Bab 37

17.3K 354 12
                                    


         "Nama saya Nurul Aida binti Raiziman. Saya cadangkan Puteri Alisya binti Megat Idrus," kata Aida.

          "Okey,terima kasih Aida. Siapa Puteri Alisya?" tanya Cikgu Fatimah.

            "Saya cikgu," jawab Alisya. Alisya berdiri apabila Cikgu Fatimah memanggil namanya.

             "Kenalkan diri kamu kepada rakan sekelas baharu kamu," arah Cikgu Fatimah sambil tersenyum manis.

             "Nama saya Puteri Alisya binti Megat Idrus. Semua boleh panggil saya Sya. Waktu sekolah rendah dulu,saya sama sekolah dengan Aida," kata Alisya.

            "Okey, terima kasih Sya. Kamu boleh duduk," kata Cikgu Fatimah.

            "Sama-sama cikgu," balas Alisya.

             "Ada cadangan lagi?" tanya Cikgu Fatimah. Semua hanya menggelengkan kepala.

          "Jadi,kamu semua setuju Sya jadi ketua tingkatan?" tanya Cikgu Fatimah.

           "Setuju," balas semua murid. "Okey. Sya,kamu dilantik menjadi ketua tingkatan 1 Setia," kata Cikgu Fatimah.

          Alisya hanya menganggukkan kepala sambil senyum.

          "Okey, siapa nak cadangkan penolong ketua tingkatan?" tanya Cikgu Fatimah.

          "Saya!" kata seorang lelaki. "Okey,perkenalkan diri kamu dahulu," kata Cikgu Fatimah.

          "Nama saya Nazyr Hayqal binti Nazry. Saya cadangkan Ilman bin Khairi," kata Nazyr.

           "Okey, Ilman kamu dilantik menjadi penolong ketua tingkatan," kata Cikgu Fatimah.

           Kring!!!! Bunyi loceng tersebut menandakan waktu rehat sudah tiba.

           "Sya, tolong aku. Aku nak pergi tandas ni. Kau tolong hantar buku latihan Bahasa Melayu ni dekat bilik guru kejap. Letak dekat atas meja Cikgu Fatimah," kata Ilman.

           "Okey," balas Alisya. Dia menuju ke arah bilik guru. Bilik guru di blok B tingkat 1. Jadi, Alisya terpaksa berjalan jauh sedikit kerana kelasnya di blok F tingkat 2.

          Semasa dalam perjalanan menuju ke bilik guru, Alisya dilanggar oleh seorang lelaki dan menyebabkan semua buku latihan Bahasa Melayu terlepas dari tangannya dan bertaburan di atas lantai.

           "Sorry. Saya tak sengaja," kata lelaki tersebut.

           Lelaki tersebut membantu Alisya mengutip buku yang terjatuh. "Terima kasih," ucap Alisya.

          "Sama-sama. By the way, awak ni form 1 ke?" tanya lelaki tersebut. Alisya hanya mengangguk.

          "Oh, saya senior awak. Saya form 3. Nama saya Afiq Izzudin kelas 3 Setia," kata lelaki tersebut yang bernama Afiq.

          "Oh, saya Puteri Alisya. Boleh panggil saya Alisya. Saya kelas 1 Setia," balas Alisya.

          "Okey. Saya pergi dulu ye. Selamat berkenalan," kata Afiq. Afiq berlalu menuju ke kantin. Alisya pula menuju ke bilik guru.

*********

          "Sya, kau dah makan?" tanya Aida. "Tak lagi. Tadi aku tak sempat nak makan," balas Alisya.

         Mata Alisya hanya fokus pada buku teks Sejarah.

         "Kenapa tak sempat pulak?" tanya Aida.

          "Tadi aku hantar buku. Lepastu, terlanggar senior," balas Alisya.

           "Seriously? Perempuan ke lelaki?" tanya Aida lagi. "Lelaki," balas Alisya.

           "Lelaki? Handsome tak?" tanya Aida lagi. "Kau ni boleh diam tak? Aku tengah study ni," marah Alisya.

           "Hmmm. Ye la," balas Aida. Dia juga mula membaca buku teks Sejarah.

            Sudah 2 bulan Alisya bersekolah di sekolah menengah.

           "Hai Alisya," tegur Afiq. "Eh, hai Afiq," balas Alisya.

            "Alisya, Afiq nak cakap sikit boleh?" tanya Afiq. "Cakap je la," balas Alisya.

            "Afiq sebenarnya.....sebenarnya, suka Alisya. Afiq dah jatuh cinta dengan Alisya," kata Afiq.

          Alisya tergamam. "Afiq suka Alisya?" tanya Alisya tidak percaya.

           "Yes, Afiq suka Alisya. Sudi tak Alisya jadi girlfriend Afiq?" tanya Afiq.

            "Mestilah setuju," balas Alisya. Bibirnya menguntum senyuman manis.

            Afiq sudah tersenyum gembira. "Thanks sayang," kata Afiq. "Jangan la panggil sayang," kata Alisya.

            "Biar la. Afiq panggil Alisya sayang, Alisya panggil Afiq abang. Okey?" tanya Afiq.

            "Okey je," balas Alisya.

     

         

            

        

          

Abangku, Suamiku!  Where stories live. Discover now