi tidak juga membangunkan Kayna yang sedang tertidur sehinggalah bahunya ditepuk perlahan oleh seorang gadis.

Terasa bahunya ditepuk Kayna membuka kelopak matanya walaupun masih berat. Dia melihat orang yang membangunkan dirinya dari tidur nya itu.

"Good morning, sleeping beauty." Kata gadis yang membangunkannya setelah melihat kawan satunya itu membuka matanya. Senyuman diberikan kepadanya sebagai permulaan harinya.

"Pagi, Zea." Balas Kayna pendek. Kantuknya membuat dia malas untuk membalas panjang.

"Awalnya kau datang hari ni Kayna. Setahu aku kau selalu datang on time." Tanya Zea sambil duduk di kerusi sebelah Kayna.

"Sebab mimpi aku pagi tadi lah. Aku bangun lebih awal dari loceng aku."

"Mimpi? Mimpi apa. Bagitahulah." Tanya Zea dengan perasaan ingin tahu nya itu. Kelihatan seperti dia risau tentang Kayna kerana wajah Kayna yang kelihatan risau.

Kayna mula menceritakan mimpi yang dialaminya manakala Zea mendengar dengan seksama. Wajahnya kelihatan risau ketika mendengar Kayna bercerita.

"Jangan risaulah Kayna. Mimpi kan cuma mainan tidur. Kau mesti lupa basuh kaki sebelum tidur kan." Ucapnya cuba untuk menghiburkan Kayna yang kelihatan takut.

Kayna yang mendengar kata-kata Zea tersenyum dan hatinyabrasa lebih tenang. "Terima kasih, Zea. Kau memang pendengar yang baik".

"Hehe. Aku memang baik." Bangga Zea sambil tertawa. "Ah. Cikgu dah datang."

Setelah tamat hari persekolahan. Kayna dan Zea menuju ke kafe tempat mereka bekerja separuh masa.

Kayna harus bekerja untuk menyara hidupnya kerana dia hidup sebatang kara. Manakala Zea bekerja untuk menemani Kayna. Kafe tempat mereka bekerja adalah milik pak cik Zea, oleh itu mereka dapat kerja dengan senang.

Zea adalah anak jutawan namun dia tidak segan untuk bersahabat dengan Kayna. Bahkan dia merasa gembira bersamanya. Kayna juga tidak mengambil kesempatan atas kekayaan Zea. Memang sahabat yang sangat baik.

Dalam masa beberapa minit mereka tiba di kafe pak cik Zea. Mereka menukar uniform mereka kepada uniform khas pelayan kafe tersebut. Pakaian tersebut menyerlahkan kecomelan dan kecantikan Zea dan Kayna.

Ketika waktu rehat, mereka berbual sedikit sambil meminum kopi mocha kegemaran mereka.

"Oh ye Kayna. Esok aku mungkin datang lambat sikit tau. Aku kena teman ibu aku berbelanja sikit." Zea memberitahu Kayna.

"Kenapa kau bagitau aku. Aku bukannya pengurus kafe ni." Kata Kayna sambil tertawa. Dia merasa geli hati dengan sifat Zea.

"Tak de lah. Takut kau cari aku je. Kau tau la. Aku kan famous." Gurau Zea. Kata-katanya membuatkan Kayna tertawa lebih kuat. Namun tidak terlalu kuat.

"Haha. Iye lah. Tapi jangan lama sangat la. Sebab esok kan hari sabtu. Lagi banyak pelanggan yang datang. Kalau aku sorang yang kerja memang tak cukup nafas lah. Haha."

"Iye aku tahu tu cik puteri Kayna." Sifat bergurau Zea selalu buat Kayna tertawa. Itu juga salah satu sebab Kayna menyayangi Zea

Mereka memulakan kerja mereka semula sehingga waktu senja. Kerana senja adalah tutupnya kafe pak cik Zea. Kayna dan Zea mendapat upah dari pak cik Zea kerana mereka bekerja mengikut jam.

Setelah Kayna tiba dirumahnya. Dia terus masuk ke bilik air untuk mandi. Dia juga mencuci uniform sekolah dan baju lainnya. Setelah itu dia memasak kerana perutnya sudah berbunyi meminta diisi.

Setelah kekenyangan dia membuka telefonnya dan melihat perbualannya dengan rakan-rakan sekelasnya yang lain. Dia berbual sehinggalah merasa ngantuk.  Setelah itu dia menetapkan jam locengnya untuk esok dan terus menarik selimut dan tidur. Dia berharap agar tidak mengalami mimpi yang sama dialaminya pagi tadi.

Kayna Silveria (jangan disebabkan nama dia anggap rambut dia silver ya

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

Kayna Silveria (jangan disebabkan nama dia anggap rambut dia silver ya.😄)

The Second Warriors [C]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ