Episode 36

5.7K 374 16
                                    

TIGA pari-pari berlainan warna itu terbang mengelilingi kolam. Cahaya daripada sayap mereka menghasilkan debu-debu yang berwarna.

Sehabis membuat satu pusingan, kolam itu bercahaya dengan terang namun tidak sampai menyakitkan mata.

Amethyst, Citrine dan Spinel terbang mendekati Elementalist semula. Citrine berada paling hadapan diantara mereka.

"Kami akan mulakan cerita." Kata Citrine.

Tiba-tiba kolam dihadapan mereka mengeluarkan satu gambaran. Gambaran itu bagaikan wayang 3d yang boleh dilihat dengan jelas.

Gambaran itu menunjukkan Altarian yang melakukan hal-hal mereka sendiri.

"Dulu... tujuh puluh tahun dahulu. Altarian tidak mempunyai apa-apa kuasa. Hanya dunia Altar yang mempunyai kuasa. Ianya kuasa alam." Citrine memulakan cerita.

Gambaran itu berubah. Sekarang, ia menunjukkan gua yang sama dan kolam yang sama seperti yang mereka berada. Ditengah-tengah kolam itu terdapat tujuh batu berlainan warna dan bentuk. Batu-batu itu terapung.

"Itu ialah Stonecrystal. Sumber kuasa Altar."

"Mana batu tu sekarang?"  Tanya Ariel.

"Didalam badan kamu. Lebih tepat di dalam jantung kamu." Spinel menunjuk dada mereka.

"H-heh?" Elementalist terkejut. Mereka memegang dada mereka.

"Dalam jantung kitorang.....?" Leo tidak dapat meneruskan soalannya.

"Hihi." Spinel tertawa kecil melihat wajah terkejut mereka.

"Lihat lagi." Sampuk Amethyst

Gambaran itu berubah lagi. Didalam gambaran itu, pulau-pulau terapung tiba-tiba jatuh ketanah. Pokok-pokok mula mati, dan sungai menjadi kering. Elementalist terkejut melihat kejadian itu.

"Kuasa Stonecrystal tiba-tiba menjadi lemah. Dan batu itu berubah menjadi cahaya." Sambung Amethyst.

Gambaran itu menunjukkan tujuh batu Stonecrystal berubah menjadi tujuh cahaya yang berlainan warna.

"Disebabkan kejadian itu, kami bertiga bersetuju untuk meletakkan kuasa alam didalam tujuh kanak-kanak. Supaya kuasa Altar masih kekal seimbang."

Didalam gambaran itu, Amethyst, Spinel dan Citrine sedang bersama tujuh kanak-kanak. Elementalist mengenal kanak-kanak yang berada didalam gambaran itu.

"Itu... kitorang ke?" Tanya Ariel.

"Ya. Mereka ialah kamu. Kami memilih kamu kerana kamulah Altarian yang tidak mempunyai ibu bapa pada masa itu." Kata Citrine.

"Siapa yang lagi satu tu?" Ariel menunjuk seorang kanak-kanak lelaki berambut putih dan bermata hitam.

"Nama dia Kai. Kami beri nama dia Kai Vari. Vari yang bermaksud bayang." Citrine menjawab soalan Ariel.

"Tujuh batu Stonecrystal mempunyai tujuh kuasa berlainan. Api, air, tanah, tumbuhan, angin, petir dan bayang." Amethyst menyambung.

"Cahaya itu kami masukkan kedalam jantung kamu. Termasuklah Kai. Dia diberikan kuasa bayang." Spinel pula yang menerangkan.

Elementalist melihat gambaran dihadapan mereka. Apa yang mereka lihat ialah, tujuh orang kanak-kanak itu bermain dengan kuasa mereka dengan sangat ceria.

"Kamu semua tinggal disini. Kami mengajar kamu bagaimana untuk mengawal kuasa yang kami berikan.

Kuasa Altar menjadi lebih seimbang setelah kami memasukkan cahaya Stonecrystal kedalam badan kamu. Altar menjadi lebih aman." 

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now