Episode 19

6.3K 372 0
                                    

WAJAH risau jelas kelihatan diwajah Xoel. Mana tak risaunya. Dia akan berlawan dengan ketuanya sendiri. Walaupun dia lebih tua berbanding Ariel. Namun Ariel lebih hebat darinya.

Manakala Ariel, tidak terpampang apa-apa ekspresi diwajahnya. Masih kosong.

Xoel dan Ariel bergerak serentak apabila mendapat arahan mula daripada pengadil.

Setiap hayunan pedang Ariel dia tahan menggunakan tanah. Libasan pedang Ariel yang tajam boleh memotong tanah yang dikawal Xoel. Namun tanah itu boleh bercantum semula.

Xoel menyerang Ariel sepertimana dia menyerang Leo. Tanah-tanah yang banyak menyerang Ariel. Namun Ariel dapat mengelak serangan itu dengan tangkas.

Tetapi Ariel tidak mungkin dapat mengelak semua serangan itu. Sebuah tanah terkena mukanya. Ia menyebabkan muka Ariel calar dan calar itu mengalirkan darah. Xoel yang melihat serangannya itu mengena menjadi sedikit gembira. Diingatkan lagi, hanya 'sedikit'.

Sekali lagi Xoel menyerang dengan cara yang sama. Ariel pula mengelak sambil berlari kearah Xoel.

Xoel yang melihat Ariel semakin dekat dengannya mempercepatkan lagi serangannya itu.

'Susah betul aku nak lawan ketua aku ni ye.' Xoel mengeluh didalam hati. Dia memikirkan cara-cara yang boleh digunakannya untuk melawan Ariel. Setelah beberapa saat, akhirnya dia mendapat idea.

Xoel mengumpulkan tanah-tanah kecil disekeliling tangannya. Dengan cara itu dia dapat menyerang sambil bertahan pada waktu yang sama.

Xoel cuba untuk menumbuk Ariel. Namun Ariel menahan dengan pedangnya. Tanah itu memberikan impak yang kuat sehingga pedang Ariel menjadi senget. Ariel melompat ke belakang.

Ariel melihat pedangnya yang senget itu. Dia terus membuang pedang barunya itu ketepi kerana pedang itu sudah tidak berguna untuknya lagi.

Ariel membuatkan api muncul ditangannya dan membuat bentuk seperti sebilah pedang. Tiba-tiba api itu membentuk sebilah pedang berwarna merah yang tajam. Pedang yang sebenar.

'Alamak! Habislah aku.' Xoel yang melihat pedang ciptaan Ariel menjadi lebih risau.

"Woa, pedang apa tu?" Kayna yang melihat pedang itu menyoal Reyra.

"Kitorang panggil tu sebagai pedang elemen. Sebab Ariel ciptakan pedang tu guna api dia"

"Korang pun boleh buat macam tu ke?"

"Tak, cuma Ariel je yang boleh."

Kayna puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Reyra. Dia melihat perlawanan Ariel dan Xoel semula.

Peluh mula mengalir dipipi Xoel. Merosakkan pedang Ariel adalah pilihan yang sangat disesali olehnya.

Ariel belari kearah Xoel. Pedangnya itu digenggam dengan kuat. Dia menghayunkan pedangnya melawan Xoel.

Xoel pula hanya bertahan. Dia tidak mampu melawan pedang Ariel. Tanah dia cipta menjadi dinding dihadapannya untuk menahan pedang Ariel.

Namun, pedang Ariel itu dapat memotong tanah itu dengan mudah. Xoel terkejut. Impak pedang Ariel juga sangat kuat sehingga badannya terjatuh dari tempatnya berdiri tadi.

Ariel menghayunkan pedangnya dihadapan Xoel. Mata pedang itu berada tepat satu sentimeter dari mata kirinya.

Xoel melihat Ariel berdiri gagah dihadapannya. Pedang ditangannya masih berada dihadapan wajah Xoel.

"Heh." Xoel mengeluh. Tangan kirinya diangkat. Dia sudah memang tak boleh melawan ketuanya itu.

Ariel menghilangkan pedangnya itu setelah melihat tindakan Xoel. Xoel sudah menyerah kalah, jadi dia tidak perlu melawannya lagi.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now