Episode 9

7K 425 2
                                    

"Uwaaaaghh!!" Bunyi jeritan yang memekakkan telinga kedengaran seiring dengan bunyi jatuhnya badan Kayna dari atas katil.

Keadaan Kayna sekarang adalah kepala dibawah dan kaki diatas katil. Jadi, tahu bahawa kepala yang jatuh dulu. Sakit? Ya, memang sakit. Merasakan lehernya sakit, dia terus membetulkan posisi duduknya. Dan sekarang dia duduk diatas katil secara normal.

"Mimpi tu lagi." Mimpi yang sama berulang pada malam ini. Mimpi dimana seorang gadis melawan entah siapa dan dibunuh dengan pedang tajam.

"Kuat sangat ke aku jerit. Yang lain dengar tak?" Dia mula merasa risau. Takut ahli Elementalist lain bangun terdengar jeritannya.

Dia melangkah menuju pintu biliknya. Setelah dibuka dia mengintip bilik lain. Apa yang dinampaknya ialah bilik lain pintunya masih ditutup. Aman damai.

"Fuh.. Nasib baik." Kayna mendesah lega. Dia menuju ke katilnya semula. Sampai sahaja atas katil, badannya direbahkan dengan perlahan. Sakit jatuh dari katil masih terasa walaupun sedikit.

Matanya merenung siling biliknya. Dia hendak masuk tidur semula tetapi takut mimpi yang sama berulang lagi.

"Kenapalah telefon aku tak boleh buka kat sini." Selalunya didunia manusia dia akan bermain dengan telefonnya sekiranya tidak dapat melelapkan matanya. Namun di Altar telefon dia tidak dapat berfungsi langsung.

"Aku sepatutnya tidur sekarang. Esok dah lah ada latihan. Kalau tak cukup tidur, habislah aku kena pandangan tajam Ariel." Mengingat waktu Laura diberikan pandangan tajam oleh Ariel memberinya rasa takut.

Kerana tiada apa yang boleh dilakukan, dia hanya merenung siling sahaja. Setelah tiga jam merenung akhirnya kelopak matanya menjadi lebih berat. Dan akhirnya mata dapat dilelapkan setelah berjam-jam.

"Kayna, fokus."

Sekarang Kayna menjalani latihan seperti biasa. Disebabkan ngantuk yang amat Kayna tidak dapat memfokuskan kuasanya sehingga latihannya menjadi tunggang langgang. Disebabkan itu juga Ariel memarahi Kayna. Walaupun wajah Ariel tidak terpampang kemarahan, namun Kayna tahu dia marah akan dirinya.

"S-sorry."

"Rehat dulu." Ariel tahu bahawa fikiran Kayna entah kemana. Oleh itu, dia berikan rehat untuk Kayna.

Kayna yang diberikan rehat terus duduk di tepi, melihat ahli lain berlawan antara satu sama lain dengan kuasa mereka. Disebabkan kelopak matanya menjadi berat,.dia menyandarkan kepalanya di tiang berdekatan. Tanpa sedar dia sudah tertidur.

Ariel melihat Kayna yang sudah tertidur di tepi tiang. Dia mendekati Kayna lalu menggoyangkan bahunya perlahan. Dan Kayna yang merasa bahunya digoncang pula terus terbangun dengan terkejut.

"Oh, Ariel!" Kayna melihat orang yang membangunkan dirinya. Ariel duduk disebelahnya sambil melihat kearah ahli lain juga.

"Mimpi buruk ke?" Ariel yang seperti tahu masalah Kayna terus menanya soalan. To the point.

"Ye. Mimpi yang sama kali kedua pula tu."

"Mimpi berlawan dengan entah siapa dan dibunuh?"

"Ye... Eh? Macam mana kau?" Kayna pelik. Ariel tahu tentang mimpinya.

"Aku pernah alami mimpi yang sama. Bukan aku je. Yang lain pun."

"Mimpi yang sama eh? Tapi macam mana kita semua boleh ada mimpi yang sama?" Masih banyak soalan yang hendak ditanyakan Kayna. Tetapi dia ambil yang penting dahulu.

"Entah." Ariel juga tidak tahu alasannya.

"Pergi lah masuk tidur. Kalau macam ni kau tak kan dapat fokus langsung."

"Eh?" Tanpa menghiraukan wajah bingung Kayna, Ariel terus bangun dan menjerit supaya ahli lain dengar.

"Semua. Latihan tamat." Hanya tiga perkataan tersebut dapat membuat semua wajah Elementalist kebingungan. Namun, Ariel masih tidak hiraukan perkara itu dan terus menghala ke dalam rumah.

"Apa yang terjadi sebenarnya?" Leo yang merasa aneh dengan gelagat Ariel terus bertanya pada Kayna.

"Aku rasa Ariel tu bersifat adil." Kayna menjawab pertanyaan Leo. Tapi jawapannya makin membuat Leo bingung.

"Sebenarnya aku ngantuk sangat, dan Ariel bagilah aku rehat. Jadi dia bagilah korang rehat sekali. Kalau aku seorang yang rehat, macam tak adil je kan."

"Hmm.. Munasabah." Xoel meletakkan tangannya di dagunya bak orang berfikir.

"Tapi pelik. Sejak bila Ariel bagi kita rehat walaupun seorang yang penat? Sebelum ni kita punya lah penat tak ada pun dia bagi rehat." Reyra pula yang bersuara.

Yang lain pula hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Apa pun. Dia dah bagi rehat, aku nak rehat." Leo terus menuju kedalam rumah dan terus duduk diatas sofa di ruang tamu. Manakala yang lain pula mengikuti dari belakang.

"Oh, ye. Aku ada soalan la sebenarnya. Dah lama aku nak tanya." Kayna bersuara Setelah mereka semua berada di ruang tamu.
"Tanya apa, Kayna?" Laura yang menjawab. Yang lain pula melihat kearahnya.

"Ariel tu... Memang tak pernah senyum ke? Atau, kat muka dia tu memang tak ada perasaan ke?" Itulah soalan yang selalu bermain di fikirannya sejak bertemu dengan Ariel.

Yang lain melihat antara satu sama lain dan kemudian melihat kearah lain. Wajah mereka menjadi muram.

"Ada apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa korang.....?" Kayna tidak dapat melanjutkan soalannya melihat wajah mereka.

"Tak apalah kalau korang tak nak cerita. Aku faham cerita tu sedih untuk korang." Kayna tidak mengharapkan lebih lagi. Dia takut melukakan hati mereka.

"Tak.. Kau salah seorang ahli dalam Elementalist. Jadi kau pun perlu tahu, Kayna." Xoel sebagai ahli paling tua merasa bertanggungjawab.

"Tapi, jangan bagitahu Ariel yang kitaorang ceritakan ni kat kau." Reyra menyambung kata-kata Xoel.

"Okay. Aku tak kan bagitau Ariel. Ada apa sebenarnya?" Keinginan untuk tahu makin besar didalam hati Kayna. Dia menunggu sahaja sehingga mereka mula bercerita.

"Semuanya berlaku lima tahun lalu..." Xoel mula bercerita dan Kayna mendengar dengan seksama.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now