Bab 30

21.1K 424 11
                                    


         "Nak pakai baju ape?" tanya Alisya kepada dirinya sendiri. Jari telunjuknya diletakkan di dagu.

         "Kalau aku pakai sport shoes,okey tak?" tanya Alisya kepada dirinya sendiri.

         "Pakai je la," bisik Alisya di dalam hatinya.

       
*********

         "Angah,jom. Sya dah siap," kata Alisya.

         Alif yang sedang bermain telefon mendongakkan kepalanya sedikit untuk melihat Alisya.

        Mata Alif tidak berkedip melihat Alisya. "Biar betul ni adik aku," bisik Alif di dalam hati.

        "Angah. Are you okay?" tanya Alisya. Alif mengangguk lalu bibirnya mengukir senyuman.

         "Angah. Okey tak Sya pakai macam ni?" tanya Alisya.

Pakaian Alisya :

Pakaian Alisya :

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


         "Okey. Cantik sangat," balas Alif jujur.

         "Terima kasih," kata Alisya. "Sama-sama. Okey lah. Jom pergi," balas Alif.

           Alisya hanya mengangguk kan kepalanya. Mereka jalan beriringan sambil berpegang tangan menuju ke arah kereta.

           "Jemput masuk miss hijabster," pelawa Alif sambil membuka pintu kereta untuk Alisya.

             Alisya tergelak kecil. Dia masuk ke dalam kereta sewa BMW tersebut.

           "Thanks mr.handsome,"kata Alisya sebelum pintu kereta di tutup oleh Alif.

           Alif sudah tersenyum gembira. Dia masuk ke dalam kereta.

**********

        "Dah sampai," kata Alif lalu mematikan enjin kereta sewanya.

         "Dekat mana ni?" tanya Alisya.
"Jom naik cable car,"kata Alif. Soalan Alisya hanya dibiarkan.

          "Apa?! Kereta kabel?! Angah tahu kan yang Sya ni gayat. Kenapa bawak Sya datang sini?" tanya Alisya.

         "Sya. Kita kena buang rasa takut tu. Angah tau Sya gayat. Tapi perasaan gayat tu akan hilang apabila kita cuba Sya," balas Alif.

          "Okey. Sya boleh naik cable car tapi angah kena janji yang angah akan teman Sya," kata Alisya.

           "Okey," jawab Alif ringkas.

          Mereka membeli tiket. Selepas beberapa minit menunggu,sekarang giliran Alif dan Alisya untuk naik.

         Alisya merangkul lengan sasa Alif. Alif hanya tersenyum melihat Alisya.

         Mereka masuk ke dalam kereta kabel. "Angah. Sya takut," kata Alisya apabila kereta kabel itu bergerak.

         "Shhh. Jangan takut. Angah ada," jawab Alif. Alif memeluk bahu Alisya.
          "Sya,cuba buka mata. Tempat ni cantik Sya," arah Alif.

           Alisya membuka matanya perlahan-lahan. "Wow! Cantiknya," kata Alisya.

            "Cantikkan ciptaan Allah," kata Alif. Alisya menganggukkan kepalanya.

           "Sya gayat lagi ke?" tanya Alif tiba-tiba. Alisya memandang wajah angahnya.

          "Angah tahukan kenapa Alisya takut sangat dengan tinggi," kata Alisya. Alif mengangguk kan kepalanya.

6 tahun sebelum

      "Angah! Angah dekat mana?!"jerit seorang perempuan yang berumur 13 tahun. Air matanya mengalir dengan laju.

      "Angah! Umi! Walid! Along! Tolong Sya! Sya takut!" jerit perempuan tersebut. Dia tersangkut di dalam kereta kabel.

       "Ya Allah, tolong aku. Aku takut Ya Allah. Tolong selamatkan aku. Kenapa Kau uji aku macam ni? Kenapa Kau sangkutkan aku dalam kereta kabel ni?" tanya perempuan tersebut.

       Dia melihat di bahagian bawah. Kelihatan pokok-pokok yang banyak. Ya,dia tersangkut di tengah -tengah.

       "Angah tolong Sya angah. Angah janji yang angah akan sentiasa ada kalau Sya takut," kata Alisya. Ya,nama perempuan tersebut ialah Alisya.

      "Umi, mana Sya ni? Angah risau la," kata Alif. Dia mundar-mandir kerana risau akan adiknya.

        "Tuan, puan. Kami nak minta maaf. Anak Tuan dan Puan tersangkut di tengah-tengah," ujar seorang pekerja lelaki.

        "What?! Tersangkut?! Macam mana boleh tersangkut?!" tanya Alif. Dadanya turun naik -turun naik sebab marah.

        "Angah, sabar. Kita kena doakan supaya Sya okey je dekat sana," kata Airina.

        Setelah 30 minit menunggu, anggota bomba dan polis sampai di tempat kejadian.

         Alif menaiki helikopter bersama-sama dengan anggota polis dan bomba.

         Alif ternampak cable car Alisya. Dia melihat Alisya sedang menangis.

        "Sya! Sya!" panggil Alif. Alisya melihat pintu kaca cable car. "Angah!" dia menjerit.

       Anggota bomba dan polis memecahkan pintu kaca cable car tersebut.

        "Sya," jerit Alif. Alif memeluk tubuh adiknya. Dia mengucup kepala adiknya yang dibaluti dengan shawl.

       "Sya okey?" tanya Alif. Tiada jawapan. Alif memandang wajah Alisya.

        "Ya Allah! Sya? Kenapa ni?" tanya Alif. Dia melihat mata adiknya terpejam. Dia memeriksa nadi adiknya. Alhamdulillah masih hidup.

        Mereka di bawa ke hospital. Dan selepas kejadian itu, Alisya takut dengan tinggi atau lebih tepat dia fobia tinggi.

Abangku, Suamiku!  Where stories live. Discover now