Episode 25

6.3K 358 9
                                    

KAYNA~

Kayna Silveria~

Mendengar namanya dipanggil, Kayna membuka matanya. Matanya dipejam celik untuk menghilangkan rasa berat dikepalanya.

"Aduh, kepala aku!" Kayna memegang kepalanya yang masih berat.

Kayna bangun dari duduknya dan melihat sekelilingnya. Apa yang dilihatnya ialah, dia berada ditengah-tengah sungai yang tidak dilihat penghujungnya. Dia bangun dan melihat tempatnya berdiri, iaitu sebuah daun bunga lili yang besar.

Kayna Silveria~

Sekali lagi dia mendengar namanya dipanggil. Dia mencari-cari punca suara.

Dibelakang mu Kayna.

Dia memusingkan badannya. Matanya terbeliak terkejut.

Seekor haiwan sangat besar berada dihadapannya. Haiwan itu kelihatan seperti seekor rusa. Hanya haiwan itu berwarna hijau. Mata haiwan itu memandang Kayna.

"Wau!" Kayna terkagum sendiri dengan apa yang dilihatnya.

Kayna Silveria~

"Macam mana kau tahu nama aku? Dan.. kau siapa?" Kayna menanya haiwan besar dihadapannya.

Nama saya Veria. Nama ini diberikan sendiri oleh ayahmu. Dan aku sentiasa bersama kamu Kayna.

"Bersama aku?" Kayna semakin bingung. Ini ialah kali pertama dia melihatnya, tapi haiwan itu kata dia sentiasa bersamanya. Bukankah pelik?

Saya ialah penjaga kamu Kayna. Saya bersama kamu sejak diri kamu yang pertama.

"Baiklah... aku tak faham."

Dulu, saya ialah penjaga ayahmu, Zedd Silveria. Setelah kamu lahir, saya dijadikan penjaga kamu pula.

"Dan... apa maksud.. diri aku yang pertama?"

Itu saya tidak boleh beritahu disini. Kamu harus pergi ke satu tempat untuk mengetahuinya. Juga, datanglah bersama kelima sahabatmu itu.

"Tempat apa?"

Stonecrystal. Disana kamu harus berjumpa dengan tiga Guardian. Mereka akan menerangkan segalanya. Termasuklah mimpi kamu.

"Baiklah. Aku nak tanya satu perkara lagi."

Apa dia?

"Kau tahu siapa ibu ayah aku?"

Ya saya tahu. Tapi saya tidak boleh beritahu disini.

"Kenapa?"

Disini ialah mimpi kamu Kayna. Dan sebentar lagi kamu harus bangun dari tidur kamu.

"Jadi, macam mana aku nak tahu tentang ibu ayah aku?"

Guru kamu, Fiz Viera. Tanyalah padanya dan dia akan memberitahu kamu.

"Profesor Fiz tahu?"

Ya. Sekarang, kamu harus bangun Kayna. Sebelum itu saya ingin memberitahu sesuatu.

Veria mengatakan sesuatu kepada Kayna dan Kayna mendengar dengan seksama apa yang sedang dikatakannya.

MATANYA dibuka dan menampakkan iris coklatnya yang cantik. Cahaya bilik menyebabkan dia mengangkat tangannya dan menutup matanya.

"Aduh..."

Sebaik sahaja dia bangun, dia melihat dia berada disebuah bilik. Bilik yang sangat dikenalinya.

"Eh? Ini bilik aku kan?" Dia menyoal dirinya sendiri.

Bunyi pintu yang dibuka membuatkan dia mengalihkan pandangannya. Disitu seorang perempuan berambut coklat hendak masuk sambil memegang kain.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now