Episode 45

5.3K 390 16
                                    

AIR dan api bergabung dan menyerang tujuan yang sama.  Namun serangan itu dihalang oleh bayang yang dicipta oleh lelaki berambut hitam itu.

"Apa kita nak buat, Ariel? Semua serangan kite tak mengena. " Tanya Kayna.  Tangannya masih sibuk mengawal air yang sedang menyerang Kai.

Ariel tidak menjawab pertanyaan Kayna. Dia sendiri sedang sibuk memikirkan cara untuk mengalahkan lelaki yang berada dihadapan mereka sekarang.

Kai masih tidak bergerak. Tangan kirinya digunakan untuk mengawal bayang-bayang yang sedang melindunginya. Mata hitamnya mengamati pergerakan Ariel dan Kayna.

Hampir sepuluh minit mereka kekal diposisi yang sama. Kayna dan Ariel sudah merasa keletihan. Namun Kai, dia tidak kelihatan seperti menggunakan tenaganya sama sekali

Kai sudah merasa bosan. Tangan kanannya mencipta dua shadow yang besar dan tinggi. Kedua-dua shadow itu menyerang Kayna dan Ariel.

Mereka berdua menghentikan serangan mereka kepada Kai kerana mereka harus melindungi diri mereka daripada serangan shadow.

Shadow itu dapat dihapuskan dengan mudah. Namun, bahagian yang paling susah ialah ketika satu shadow muncul ketika satu shadow dihapuskan.

Kai melihat mereka berdua yang sedang kesusahan melawan shadow-shadow yang diciptanya. Dia menyeringai bangga.

"Itu je ke yang korang berdua boleh buat? Korang berdua mengecewakan aku." Sinis Kai. Ariel merasa marah namun perasaan itu ditahannya. Dia harus fokus dalam memikirkan cara untuk mengalahkan Kai.

"Kayna." Ariel seperti mendapat satu idea. Dia memanggil Kayna yang sedang melawan shadow disebelahnya

"Apa?"

"Boleh lindungi aku tak?"

"Hah?" Kayna sendiri terkejut dengan permintaan Ariel.

"Aku akan melawan Kai seorang diri.  Tapi kau harus tolong lindungi aku daripada shadow ni semua sehinggalah aku dekati Kai." Ariel menerangkan ideanya.

"Boleh. Tapi kau biar betul nak lawan dia seorang, Ariel?" Kayna menanya lagi.

"Ya." Ariel menjawab tanpa rasa takut sedikit pun. Kayna menyerah. Dia harus bersetuju dengan Ariel kerana dialah yang paling pintar diantara Elementalist.

"Aku harap kau tahu apa yang kau fikirkan, Ariel." Kayna berbisik.

Kayna dan Ariel mula berlari menuju Kai. Ariel berada dihadapan. Shadow yang hendak menyerang Ariel dihalang oleh Kayna. Semakin sedikit jarak diantara Ariel dan Kai.

Ariel melompat tinggi. Ketika berada diudara, dia melemparkan pedangnya kearah Kai. Serangan itu sempat dihalang oleh Kai. Ariel telah mencipta pedang elemennya sesaat selepas pedangnya dilempar. Dia menyerang Kai dari udara. Pedang elemennya digenggam dengan erat. Kai juga mencipta pedang elemennya. Dia menggunakan pedang itu untuk menghalang pedang Ariel daripada terkena badannya.

Walaupun Kai dapat menghalang pedang elemen Ariel, haba daripada pedang itu masih dapat dirasainya. Sangat panas.

Mereka berdua berlawan pedang. Tiada bunyi yang terhasil kerana pedang itu bukannya pedang besi. Sangat laju pergerakan mereka berdua.

Kayna melihat perlawanan pedang diantara Kai dan Ariel. Dia merasa kagum melihat kekuatan mereka berdua. Hendak membantu namun dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dia memikirkan cara bagaimana dia boleh membantu Ariel.

'Apa aku nak buat ni? Ariel tak bagitahu apa-apa pun tentang rancangan dia.' Kayna mengeluh didalam hati.

Ariel dan Kai masih berlaga. Tiada tanda perlawanan itu akan tamat. Tenaga Ariel semakin berkurangan namun Kai masih penuh. Kayna menjadi semakin risau. Apa yang harus dia lakukan? Soalan yang sama didalam benaknya.

Serangan Ariel menjadi semakin perlahan membuatkan pedang elemen Kai dapat mengguris perutnya. Ariel sempat mengelak namun perutnya terdapat luka panjang. Dia terus melompat jauh kebelakang berdekatan dengan Kayna.

"A-ariel..!" Kayna menuju kearah Ariel.

"Aku tak apa-apa. Jangan risau." Kata Ariel. Luka panjang diperutnya ditutupi dengan tangan kirinya yang bebas. Dia menghalang darah daripada mengalir.

"Maaf." Kata Kayna.

Ariel tidak sempat berkata apa-apa kerana Kayna telah berlari menuju Kai. Ariel terkejut.

"KAYNA!"

Kayna tidak mempedulikan panggilan Ariel kerana dia berasa bersalah kerana tidak dapat membantu Ariel tadi ketika dia melawan Kai.

Dia mengawal air menggunakan tangannya supaya menyerang Kai. Bukan itu sahaja, dia juga melawan Kai menggunakan penumbuk dan penendang. Tanpa senjata.

Gerakannya sangat laju. Dia melawan Kai berdepan dan juga mengawal air pada masa yang sama. Gerakan pantasnya membuatkan Ariel berasa kagum dengannya.

"Cih." Kai berdecih. Entah kenapa dia tidak membalas semua serangan Kayna.

Dia menghalakan tangannya kearah Kayna. Kayna sedikit terkejut. Dengan hanya sesaat, Kayna terkurung di dalam sebuah kurungan yang dibuat oleh kuasa Kai.

"H-hei." Kayna mengetuk-ngetuk dinding itu. Ariel dan Kai tidak dapat mendengar suara Kayna. Kayna juga tidak dapat mendengar suara yang berada diluar kurungan itu.

'Kenapalah aku selalu kena kurung?' Desis Kayna.

"Lepaskan dia, Kai." Ariel mendekat kearah Kai. Tangan kirinya masih menutupi luka panjang di perutnya.

"Dia hanya akan mengganggu perlawanan kita." Kai memandang Ariel.

"Tak guna."

Tiba-tiba badan Kai tidak dapat bergerak. Ariel sedikit terkejut.

"Ini kan..?" Ariel mengingati hari dimana dia melawan Kuro. Dia menolehkan kepalanya memandang Kayna. Didalam kurungan yang telah mengurung Kayna, Kayna menghalakan tangan kirinya kearah Kai.

Perkara sama berlaku seperti yang dulu. Rambut Kayna berubah menjadi perak secara perlahan-lahan dan anak matanya berubah kepada warna merah.

'Merah?' Tanya Kai dan Ariel didalam hati.

Kai dan Ariel memerhati Kayna yang sedang menggerakkan mulutnya bak membanya sesuatu. Mereka tidak dapat mendengar apa yang sedang dibacanya.

Tiba-tiba kurungan yang mengurung Kayna pecah sekelip mata. Ia membuatkan Kai dan Ariel terkejut.

Tangan kanan Kayna dihalakan kearah Ariel. Apa yang akan dia lakukan? Ditanya oleh Ariel didalam hati.

Luka panjang diperut Ariel tadi tiba-tiba sembuh secara perlahan-lahan. Dalam hanya beberapa saat, keseluruhan luka itu sembuh dan Ariel sudah tidak merasa apa-apa kesakitan.

"A-apa?" Terkejut wajah Ariel. Dia tidak bagaimana Kayna lakukan itu. Kerana apa yang dia tahu ialah, kuasa Kayna ialah mengawal air sahaja.

Kayna memusingkan badannya menghadap Kai yang masih tidak dapat menggerakkan badannya. Mata merahnya bertemu dengan mata hitam gelap Kai. Kai membalas pandangan Kayna.

Kayna mengangkat tangan kirinya dan dihalakan kearah Kai. Kai memerhatikan Kayna.

Dengan laju Kayna menggerakkan tangannya. Serentak dengan pergerakan tangan Kayna, badan Kai melayang menghentam sebatang pokok yang berada jauh dari kedudukannya tadi. Hentaman itu sangat kuat membuatkan badan Kai turut menghentam pokok-pokok dibelakangnya.

Terkejut. Sangat terkejut. Ariel tidak dapat berkata apa-apa.

"Dia..kawal badan Kai ke?" Tanya Ariel kepada dirinya sendiri.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now