Episode 31

6K 384 11
                                    

Bam...

Bam...

Bam...

Batang pokok yang keras menjadi sasaran untuk tumbukannya. Tanpa menghiraukan rasa sakit ditangannya, Kayna tetap menumbuk batang kayu yang pernah dia panjat sebelum ini.

"Tak guna.."

"Tak guna.."

"Tak guna.."

Ayat yang sama keluar setiap kali penumbuknya hinggap di batang pokok itu.

Dia teringat kejadian pagi tadi. Kejadian dimana Ariel menciumnya.

"Kyaaaaa." Kayna menghentikan tumbukannya. Dia terduduk mencangkung sambil menutup mukanya yang memerah.

"Kenapa~~" Kayna teringat hal tadi.

Ariel memeluk badan Kayna supaya Kayna tidak melihat senyumannya. Dia mendekatkan mulutnya ditelinga Kayna.

"Terima kasih. Sebab hadir dalam hidup aku." Dia membisik ditelinga Kayna.

Wajah Kayna semakin merah. Detak jantungnya semakin lama semakin laju. Dua kali lebih laju dari yang biasa.

Ariel melepaskan pelukannya dan memandang wajah Kayna lagi. Wajah Kayna yang memerah dan malu-malu membuatnya gembira.

Dia mencium bibir Kayna untuk kedua kalinya. Namun hanya untuk sesaat. Selepas itu dia terus melangkahkan kakinya menjauh dari Kayna.

Kayna yang masih terkejut terkaku ditempat. Otaknya kosong. Perasaannya bercelaru.

"Kyaaaaaaa!" Kayna menjerit sambil menutup mulutnya. Dia tidak mahu jeritannya mengganggu tidur lena sahabatnya yang lain.

"Kenapa dia terus pergi tanpa cakap apa-apa?" Kayna menanya dirinya sendiri.

"Kenapa aku tak bergerak waktu tu?"

"Kenapa.."

"Kenapa.."

Air mata hampir sahaja menitis dari mata Kayna.

"Tak boleh. Aku tak boleh menangis." Kayna bangun dari duduknya. Dia mengumpulkan semangat.

"Tapi kenapa aku nak nangis?" Sekali lagi dia terduduk sambil menutup mukanya

"Um...Kayna." Suara Reyra dari tingkat atas mengejutkan Kayna.

"Eeee... Aku bukan nak menggangu... Tapi... Kau kenapa?" Reyra dari tadi melihat gelagat Kayna. Dan dia fikir Kayna mula hilang akal.

"Oh, Reyra!.. aku tak apa-apa." Sekali lagi dia bangun dari duduknya. Dia tersenyum kearah Reyra untuk meyakinkan Reyra bahawa dirinya tak apa-apa.

"Kau.. yakin?" Reyra masih tidak percaya

"Yup." Kayna mengangguk.

"Kalau macam tu.. apa yang berlaku antara kau dengan Ariel tadi pagi." Pertanyaan Reyra membuat Kayna terkejut. Dia terlompat sedikit.

"A-Ariel? M-ma-mana ada. T-tak ada a-apa-apa p-pun. Bi-biasa je. Ah.aha.ha."

'Yup. Memang ada kaitan dengan Ariel.' Reyra yang melihat gelagat Kayna sudah dapat agak. Reyra mendesah perlahan.

"Kalau tak ada apa-apa, baik kau tidur. Aku rasa kesihan kat pokok yang dah ada cap penumbuk kau tu." Reyra menunjuk pokok yang baru sahaja Kayna tumbuk.

"Oh. Aahahaha. Ini? Aku cuma berlatih je.. haha." Kayna tertawa kekok. Dia menyembunyikan kesan tumbukannya yang berada dibatabg pokok itu.

"Kalau nak berlatih, esok pun boleh. Dengan aku. Sekarang baik kau pergi tidur."

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now