Episode 15

6.4K 394 1
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. 16 orang lelaki dan 16 orang perempuan duduk dikerusi yang disediakan di stadium dimana berlangsungnya perlawanan untuk mereka.

Kayna yang bersama Reyra dan Laura masih merasakan gementar. Pertandingan ini bukan sekadar suka-suka. Ianya menentukan siapa yang kuat diantara Altarian muda.

Kayna melihat peserta dari sekolah lain. Senjata mereka juga bermacam-macam. Ada yang besar dan ada juga yang kecil.

"Korang. Tau tak?" Laura tiba-tiba bertanya soalan.

"Tau apa?" Reyra dan Kayna memandang Laura dengan pandangan ingin tahu.

"Aku dengar kan, putera Wyston ada di sini tau." Matanya bersinar-sinar.

"Oh. Ingatkan apa tadi." Reyra memandang tempat lain. Termasuklah Kayna.

"Korang macam tak peduli je." Laura mengembungkan pipinya.

"Memang tak peduli pun." Kayna menjawab sambil tertawa.

Gementar yang dirasakan Kayna hilang terus. Dia dan peserta yang lain menunggu pengumuman.

"Baiklah semua. Kamu harus mengambil nombor untuk menentukan siapa yang akan kamu lawan nanti." Seorang profesor perempuan datang sambil memegang kotak. Dia menyerahkan kotak itu kepada para peserta.

"Semua dah dapat?"

"SUDAH." Para peserta menjawab secara serentak.

"Saya mahu kamu menyerahkan nombor itu kepada profesor disana." Profesor itu mengarahkan jarinya ke sebuah meja yang terdapat empat orang profesor. "Sila beratur ya." Sambungnya lagi.

Semua peserta membuat apa yang diarahkan. Sementara itu, Kayna menanyakan dua orang sahabatnya itu.

"Aku dapat nombor lima. Korang pulak?"

"Aku nombor dua." Laura menjawab sambil melihat kertasnya.

"Jadi maksudnya kau akan berlawan dulu la kan?" Reyra mengintip kertas Laura.

"Rasanya ya lah." Laura menjawab.

"Nombor kau Reyra?" Kayna menanya lagi.

"Aku jauh. Sebelas." Reyra tersenyum sambil menunjukkan giginya yang putih.

Mereka bertiga menyerahkan nombor dan nama mereka kepada profesor yang bertugas. Setelah itu mereka menuju dimana Elementalist lelaki berada.

"Hei, korang!" Reyra memanggil mereka bertiga sambil melambaikan tangannya.

"Oh. Hei!" Leo melambaikan tangannya semula.

"Korang dapat nombor berapa?" Laura menanyakan mereka bertiga soalan yang sama.

"Kenapa kau nak tahu? Bukannya lelaki dan perempuan akan berlawan pun." Leo melihat Laura sambil "mengangkat keningnya.

"Aku nak tahu je. Salah ke?" Laura memandang Leo dengan wajah merajuk.

"Aku dapat nombor sembilan. Xoel pulak tiga dan Ariel lapan. Puas."

"Ish, korang ni. Sehari kalau tak bergaduh memang tak boleh ke?" Reyra memarahi mereka berdua. Kayna pula hanya tertawa melihat gelagat mereka.

"Korang dah sedia dah ke?" Xoel melihat mereka semua satu persatu.

"Mestilah." Jawab yang lain kecuali Ariel. Ariel hanya menjawab dengan caranya sendiri iaitu 'hm' sahaja.

Para penonton mula datang dan duduk ditempat duduk. Semakin lama semakin ramai sehingga tempat kosong sudah habis. Mereka semua memenuhi stadium itu.

Ahli Elementalist duduk di tempat yang disediakan untuk mereka. Sama seperti yang lain.

"Baiklah semua. Pertandingan akan bermula sebentar lagi." Suara yang kuat dari pengacara membuatkan yang lain duduk dengan kemas.

"Pertandingan ini akan dimulakan dengan perlawanan lelaki kemudian perempuan secara berasingan.

Saya akan beritahu kepada semua. Pertandingan ini mungkin akan mengambil masa selama tiga hari. Maklumlah semua para peserta pertandingan ini sangat hebat."

"Baiklah perlawanan pertama.." Pengacara itu mula menyebutkan nama pesera itu.

Pada hari pertama, semua ahli Elementalist berjaya memenangi perlawanan pertama dan kedua mereka.

Susah? Rasanya tidak. Mereka berjaya mengalahkan dua lawan mereka semua kurang daripada 20 minit. Bahkan Kayna juga.

Para penonton sudah balik ke rumah mereka masing-masing. Peserta yang tinggal ialah Elementalist dan dua orang lain.

Dirumah Elementalist mereka semua sedang berbincang tentang esok harinya.

"Esok aku akan lawan Leo. Ariel pula Ryan. Kayna akan berlawan dengan Laura. Reyra dengan Fiona." Xoel menunjukkan carta perlawanan yang dibuatnya sendiri. Semua nama peserta dia tulis didalamnya.

"Aku tengok diorang ni agak hebat waktu berlawan tadi." Kayna mengingati adegan perlawanan mereka semua.

"Mestilah. Kalau tak diorang tak akan masuk empat yang pertama tau."

"Tapi aku yakin kita akan menang." Laura berdiri dari sofa dan bercekak pinggang. Itu menunjukkan rasa semangatnya.

"Kita? Esok akan ada kita yang berlawan antara satu sama lain." Leo mengingatkan Laura.

"Oh. Ye tak ye jugak kan." Laura melihat Kayna. Esok dia akan berlawan dengannya lagi. Dia mengingati hari dimana mereka berlawan.

"Biarlah. Dapat tempat ketiga pun jadilah." Laura mengangkat bahunya. Dia duduk semula disofa sebelah Reyra.

"Kita lawan bersungguh-sungguh esok. Tak kira siapa pun lawan kita. Okay!" Kayna memberikan kata-kata semangat kepada mereka semua.

"Tu dah mesti." Leo menjawab acuh tak acuh.

"Lagipun aku masih tak dapat kalahkan dua orang ni langsung." Leo melihat dua sahabat lelaki di sebelahnya. Xoel tersenyum kekok manakala Ariel seperti biasa, tiada perasaan.

"Ryan kuasanya ialah kelajuan dan Fiona pula membentuk sesuatu. Kuasa diorang ni agak hebat jugak." Reyra menggaru pipinya.

"Setiap kuasa ada kelemahan sendiri."
Setelah berdiam dari tadi, akhirnya Ariel membuka suaranya.

"Ye. Kau betul." Kayna mengangguk. Bersetuju dengan apa yang dikatakan Ariel.

"Memandangkan hari dah malam, apa kata kita masuk tidur terus." Xoel melihat kearah tingkap. Gelap.

"Oh dah malam eh? Patutlah aku rasa ngantuk." Leo menguap. Entah berapa kali dia menguap sedari tadi.

"Aah. Aku pun ngantuk juga." Reyra bangun diikuti dengan yang lain. Kecuali Ariel.

Kayna yang melihat Ariel masih duduk disofa menegurnya.

"Ariel?"

"Pergilah dulu. Aku ada benda nak fikir." Ariel tidak melihat Kayna. Pandangannya tertumpu pada kertas Xoel tadi.

'Dia risau ke? Tak mungkin la.' Kayna bermonolog sendiri.

"Kalau macam tu, aku pergi dulu. Jangan berjaga lama sangat. Kau perlukan tenaga kau untuk esok." Kayna mengingatkan Ariel.

"Hm." Hanya itu sahaja jawapan yang diberikan Ariel. Kayna terus naik ke biliknya. Walaupun ada sedikit rasa risau, dia yakin Ariel tahu apa yang dibuatnya.

Setelah semua masuk dan tinggal dia seorang, dia melangkah keluar.

Bintang di langit menjadi tujuan matanya. Dia tidak memikirkna hari esok. Dia memikirkan beberapa tahun lepas.

Selama sejam dia berdiri, namun rasa lenguh tidak juga terasa dikakinya. Dia masuk semula kerumah dan menuju ke biliknya.

Seperti yang lain, dia masuk tidur. Bersedia untuk hari esok pula.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now