Episode 43

5.3K 356 3
                                    

HATI Reyra berasa resah. Dia sedang memikirkan keadaan Laura dan Leo yang telah mereka tinggalkan untuk melawan Fiona. Mereka sedang berlari kearah utara seperti yang dikatakan oleh Kai.

"Jangan risau. Aku yakin Leo dan Laura tak apa-apa. Diorang kuat." Xoel yang turut berlari di sebelahnya mencuba untuk menenangkan hati Reyra.

Reyra tidak menjawab. Dia menggigit bibir bawahnya. Dia tahu betapa kuatnya Leo dan Laura. Tapi dia masih risau.

Tiba-tiba dia dan Xoel berhenti. Ariel dan Kayna yang melihat mereka berdua berhenti turut berhenti.

"Ada apa?" Tanya Ariel pada Xoel.

"Ada seseorang yang berdekatan." Jawabnya.

Mereka berempat bersiap sedia. Pedang yang disisipkan dipegang.

"Kat mana dia?" Tanya Ariel lagi.

"Dia bergerak laju."

Ariel yang mendengar jawapan Xoel sudah dapat meneka siapa yang berada berdekatan.

"Kuro. Betul tak?"

"Ya."

'Kuro? Nama dia 'hitam'?' Kayna tidak tahu siapa yang mereka sebutkan.

Tiba-tiba Xoel diserang. Serangan itu sangat laju sehingga membuatkan Kayna tidak menyedari mereka telah diserang hendap. Namun, Xoel dapat menghalang serangan itu dengan pedangnya.

Orang yang baru sahaja menyerangnya tadi melompat kebelakang. Dia berdiri dan memandang mereka berempat.

'Dia ke yang namanya Kuro?' Tanya Kayna didalam hati.

"Pandai kau elak ye, Xoel Canlas."

"Terima kasih atas pujiannya. Tapi aku tak perlukan semua tu." Sinis Xoel.

Kuro memandang Kayna. Dia menatap Kayna dengan lama dan mengingati hari dimana dia telah dikalahkan olehnya. Pandangan tajam dia berikan.

Kayna sedikit terhentak melihat pandangan yang diberikan oleh Kuro. Dia tidak tahu apa sebabnya dia diberikan pandangan sedemikian rupa.

"Nampak macam kau tak ingat apa-apa, Kayna Silveria." Semakin tajam pandangan Kuro.

"A-apa maksud kau?" Suara Kayna sedikit bergetar. Dia merasakan sedikit ketakutan.

"Pedulikan dia, Kayna." Reyra berdiri dihadapan Kayna untuk menghalang daripada Kuro memandang Kayna.

"Korang berdua pergi. Biar kitorang halang dia." Xoel juga turut melangkah kehadapan.

"Apa?" Kayna terkejut.

"Kalau Laura dan Leo boleh kalahkan Fiona, maksudnya kitorang pun boleh kalahkan Kuro." Reyra menyambung.

"Tapi, Reyra.."

"PERGI!" Kayna tersentak apabila Reyra menjerit pada dia.

"Jom, Kayna. Aku yakin diorang boleh buat." Ariel menarik tangan Kayna dan berlari dari tempat itu.

Kuro hanya memandang Ariel dan Kayna yang telah berlari pergi. Tiada tanda yang dia hendak mengejar mereka.

"Aku rasa kau takut dikalahkan oleh Kayna sekali lagi. Sebab tu lah kau tak kejar diorang. Betul tak?" Xoel tersenyum sinis melihat Kuro.

Kuro mengalihkan pandangannya kearah Xoel dan Reyra. Tiada apa-apa ekspresi pada wajahnya. Dia hanya memandang mereka berdua tanpa berkata apa-apa.

FIONA menyerang mereka berdua menggunakan kuasanya yang sama. Pedang-pedang terbang menghala kearah Leo dan Laura dengan laju. Manakala Leo dan Laura, mereka berusaha mengelak serangan Fiona dan mencuba untuk menyerangnya.

Sebahagian hutan disekeliling mereka menjadi botak disebabkan kuasa mereka bertiga.

Laura melompat tinggi dan menyerang Fiona menggunakan kipas besarnya namun Fiona menghasilkan dinding untuk menghalang serangan Laura. Laura menjadi terbuka. Dinding itu hilang dan Fiona terus menyerang Laura yang berada dihadapannya dengan pedang-pedang ciptaannya. Laura tidak dapat mengelak. Beberapa pedang itu menikan badannya sehingga membuatkan banyak darah mengalir dari lukanya.

Serangan Fiona pada Leo terhenti sebaik sahaja Fiona menghasilkan dinding itu tadi. Leo menyerang Fiona dengan petirnya supaya serangan Fiona pada Laura terhenti. Fiona menghasilkan dinding yang sama dan serangannya pada Laura terhenti.

Laura berlari mendekati Leo sementara Leo masih menyerang Fiona. Luka dibadannya membuatkan dia sedikit lemah.

"Laura kau rehat kat belakang dulu. Biar aku lawan dia." Kata Leo. Serangannya masih tidak berhenti.

"Tak nak. Aku masih boleh berlawan."

"Ugh.. Suka hati kau lah." Leo berhenti menyerang. Dengan kelajuan sepantas kilatnya, dia berlari kearah Fiona dan menyerangnya. Namun serangannya tidak berhasil kerana dindingnya menghalang serangan Leo daripada mengena badannya.

Laura cuba untuk menolong Leo namun luka-luka ditangannya membuatkan dia tidak mampu untuk mengangkat kipas besarnya. Manakala luka dikakinya membuatkan dia susah untuk berjalan. Apalagi berlari.

'Tak guna. Kalaulah posyen penyembuh tu masih ada.' Laura mengeluh didalam hati. Dia berasa marah pada dirinya kerana tidak dapat membantu Leo.

"LAURA!" Jeritan daripada Leo membuatkan dia terkejut. Dia melihat Leo berlari ke arah dirinya dan terus memeluknya. Tiba-tiba sebuah sesungut hitam menyerang mereka berdua. Leo melindungi Laura daripada serangan itu. Mereka berdua terhempas jauh dan melanggar pokok. Leo terluka dibelakang badannya. Luka itu panjang dan mengalirkan darah yang banyak.

"Leo!" Laura menjadi sangat risau melihat Leo yang baru sahaja melindunginya daripada serangan Fiona. Dia melepaskan dirinya dari pelukan Leo dan membantu Leo untuk duduk.

"A-aku tak apa-apa. Jangan risau." Leo melihat wajah risau Laura. Dia menggenggam tangan kanan Laura yang memegang tangannya.

"Maaf. Aku tak sepatutnya mengelamun sewaktu dalam perlawanan." Laura menyalahkan dirinya. Bibir bawahnya digigit.

"Ini bukan salah kau." Leo memusingkan badannya dan menghadap Fiona yang masih berdiri dengan teguh jauh dari mereka.

"Apa kita nak buat sekarang, Leo?"

Leo tidak menjawab. Dia juga tidak tahu apa yang harus dia lakukan untuk kalahkan Fiona.

"Leo?" Laura memandang Leo yang membelakanginya.

"Aku pun tak tahu nak buat apa, Laura. Aku bukannya pandai merancang. Tak macam Ariel." Leo merasakan dirinya tidak berguna.

"Apa kata kalau kita gabungkan kuasa kita?"

"Hah?" Leo sedikit terkejut dengan cadangan Laura.

"Aku boleh gunakan angin aku untuk besarkan serangan petir kau."

"Kau yakin ke? Seingat aku kita tak pernah bergabung sebelum ni." Leo memandang Laura tidak percaya. Mereka yang selalunya bergaduh dan mengejek antara satu sama lain harus bergabung?

"Habis tu? Kau ada rancangan lain? Itu ialah idea paling hebat yang aku dapat fikirkan sekarang."

"Ok ok. Sebenarnya aku fikir tu idea yang bagus juga. Cuma boleh ke kita bergabung?"

"Tak tahu. Tapi apa salahnya mencuba betul tak? Bukan ke kita pernah bergabung dulu?"

"Memang pernah. Tapi itu kita yang pertama. Bukan yang sekarang."

"Sama je."

"Woi! Korang tak habis lagi ke berbincang, hah? Buang masa la korang nak berbincang segala. Bukannya dapat kalahkan aku." Jerit Fiona dari jauh.

"Seriously. Aku rasa macam nak jahit mulut masin dia tu." Leo marah.

"Sama lah. Jadi, jom kita pergi koyakkan mulut masin dia tu."

Rasa sakit pada luka-luka mereka diabaikan. Mereka bangun dengan serentak dan memandang Fiona dengan amarah. Tanggungjawab mereka sekarang ialah untuk mengalahkan Fiona dan membantu sahabat mereka yang lain.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now