Episod 2: Something weird.

9.7K 567 1
                                    

Bunyi loceng yang nyaring mengejutkan Kayna dari tidur indahnya. Tangannya bergerak-gerak mencari jam locengnya. Setelah dapat apa yang dicari dia menutup jamnya itu. Setelah itu dia bangun dari katilnya.

"Nasib tak mimpi lagi." Kayna mendesah lega kerana harapannya semalam untuk tidak memimpikan perkara sama termakbul. Dia berniat untuk masuk ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Sebelum masuk ke bilik air dia melihat kalendar di sebelah pintu bilik airnya. Dia melihat tarikh hari ini yang dibulatkan dengan pen merah berbulan-bulan lalu.

"Hari ni ke. Aku rasa macam tak kisah je. My birthday are just like usual day. Nothing special though."

Setelah itu dia masuk ke bilik airnya. Dia memenuhi tab mandinya dengan air. Dia memasukkan sebahagian tangan kanannya untuk memeriksa suhu airnya.

"Eh? Asal sejuk sangat air ni? Ingatkan dah pasang pemanas. Tak kan la rosak." Dia melihat pemanas airnya untuk melihat kerosakan padanya. Namun pemanasnya masih berfungsi secara normal.

Sekali lagi dia memasukkan tangannya kedalam air. Dia masih merasakan sejuk walaupun pemanasnya masih berfungsi.

"Uwaaaagh???!!!" Kayna menjerit ketakutan melihat sebahagian air di tabnya bertukar menjadi ais. Dia terduduk di atas lantai bilik air. Dia melihat ais tadi bertukar semula kepada air dengan cepat.

Kayna berlari keluar dari bilik air. Dia berdiri di sebelah pintu bilik air yang ditutupnya. Keterkejutannya menyebabkan nafasnya tersekat. Dia berasa sangat terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi.

"A-apa yang b-berlaku tadi?" kerana nafasnya yang tersekat kata-katanya menjadi gagap. Dia melihat tangan kanannya yang merasa sejuk. Sekali lagi dia terkejut apabila belakang tapak tangannya muncul simbol yang bercahaya kebiruan.

"Waaaaaa! Apa ni?!" Dia mengelap tangannya bertujuan untuk menghilangkan simbol itu tetapi ianya masih kekal dan masih bercahaya. Dia berhenti mengusap kerana tangannya berasa sakit.

Kayna bingung hendak berbuat apa. Semua perkara yang berlaku dengan tiba-tiba membuatnya kehilangan akal. Dia tidak dapat berfikir dengan baik.

Dia melihat jam yang tergantung di dinding. "Aduh, waktu kerja dah nak mula! Dah la belum mandi. Apa aku nak buat ni?" Banyak soalan yang bersarang di otaknya. Dia cuba berfikir sejenak. Tapi otaknya tidak dapat memikirkan apa-apa langkah penyelesaian.

"Ah, biarlah! Tak ada yang tau pun." Tanpa berfikir panjang dia terus memakai bajunya tanpa menghiraukan dirinya yang belum mandi. Tangan kanannya dipakaikan sarung tangan hitam agar tidak kelihatan simbol yang bercahaya tadi.
Setelah siap dengan pakaian dan begnya. Dia mula keluar dari rumah. Tangan kanannya yang bersarung terasa panas apalagi dengan warna hitam yang menyerap haba. Namun dia tidak ingin orang ramai melihat tangannya yang bercahaya.

Dia berjalan untuk ke kafe. Tapi setelah melihat jam tangannya, dia mula berlari agar lebih cepat sampai.

Setelah tiba di kafe, Kayna menyapa pak cik Zea. Dia juga menyapa pekerja lain yang memang waktu kerjanya lebih awal darinya.

Dia masuk ke tempat menyalin baju untuk menukar kepada pakaian kerjanya. Dia melihat tangan kanannya yang bersarung. "Mesti nanti orang fikir pelik kan."

Setelah siap menyalin bajunya dia terus memulakan kerjanya. Pelanggan yang datang sangat ramai kerana hari Sabtu dan Ahad adalah hari cuti. Pelayan kafe tersebut hanyalah empat orang. Ianya termasuk dia dan Zea dan dua orang lelaki. Tetapi kerana Zea masuk lambat, hanta tiga orang yang menjadi pelayan sekarang.

Kayna melihat pak cik Zea sedang berada di pintu dapur. Dia berniat mendekati pak cik Zea untuk menanyakan Zea.

"Pak cik" panggil Kayna.

"Ye kayna."

"Zea ada bagitau tak pukul berapa dia masuk?"

"Dia kata dalam pukul 10 macam tu. Kenapa?"

"Oh. Tak de apa lah pak cik".

Setelah itu dia mula bekerja semula. Dia perlu menunggu sejam lagi untuk berjumpa Zea. Dia hendak menceritakan masalahnya tadi pagi kepada Zea kerana hanya dialah yang paling dia percaya.

Pintu kafe dibuka dan muncul gadis berambut merah jambu. Kayna gembira melihat dia. Kayna terus menyerbu kearah Zea.

"Zea." Dia terus memeluk badan gadis itu.

"Eeh. Kenapa ni Kayna? Cepatnya kau rindu aku. Haha." Zea bergurau dengan Kayna kerana melihat tingkah konyol kawannya ini.

"Aku nak ceritakan sesuatu kat kau."

"Cerita apa?"

"Jom." Kayna menarik Zea ke sudut kafe, dimana kawasan yang tidak akan ada yang dengar perbualan mereka.

"Kenapa kena sampai ke sini Kayna? Cerita apa sebenarnya ni?" Tanya Zea yang pelik dengan perbuatan Kayna.

"Nih." Kayna menunjukkan tangan kanannya yang bersarung.

"Kau nak tunjukkan sarung tangan baru kat aku ke?" Kebingungan Zea makin bertambah.

"Tak. Kejap eh aku buka." Kayna membuka sarung tangannya kerana ingin menunjukkan simbol di tangannya. Namun setelah sarungnya dibuka. Simbol tadi sudahpun hilang.

"Kau nak tunjuk tangan kau yang putih tu ke?"

"Tak. Tadi ada simbol pelik kat atas tangan aku. Simbol tu bercahaya."

Zea meletakkan tapak tangannya di dahi Kayna kerana berfikir bahawa Kayna berkelakuan pelik.

"Aku tak demam la Zea." Dia menepis tangan Zea di dahinya. "Betul tadi ada"

"Ok la Kayna. Apa kata kau anggap tu cuma mimpi. Atau mungkin kau memang mimpi tadi. Dah la. Jom mula kerja." Zea mula berjalan ke bilik menyalin.

"Tapi tadi ada." Kayna bercakap seorang. Dia berasa bingung dengan apa yang terjadi padanya tadi pagi dan sekarang. Namun dia tidak mahu berfikir lebih dan terus memulakan kerjanya semula.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now