Bab 61

17.3K 362 6
                                    

      Sudah sebulan Alisya belajar di USM Penang. Maksu nya juga telah mengizinkannya membawa kereta ke mana sahaja dia hendak pergi. Termasuk ke USM.

      "Hai semua," tegur Alisya lalu melabuhkan punggungnya di kerusi yang berada di bilik kuliah.

      "Hai Sya," balas Syafikah dan Maisara serentak. Maisara sudah menerima Alisya sebagai kawannya sejak kejadian bulan lepas.

      "Hang datang dengan apa?" tanya Syafikah. Syafikah ni dia memang berasal dari Penang. Maisara pula berasal dari Johor.

      "Dengan kereta maksu aku," jawab Alisya. "Kereta apa?" tanya Maisara pula.

       "Kenapa nak tahu?" tanya Alisya pula. "Saja," jawab Maisara sambil tersenyum.

       "Audi a8," jawab Alisya malas. "Wow! Kaya ye kau," kata Maisara.

        "Tu bukan kereta aku. Tu kereta maksu aku," kata Alisya. "Keluarga hang kaya ka?" tanya Syafikah pula.

       "Kenapa korang banyak soalan hari ni?" tanya Alisya pula. "Ye la. Lagi sebulan je kita nak berpisah. Jadi,kita kena lah kenal dengan lebih rapat," jawab Maisara. Alisya hanya mengangguk.

        "Okey macam ni. Daddy aku Dato'. Ibu aku dah meninggal. Aku tak pernah tengok ibu aku. Cuma dalam gambar je. Abang aku pula,dia pensyarah. Pak long aku,aku tak pernah jumpa lagi. Dan maksu aku,dia baik sangat. Aku duduk dekat rumah dia sekarang," kata Alisya. Kisah Irfan,Alisya tidak cerita. Biar lah itu rahsia dia.

       "Oh. Kaya jugak la keluarga hang ni," kata Syafikah. Alisya hanya tersenyum.

        "Mesti bahagian kan keluarga kau?" tanya Maisara. Tiba-tiba Alisya menjadi sebak.

        Alisya hanya memberikan senyuman.

****************

      "Sya," panggil seseorang. Alisya yang baru saja hendak masuk ke dalam kereta menoleh ke belakang.

      "Eh Azim. Kenapa?" tanya Alisya. "Awak free tak malam ni?" tanya Azim.

        "Free. Kenapa ye?" tanya Alisya lagi. "Kalau awak free. Saya nak ajak awak keluar makan dengan saya. Malam ni," kata Azim.

         "Oh,okey je. Pukul berapa?" tanya Alisya. Azim sudah tersenyum kegembiraan.

          "Pukul 8 malam," jawab Azim. "Nanti saya jemput awak," kata Azim lagi. Alisya hanya mengangguk.

***************

         Kring...kring...Deringan telefon memberhentikan Alisya yang sedang memakai shawl.

        Alisya mencapai telefonnya yang berada di atas katil.

   Aida

      Alisya terus menjawab panggilan tersebut. "Assalamualaikum Sya," ucap Aida yang berada di hujung talian.

      "Waalaikumussalam Aida. Wei kenapa kau baru call aku? Kau tau tak aku rindu kau," kata Alisya.

       "Eh,eh. Kau marah aku pula. Kau tu yang tak bagitahu aku yang kau pindah Penang. Kau tau tak aku selama ni cari kau macam orang gila. Abang kau cakap kau lari rumah. Luruh jantung aku. Minggu lepas baru dia cakap yang kau pindah Penang. Geram ye aku!!! Macam nak terajang je abang kau tu. Huh," bebel Aida.

       "Sorry la. Aku memang nak bagitahu kau. Tapi aku sibuk. Bulan depan aku habis belajar. Dan mungkin aku akan duduk kat KL balik," kata Alisya.

Abangku, Suamiku!  Where stories live. Discover now