Episode 32

5.7K 378 4
                                    

KAPAL yang dinaiki oleh Elementalist telah bergerak. Kapalnya tidak terlalu besar dan juga tidak terlalu kecil. Itu kerana mereka hanya pergi bertujuh termasuk pemilik kapal itu.

Ariel melihat lautan luas yang sedang diseberanginya. Bunyi desiran ombak membuat dia rasa tenang.

"Tenang kan?" Kayna mengejutkan Ariel dari belakang.

"Hm."

"Kau suka laut?" Kayna berdiri disebelah Ariel.

"Tak sangat. Api dan air mana boleh bersatu."

"Oh." Entah kenapa kata-kata Ariel membuatnya menjadi sedih.

"Tapi.. aku suka warna dan bunyi laut. Ia menenangkan." Ariel berkata lagi.

"O-oh." Kayna memegang rambutnya.

Ariel pergi kearah pak cik pemilik kapal yang sedang mengemudi. Dia melihat pak cik itu sedang mengemudi dengan tenang dan sentiasa memerhati laut.

"Pak cik, rasanya bila kita boleh sampai?" Ariel berdiri disebelah pak cik itu.

"Dalam sejam lagi." Ariel mengikuti pandangan pak cik itu.

"Pak cik pernah pergi ke Stonecrystal ke?"

"Emm.. Pernah lah juga. Tapi tak sampai."

"Kenapa?"

"Macam yang Pak cik cakap,  perjalanan ke Stonecrystal ni bahaya. Jadi pak cik tak berani nak teruskan."

Ariel tidak bertanya apa-apa lagi.

"Oh ye, antara kamu ada tak yang boleh naik keatas untuk tunjuk arah?" Pak cik iti pula yang menanya Ariel.

"Atas?"

Pak cik itu menunjukkan sebuah kayu besar yang kukuh dikapalnya.

"Nak buat apa pak cik?"

"Tunjuk arah. Nanti kita kena lalu sebuah tempat yang penuh dengan batu-batu. Dan susah untuk pak cik nak nampak.

"Oh."

Ariel turun dan pergi menuju kearah bangku dimana mereka semua sedang tertidur.

"Laura." Ariel memanggil Laura yang sedang tidur disebelah Reyra.

"A-ah. Ye ada apa?" Laura mengusap matanya

"Aku perlukan pertolongan kau."

"Apa dia?"

"Tolong naik atas tu." Ariel menunjukkan arah dimana yang ditunjukkan oleh pak cik tadi.

"Nak buat apa?"

"Tunjuk arah." Sehabis menjawab Ariel pergi ke tempat di mana pak cik tadi berada.

Laura pula menggunakan kuasanya untuk membuat puting beliung yang kecil untuk mengangkat dirinya sendiri. Dia duduk diatas kayu besar yang ditunjuk oleh Ariel.

"Laura, kamu boleh nampak kawasan berbatu tidak?" Pak cik itu menanya Laura.

Laura memandang arah laluan mereka. Sebuah kawasan berbatu yang besar berada dihadapan agak jauh dari mereka.

"Ada." Dia menjawab pertanyaan pak cik itu.

"Baiklah Ariel, pakai ni. Bagi sekali ke kawan lelaki kamu." Pak cik itu memberikan tiga pasang penutup telinga kepada Ariel.

"Untuk apa pak cik?" Ariel tidak tahu tujuannya.

"Nanti disana akan ada makhluk yang digelar siren. Kamu tahu kan siren tu apa?"

"Ye." Ariel memasang penutup telinga yang diberikan oleh pak cik itu. Kemudian dia pergi ke tempat Leo dan Xoel berada dan memberinya kepada mereka.

"Laura, nanti bila kita sampai ketempat bebatu itu, tolong tunjuk arah dengan tangan kamu ye. Dan tiada soalan." Sejurus itu pak cik itu terus memakai penutup telinga yang sama seperti yang diberikan kepada Ariel.

"Baik, pak cik." Laura menjawab sambil menjerit.

"Ada apa?" Kayna menanya Ariel tapi soalannya tidak direspon oleh Ariel. Kayna melihat telinga Ariel yang tertutup.

"Ok. Aku faham dan aku tak faham." Kayna mengangguk sendiri.

Setalah itu mereka tiba dimana tempat bebatu tadi. Kapal mereka masuk dicelah-celah batu besar dan tinggi.

Elementalist memerhati tempat yang sedang mereka seberangi itu. Ditempat itu banyak batu-batu tinggi dan sederhana yang berhujung tajam dan dipuncaknya terdapat kapal-kapal kecil yang tersangkut.

"Woah. Tempat ni buat aku rasa seam sejuk." Leo memeluk badannya sendiri.

Laura memerhati laluan kapal mereka sambil menunjuk arah agar tidak terlanggar batu-batu.

Tiba-tiba, sebuah melodi bergema diseluruh kawasan itu. Namun hanya yang perempuan yang mendengar kerana yang lelaki menutup telinga mereka.

Kayna pergi kearah sisi kapal dan melihat kawasan itu. Dia ternampak beberapa makhluk yang kelihatan seperti ikan duyung. Cuma badan mereka ialah daripada air.

"Siren. Kali pertama aku nampak benda macam ni. Nasib baik diorang pakai penutup telinga." Kayna memandang lelaki yang berada dikapal itu. Mereka masih tenang dan tidak terganggu.

Kapal mereka menyeberangi tempat itu dengan tenang. Tiba-tiba ombak membuatkan kapal mereka bergerak terhuyung-hayang. Kayna dan Ariel pergi kesisi kapal. Diikuti yang lain.

"Kayna, gunakan kuasa kau." Ariel mengarahkan Kayna.

Kayna mengangguk. Dia pergi kehujung dek kapal dengan laju.

Tangannya muka digerakkan secara perlahan-lahan. Ombak yang tadinya kuat mula melambat. Kayna lega kerana kuasanya berguna.

Tiba-tiba seekor siren menyerang Kayna tanpa dia sedar. Kayna tidak sempat mengelak. Badannya dibawa masuk kedalam air.

"Kayna." Ariel berlari kearah dimana Kayna jatuh.

Kayna bergelut dengan siren yang menyerangnya. Disebabkan ria berada didalam air, dia susah untuk bernafas. Badannya tergores beberapa batu tajam sehingga luka.

'Tak guna.' Desis Kayna dalam hatinya.

Dengan menggunakan kuasanya, Kayna menolak siren yang bergelut dengannya. Disebabkan badan siren itu ialah air, dia boleh menolak mereka dengan senang.

Dia berenang mendekati Ariel. Dia mencapai tangan Ariel yang dihulurkan untuknya dan Ariel membantu Kayna untuk menaiki kapal itu semula.

"Hah. Nasib baik." Kayna mendesag lega.

"Kayna, kau tak apa-apa?" Elementalist lain berlari kearah Kayna.

"Ye aku okay."

Reyra menyerahkan sebuah botol kecil kepada Kayna.

"Ni minumlah."

"Ini posyen penyembuhan tu kan?" Kayna mengambil posyen yang diberikan kepadanya. Dia terus meminum seperti yang disuruh Reyra.

"Wek, pahit."

Luka goresan dibadannya tadi menyembuh dengan cepat. Posyen itu berhasil.

"Kayna, kau okay ke?" Laura yang masih duduk diatas kayu memandang Kayna yang berada dibawahnya.

"Ye. Aku okay. Jangan risau."

"Kau sejuk ke?" Ariel memandang badan Kayna yang sedang menggigil.

"Oh ye sikit." Kayna memeluk badannya.

"Aku tolong panaskan badan kau." Ariel menarik tangan Kayna dan menuju kearah sebuah bangku. Dia mendudukkan Kayna diatasnya dan mencipta beberapa bola api yang kecil disekeliling Kayna.

"Hah. Selesa sikit."

Perjalanan mereka diteruskan. Dibantu oleh Laura yang menunjukkan arah dan Kayna yang menenangkan ombak kuat yang dihasilkan oleh siren yang menyerang mereka tadi.

LEBIH dua puluh minit mereka menyeberangi kawan bebatu itu, akhirnya mereka dapat keluar. Dan akhirnya, mereka nampak sebuah pulau yang dipenuhi hutan.

Elementalist memandang pulau itu dengan seksama. Itukah Stonecrystal?

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now