Episode 16

6.4K 390 5
                                    

Perlawanan pertama pada hari kedua hampir bermula. Xoel dan Leo berjalan bersama ketengah stadium. Mereka berdua tidak memegang apa-apa senjata.

Ahli Elementalist yang lain melihat dari atas, ditempat yang disediakan untuk mereka.

"Korang rasa siapa yang akan menang?" Kayna menyoal sahabanya. Dirinya merasa agak risau.

"Selama dua tahun, Leo tak pernah kalahkan Ariel dan Xoel. Tapi, kita tak tahu untuk tahun ni pula." Reyra menjawab. Dia juga merasa agak risau. Tangannya disilang.

"Kita tengok je lah." Laura mengajak mereka duduk dikerusi. Ketiga-tiga mereka sememangnya sangat risau.

Pertandingan dimulakan. Xoel dan Leo mula membangkitkan kuasa mereka sendiri.

Xoel memecahkan tanah disekitarnya dengan menghentakkan kakinya. Kemudian tanah itu terapung di hadapannya.

Manakala Leo, dia mengalirkan petir diseluruh badannya. Bunyi dari petir itu sangat kuat.

Kedua-dua mereka menunggu masa yang sesuai untuk menyerang. Setelah berdiam untuk beberapa saat, akhirnya Leo memulakan serangan.

Dia menyerang menggunakan petirnya. Dengan kelajuan sepantas kilat petirnya sampai ke Xoel. Namun Xoel masih dapat menahan serangannya dengan tanah yang terapung dihadapannya.

Kerana tanah yang melindunginya, Xoel tidak dapat melihat hadapan. Leo mengambil peluang itu dengan berlari ke arahnya. Dia berlari dengan laju.

Entah bagaimana, Xoel dapat mengesan kehadiran Leo. Tanahnya digunakan untuk menyerang Leo pula. Tanah disekeliling pecah dan dijadikan senjata olehnya.

Leo yang mempunyai kuasa petir dapat bergerak dengan laju. Oleh itu dia dapat mengelak serangan Xoel.

Dengan kelebihannya, Leo sampai di hadapan Xoel. Dia berusaha menumbuk Xoel secara bertalu-talu. Xoel hanya dapat mengelak beberapa serangan Leo.

Dengan sekilas, Xoel terus menendang perut Leo sehingga badannya terpelanting dan bergolek.

Laura yang melihat dari jauh menjadi kerisauan. Dia menggigit bibir bawahnya. Jari-jarinya dimainkan olehnya untuk menghilangkan rasa risau.

Mereka selalu berlatih bersama, jadi segala corak pertarungan mereka kenal. Dan itu akan membuatkan pertarungan ini jadi lebih sukar.

Sudah lebih 30 minit mereka berlawan. Peluh telah membasahi pakaian mereka. Nafas juga menjadi berat. Namun tanda-tanda untuk menyerah tidak terlihat.

Luka dibadan Leo lebih banyak berbanding Xoel. Leo bertahan manakala Xoel menyerang. Berbalik dengan apa yang berlaku awal tari.

Leo sekali lagi mencuba untuk menyerang Xoel. Dia berlari dengan laju dan mencuba untuk memegang tangan Xoel.

Xoel mengelak namun pergelangan tangannya dapat digenggam oleh Leo. Sejurus itu, Leo mengalirkan petir melaui badannya sehingga ia juga mengalir kebadan Xoel. Xoel menjerit.

Xoel berjaya melepaskan tangannya dari genggaman Leo dan terus melompat jauh ke belakang. Dia menyeringai kesakitan.

"Heh." Xoel tersenyum senget melihat kawannya yang menjadi lawannya sekarang. Dia mengaku, Leo menjadi lebih kuat dari sebelum ini. Namun dia juga.

Xoel menegakkan badannya. Nafas ditarik. Dia melihat Leo dengan mata tajamnya. Dia berlari kearah Leo yang masih kaku.

Dia melompat dan menendang Leo. Leo menahan serangan itu denagn tangannya. Sekali lagi dia mengalirkan petir. Xoel dapat membaca apa yang hendak dilakukan Leo. Dia melompat kebelakang sekali lagi namun tidak jauh.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now