Episode 35

5.7K 368 0
                                    

KEDUA mereka memanjat kelopak bunga yang besar itu dan menuju kearah sahabat mereka yang masih tertidur.

Kayna membangunkan Reyra dan Laura manakala Ariel pergi membangunkan Xoel dan Leo.

Keterkejutan mereka berempat sama sahaja dengan Ariel dan Kayna. Ariel, Xoel dan Leo berjalan menuju kearah Kayna, Reyra dan Laura. Mereka berdiri sambil melihat satu sama lain.
"Kita kat mana sebenarnya ni?" Leo menanya.

"Tak tahu. Bangun-bangun je kita ada kat sini." Kayna menjawab pertanyaan Leo sambil menggelengkan kepalanya.

"Yang aku peliknya sekarang, macam mana kita ada kat sini. Cuba tengok. Tempat ni macam tak ada penghujung." Laura berkata sambil berpusing-pusing.

"Bukan kau je. Aku sendiri pun rasa pelik juga." Reyra mengeluh panjang.

"Apa lah yang kita kena buat sekarang?" Xoel menanya dirinya sendiri. Dia mencekak pinggang.

"Hei." Sebuah suara kecil membuat mereka semua terkejut. Mereka melihat antara satu sama lain. Suara itu bukan suara mereka.

"Suara siapa tu?" Kayna mencari-cari dimana datangnya suara itu.

"Suara aku." Tiba-tiba sebuah cahaya berwarna oren muncul dari bawah bunga gergasi dibawah mereka. Cahaya itu terbang kehadapan Kayna sehinga membuangnya terkejut.

"Waaa! Apa benda ni?" Kayna terkejut sehingga terjatuh. Yang lain membantu Kayna untuk bangun semula.

"S-siapa kau?" Reyra yang sedang membantu Kayna bangun menanya cahaya itu.

"Tolong jangan terkejut. Kami tidak akan berbuat apa-apa pada kamu semua?" Cahaya itu bersuara lagi.

"Kami?" Tanya Ariel.

Selepas itu muncul dua cahaya berwarna merah jambu dan ungu cair dari tempat yang sama cahaya oren tadi muncul.

"Baiklah, siapa korang?" Reyra menanya lagi.

Cahaya daripada ketiga-tiga benda kecil itu mulai pudar. Menampakkan tiga makhluk kecil berbentuk seperti orang dan bersayap.

"Pari-pari?" Elementalist mengucapkan benda yang sama sebaik sahaja melihat makhluk tadi.

"Kami ialah The Guardian." Pari-pari berwarna ungu tadi mula bercakap.

"Korang... The Guardian?" Leo menunjuk pari-pari itu.

"Ye. Nama saya ialah Citrine." Pari-pari berwarna oren tadi mengenalkan dirinya.

"Saya Amethyst." Kata pari-pari berwarna ungu.

"Dan saya Spinel." Yang terakhir ialah pari-pari berwarna merah jambu.

"Nama saya..." Ariel baru sahaja ingin mengenalkan dirinya sebelum Spinel menyampuk.

"Ariel Castelan. Kan?" Kata Spinel.

"Ya. Tapi bagaimana kamu tahu." Ariel memandang Spinel dengan curiga.

"Kami kenal kamu semua." Amethyst menyebut nama-nama Elementalist sambil menunjuk mereka.

"Korang kenal kitorang?" Tanya Xoel.

"Bagaimana kamu semua boleh berada disini?" Tanya Amethyst. Dia tidak menjawab soalan yang diberikan oleh Xoel.

"Veria menyuruh kami untuk datang kesini. Dan dia juga suruh kami berjumpa The Guardian." Kayna menjawab pertanyaan Amethyst.

"Siapa Veria?" Citrine pula yang bertanya.

Kayna. Keluarkan aku.

Suara Veria mengejutkan Kayna.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now