Bab 56

17.1K 375 3
                                    

       "Sya ni Tok Mah. Nenek Sya. Nama sebenar nenek ialah Fatimah," Siti memperkenalkan Tok Mah kepada Alisya sebaik sahaja Alisya masuk ke dalam rumah kayu moden tersebut.

       "Assalamualaikum nek. Nenek sihat?" tanya Alisya sambil menyalam tangan neneknya.

       "Waalaikumussalam. Alhamdulillah, sihat ja. Ha Alisya, hang panggil tok ja. Tok sah dok panggil nenek. Tok tak biasa," kata Tok Mah.

       "Baik tok," jawab Alisya. "Ha hang Fahmi,pi letak beg tu dalam bilik," arah Tok Mah kepada Fahmi.

        "Arahan di terima," jawab Fahmi. "Tok sah duk arahan di terima sangat la. Pi buh lekaih," kata Tok Mah.

        "Buh lekaih?" tanya Alisya tiba-tiba. Fahmi tergelak apabila Alisya tidak memahami maksud 'buh lekaih'.

        "Kau kenapa gelak? Lawak ke?" tanya Alisya tidak puas hati. "Mamat ni,nampak je handsome tapi menyakitkan hati. Huh," bisik Alisya di dalam hati.

        "Eh,hang marah ka? La,muka ja lawa. Tapi perangai macam ngan apa," kata Fahmi.

         "Diam la kau," kata Alisya. "Tak mau," jawab Fahmi.

         "Fahmi,tok suruh hang buh beg tu dalam bilik. Lekaih la," kata Tok Mah.

         "Ya tok. Sabaq sat," kata Fahmi. Fahmi berlalu pergi menuju ke bilik untuk menyimpan beg bagasi aku dan maksu.

         "Sya,mai duduk sini," pelawa Tok Mah sambil menepuk-nepuk sofa di sebelahnya.

        Alisya hanya menurut arahan Tok Mah.

         "Sya dah kahwin kan?" tanya Tok Mah tiba-tiba. Alisya hanya diam. Dia tidak tahu mahu menjawab apa.

         "Daddy Sya dah habaq kat tok. Betul ka?" tanya Tok Mah. Alisya hanya mengangguk.

         Kedengaran Tok Mah menarik nafas panjang. "Tok harap Sya tabah hadapi semua ni. Doa banyak-banyak. Semua yang jadi ni mesti ada hikmah," nasihat Tok Mah.

        Alisya hanya memberikan senyuman hambar. "Dah la,pi mandi. Bilik Sya kat tengah tu," kata Tok Mah sambil menunding jari telunjuknya ke arah pintu bilik yang berada di antara bilik kiri dan bilik kanan.

       Alisya mengangkat punggungnya. "Sya masuk dulu ye tok,maksu," kata Alisya sebelum masuk ke dalam bilik. Siti dan Tok Mah hanya mengangguk.

      Alisya membuka pintu bilik tengah tersebut lalu masuk kedalam.

      "Ba!!!" sergah Fahmi yang sedang berdiri di belakang pintu bilik tersebut.

      Kerana terkejut dengan sergahan tersebut,Alisya tidak sengaja menumbuk perut Fahmi.

      "Adoi!! Sakit la," Fahmi mengadu sambil memegang perutnya yang ditumbuk oleh Alisya tadi.

      "Wei Fahmi. Sorry, sorry. Aku tak sengaja. Kau la ni, yang pi sergah aku apa hal?" kata Alisya.

      "Aku saja nak bagi hang terkejut. Tak tau pulak yang hang ni pi tumbuk perut aku," balas Fahmi.

       "Padan muka kau," kata Alisya.

      "Ya Allah, kenapa ni? Apa yang terjerit-jerit? Sampai kat luaq boleh dengaq," tanya Tok Mah yang baru masuk ke dalam bilik.

      " Fahmi ni tok. Dia sergah Sya," kata Alisya.

       "Tok,ceq saja nak bagi dia terkejut. Tapi,dia pulak yang pi tumbuk perut ceq," balas Fahmi.

       "Eleh. Kata kuat,tapi lembik. Pondan," kata Alisya sambil merangkul lengan Tok Mah.

       "Mulut hang jaga nah. Aku cabai sat gi baru hang tau," kata Fahmi. Alisya sudah ketawa melihat Fahmi marah.

       "Ish ampa dua ni. Baru kenai hari ni dah gaduh. Nanti lama-lama bercinta baru tau," kata Tok Mah.

       "Ee!! Tak nak la bercinta dengan pondan," kata Alisya.

      "Eleh. Sekarang hang panggil aku pondan. Nanti hang panggil aku abang," kata Fahmi.

       Alisya terdiam sejenak."Abang? Ya Allah,macam mana la keadaan Irfan sekarang ni? Tolong lah bagi dia kekuatan," bisik Alisya di dalam hati.

      "Woi! Duk pikiaq apa pulak hang ni?" tanya Fahmi.

       "Duk pikiaq laki aku," balas Alisya selamba. "Laki? Hang dah kahwin ka?" tanya Fahmi.

       "Dah," jawab Alisya. Fahmi agak terkejut.

       "Dah la ampa ni. Fahmi keluaq dari bilik ni, Alisya nak mandi," arah Tok Mah.

       Fahmi pun keluar dari bilik tersebut.

       "Sya,bilik ni ada tandas. Jadi,hang tok sah la duk mandi kat luaq tu. Bahaya," kata Tok Mah sebelum keluar dari bilik Alisya. Alisya hanya mengangguk lalu mengunci pintu.

       Alisya membuka tudungnya lalu mencari tualanya di dalam beg bagasi.

       "Mana tuala ni?" tanya Alisya kepada dirinya sendiri sambil menyelongkar begnya.

       "Ha. Ada pun," kata Alisya lalu mengambil tualanya dan membersihkan dirinya.

       

Abangku, Suamiku!  Where stories live. Discover now