Bab 24

19.6K 457 9
                                    

           "Angah,jaga Sya baik-baik tau. Nanti kalau dah sampai sana, call umi terus. Okey?" ujar Puan Sharifah kepada Alif.

          "Ye umi. Nanti sampai,angah telefon umi," jawab Alif. Ni dah masuk 9 kali um

           Puan Sharifah, Tuan Megat Idhrus, Airina dan Azam juga turut berada di KLIA 2. Mereka menghantar Alif dan Alisya di KLIA 2.

           Tiba-tiba pengumuman tentang penerbangan ke Langkawi akan berlepas 20 minit lagi.

           "Umi,walid,kak long and abang long. Alif and Sya pergi dulu. Bye. Assalamualaikum," ujar Alif lalu menyalami tangan keluarganya.

          Alisya juga melakukan perkara yang sama seperti Alif tetapi dia tidak menyalam tangan abang long iparnya. Entah la,umi tak bagi pula. Bila Alisya tanya,uminya cuma diam je.

          "Waalaikumussalam," balas mereka berempat.

           Alisya dan Alif berjalan beriringan ke ruangan penerbangan.
Mereka berdua melambaikan tangan kearah keluarga mereka.

          
******

           Di dalam kapal terbang, Alif menyimpan beg pakaiannya dan beg pakaian Alisya di tempat meletak beg.

          Alisya yang sedang bermain dengan telefonnya tidak menyedari yang Alif sedang memerhatikannya.

        Alif melabuhkan pungunggnya di sebelah Alisya. "Sya," panggil Alif.

        "Ye angah," balas Alisya lalu melihat wajah angahnya.

        "Sya suka tak bercuti dengan angah ni?" tanya Alif. Suaranya agak sayu sedikit.

         "Of course suka. Sapa tak suka pergi bercuti dengan abang dia sendiri. Mestilah suka," jawab Alisya.

         Alif tersenyum mendengar jawapan Alisya. Alisya juga membalas senyuman angahnya.

        Selepas beberapa minit berborak,mereka tertidur. Alisya tidur sambil merangkul tangan Alif dan kepalanya berada di bahu Alif. Kepala Alif pula berada di atas kepala Alisya.

********

        Selepas mendengar pengumuman yang mereka telah tiba di Langkawi, Alif terjaga dari tidurnya.

        Dia melihat kepala Alisya yang berada di bahunya. Senyumannya terukir secara tiba-tiba.

         "Sya,bangun. Kita dah sampai ni," kejut Alif sambil menggongcangkan tubuh Alisya perlahan.

         Alisya mengeliat kecil. Alif yang melihat tingkah laku Alisya,tergelak kecil.

        "Apa gelak-gelak? Lawak ke?" tanya Alisya dalam nada yang seperti marah. Eleh,marah manja je.

        "Comel la Sya ni. Macam nak cubit je pipi tu," jawab Alif. Pipi Alisya sudah berona merah.

         "Hahahaha. Sya ni memang suka blushing ke apa?" tanya Alif. "Mana ada," jawab Alisya laju.

         Alif dan Alisya berjalan keluar dari kapal terbang.

********

         "Assalamualaikum. Ini Encik Alif?" tanya seorang lelaki yang agak berusia sedang berdiri di hadapan sebuah kereta BMW berwarna hitam.
 
         "Waalaikumussalam. Ya saya Alif," jawab Alif. "Encik Alif. Ini adalah kereta sewa Encik Alif. Dipersilakan masuk," kata lelaki tersebut.

         "Oh. Terima kasih. Pak cik ni nama apa?" tanya Alif.  "Panggil Pak Mat ja. Pak Mat bekerja sebagai penghantar kereta sewa," jawab Pak Mat.

          "Oh. Okey lah kalau macam tu. Saya pergi dulu ye Pak Mat," ujar Alif. "Okey," jawab Pak Mat.

         Alif dan Alisya masuk ke dalam kereta BMW hitam tersebut. Perlahan-lahan kereta tersebut bergerak menuju ke jalan raya.

Abangku, Suamiku!  Where stories live. Discover now