"Okay! Jom! Aku tak sabar nak tengok baju kau," balas Nayeon lalu menarik tanganku ke arah gaun tersebut. Semangat! Aku yang nak bersanding ke dia yang nak bersanding?

"Eh by the way, kau beli baju baru eh?" Soalku. Tak pernah pula aku nampak Nayeon pakai baju ni. Sebenarnya Nayeon ni memang bukan jenis nak pakai baju berulang.

Entah berapa banyak baju yang ada dalam wardrobe dia. Kalah selebriti. Pantang nampak baju cantik, memang dia terus beli.

"Haah baju baru. Cantik kan?" Balas Nayeon lalu berpusing-pusing untuk memperagakan dress nya. Jadi model tak bertauliah pula dia.

"Cantik! Kau pakai sedondon dengan Mingyu ke ni?" Soal aku. Nayeon pernah bagitahu dulu kalau waktu aku kahwin dia nak pakai baju warna sedondon dengan Mingyu.

Itu pun dia nak bagitahu kan? Tak penting pun padahal.

"Haah, Mingyu ada kat bilik Kai," balas Nayeon sambil kembali menyambung langkah untuk mengambil gaun aku.

Aku hanya menganggukkan kepala mendengar jawapan Nayeon. Sebenarnya aku sendiri tak tahu baju Kai hari ni macam mana.

"Wehh, cantik gila baju kau oh my god!" Nayeon terjerit kecil sebaik sahaja dia melihat baju aku yang tergantung. Aku hanya tersenyum mendengar pujian Nayeon.

Itu pun aku minta tolong Junho yang pilihkan sekali waktu tu. Nasib baik lah Junho tu ada citarasa yang menarik so boleh tolong aku.

"Dah dah. Jom cepat tolong aku pakai. Takut terlambat pula nanti," ujar aku lalu masuk ke tempat persalinan baju tanpa menoleh kebelakang.

Aku tahu Nayeon mesti dah ambil gaun tu and ikut aku.

°°°

Tok! Tok!

Ketukan di pintu mengejutkan kami. Oh lupa nak cakap, Jieun masuk semula tadi sebab nak tolong aku pakai veil. Kalau suruh Nayeon entah apa lah jadi nanti.

Jadi si peliklah aku gamaknya.

"Jap, aku tolong buka," Nayeon terus melangkah ke arah pintu tanpa membuang masa. Aku pula masih berdiri di hadapan cermin untuk melihat kalau-kalau ada cacat cela pada penampilanku.

 Aku pula masih berdiri di hadapan cermin untuk melihat kalau-kalau ada cacat cela pada penampilanku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rasanya okay dah ni.

"Sayang, dah siap?"

Tak lain tak bukan suara bangKai lah tu. Aku tidak menoleh. Entah kenapa tiba-tiba aku rasa berdebar untuk melihat Kai.

Macamlah aku tak pernah tengok dia. Ish.

"Dah," balasku pendek. Aku terasa ada sepasang tangan melingkari pinggang aku yang ramping ini. Kau hade?

"Buka mata. Pandang belakang," ujar Kai perlahan. Ish dia tengok pantulan pada cermin lah ni. Tu yang tahu aku tutup mata.

"Macam mana nak pusing kalau awak tu peluk saya macam ni," aku mengetap bibir. Semenjak dua menjak ni makin mengada pulak Kai ni ish. Oh ya aku dah mula membahasakan diri aku 'saya' dan memanggil Kai dengan panggilan 'awak'.

Memang tak lah aku nak panggil dia Abang ke sayang ke.

At least not for now.

"Ok ok," dia melepaskan lingkaran tangannya dari pinggangku. Perlahan-lahan aku menoleh ke belakang.

Handsome gila suami aku!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Handsome gila suami aku!

Kai nampak segak dengan sut hitam yang dipakainya. Rambutnya pula disisir kemas. Sumpah kacak!

"Abang tahulah abang handsome Tapi jangan lah sampai ternganga," ujar Kai lalu menyentuh daguku dan menolak nya kembali ke kedudukan asal.

"Tak adalah handsome sangat," tipuku lalu mencebik. Usah dipuji bangKai ni, nanti sampai esok pagi dia ungkit. Aku tak sanggup nak dengar.

Kai hanya tertawa. Entah lah dia ni mudah terhibur tau.

"But you look so pretty tonight sayang," bisik Kai kepadaku lalu mempamerkan senyuman terlebih manisnya. Mukaku mula merona merah. Uh ni aku benci ni.

"Ehem, pengantin dah siap? Jomlah majlis dah nak mula," kata Mingyu yang entah dari mana dia datang pun aku tak tahu. Nayeon di sebelahnya hanya tersengih-sengih.

Melalui senyuman Nayeon, aku pasti dia dengar dan nampak apa yang aku dan Kai buat. Eii stalker!

"Dah," balas aku dan Kai serentak. Chemistry ya'lls

"Okay so jom?" ujar Mingyu sambil mendepakan tangan kanannya seakan-akan memberi laluan kepada aku dan Kai.

Kai menoleh ke arahku. "Ready sayang?" ucapnya sambil menghulurkan tangan kanan kepadaku.

Aku menarik nafas sedalamnya lalu mengangguk.

"Yes, I am,"

Huluran Kai aku sambut dan tangannya aku gengggam.

Erat.


🌸🌸🌸

Yayyyy habis dahh!!! 💃






















Ok tak. Tak habis lagi. Ada lagi satu chapter~ 🙆 macam biasa, thanks to those who has read this far I really appreciate it! 💕

Btw im so sorry for late update 🙇 (even rasanya takde yang menunggu pun 😂😂)

Nanti author akan buat special chapter. Tunggu yaaa 😉 hehe

Btw thanks for 5K reads guys!! 😭♥

[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Where stories live. Discover now