Bab 53

18.6K 399 7
                                    

Adam memarkir kereta audi a8 nya di garaj. Pemandu Dato' Megat juga memarkirkan kereta Vellfire milik Dato' Megat di garaj.

Adam keluar dari keretanya dan menuju ke arah kereta Vellfire milik daddy nya.

"Tolong angkat Sya naik atas. Dia dah tidur," kata Dato' Megat yang baru keluar dari perut kereta Vellfire kepada Adam.

Adam mengangguk lalu mencepung tubuh adiknya masuk ke dalam rumah.

Adam membaringkan tubuh Alisya di atas katil. Tudung shawl yang dipakai oleh Alisya di bukanya.

Adam mengucup dahi Alisya. "Sya,abang Adam tahu sape yang buat semua ni. Satu hari nanti,Sya akan tahu semuanya. Abang janji akan jaga Sya," bisik Adam di dalam hati. Adam menyelimutkan tubuh Alisya.

Adam keluar dari bilik Alisya dan menuju ke biliknya.

***********

"Sayang,bangun. Abang ni," kejut seseorang. Alisya membuka sedikit kelopak matanya.

"Abang?" tanya Alisya. "Ya,ni abang. Sayang,abang nak minta satu permintaan. Tolong jangan tinggalkan abang walau apa pun yang terjadi," kata Irfan.

"Saya janji. Saya takkan tinggalkan abang," jawab Alisya bersama senyuman manis.

"Tunggu abang sampai bila-bila," kata Irfan. Tiba-tiba bayangan Irfan hilang sedikit demi sedikit.

"Abang! Jangan tinggalkan saya! Abang dah janji!" jerit Alisya. Namun bayangan Irfan sudah hilang.

"Abang!!!" jerit Alisya.

"Sya? Sya?" panggil Adam sambil menepuk kedua-dua pipi Alisya menggunakan telapak tangannya dengan perlahan.

Kelopak mata Alisya terbuka luas. Tiba-tiba Alisya memeluk tubuh Adam erat.

"Sya nak jumpa Irfan," kata Alisya dalam tangisan. "Ya Allah. Sya jangan nangis. Abang Adam ada," kata Adam.

"Sya nak jumpa Irfan. Sya rindu suami Sya. Sya nak minta maaf dekat dia," kata Alisya lagi.

"Ye,ye. Nanti abang Adam bawa Sya jumpa Irfan," balas Adam.

"Betul ni?" tanya Alisya lalu meleraikan pelukan. "Betul adik ku yang tersayang," jawab Adam.

Adam menyeka air mata Alisya menggunakan ibu jarinya.

"Jom breakfast. Daddy dah tunggu. Harini Sya takde kelas," kata Adam. Alisya hanya mengangguk.

"Sebelum tu,mandi dulu. Lepas mandi turun breakfast," kata Adam lagi.

"Okey. Abang Adam turun la dulu," balas Alisya.

************

"Good morning everyone!"ucap Alisya lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Adam.

"Good morning too," balas Dato' Megat dan Adam serentak.

"Sya nak makan apa? Roti atau mihun?" tanya Adam.

"Mihun la," jawab Alisya. Adam mencedok mihun ke dalam pinggan Alisya.

"Thanks,"ucap Alisya lalu menyuap mihun ke dalam mulutnya.

"Welcome," balas Adam lalu menyambung suapannya.

"Abang Adam tak pergi kolej ke?" tanya Alisya. "Tak. Harini abang Adam ambil cuti," balas Adam. Alisya hanya mengangguk lalu menyuapkan mihun ke dalam mulutnya.

"Sya dah okey ke?" tanya Dato' Megat tiba-tiba. Alisya memberhenti suapannya. Adam juga melakukan perkara yang sama seperti Alisya.

"Apa maksud daddy?" tanya Alisya sambil melihat wajah Dato' Megat.

"Sya dah boleh terima semua ni? Tentang Sya kena berpisah dengan Irfan?" tanya Dato' Megat.

"Berpisah? Abang Adam tak cakap apa pun tentang ni. Abang Adam cakap yang abang Adam akan bawa Sya jumpa suami Sya dekat hospital nanti," kata Alisya.

"Jumpa? No way!" kata Dato' Megat. "But why?" tanya Alisya.

"Sebab umi dia dah khianati keluarga kita! Daddy tak suka orang yang khianat keluarga kita!" jawab Dato' Megat.

"Apa yang umi dah buat?" tanya Alisya. "Sya lupa ke? Semalam dia tuduh Sya! Dan Sya boleh melutut dekat dia! Daddy tak suka!" jawab Dato' Megat.

"Daddy please. Sya nak jumpa suami Sya. Sya nak jaga dia. Sya nak duduk dengan dia," rayu Alisya.

"No way! Daddy tak izinkan Sya jumpa keluarga diorang. Termasuk suami Sya! Daddy akan uruskan surat penceraian kamu," kata Dato' Megat.

"No! Sya tak nak bercerai! Sya sayang Irfan. Daddy tolong lah faham perasaan Sya. Sya merayu," jawab Alisya lalu mendekati Dato' Megat.

"Kalau Sya tak nak bercerai dengan Irfan, Sya kena ikut syarat daddy. Syarat daddy ialah mulai esok Sya kena pindah ke Penang. Sya akan sambung belajar dekat sana,"kata Dato' Megat.

"Penang? Jauhnya. Kalau Sya pindah sana,Sya nak duduk dengan sape? Dan macam mana dengan kolej Sya?" tanya Alisya.

"Sya akan duduk dengan Mak Su. Dan Sya akan belajar dekat sana selama 2 bulan," jawab Dato' Megat. "Mak Su?" tanya Alisya.

"Petang nanti Mak Su sampai. Nanti Sya kenal la dengan dia," sampuk Adam.

"Sya setuju ke tak?" tanya Dato' Megat. Alisya terdiam. "2 bulan duduk Penang. Mampu ke aku tahan rindu dekat Irfan?" tanya Alisya di dalam hati.

"Kalau aku pindah,aku akan berjauhan dengan Irfan. Tapi kalau aku tak pindah,aku akan bercerai dengan Irfan. Ya Allah. Tolong lah hamba-Mu ini," bisik Alisya di dalam hati.

Alisya melihat wajah Dato' Megat.
"Sya setuju," kata Alisya. "Betul ni?" tanya Dato' Megat.

Alisya mengangguk. "Okey. Pergi kemas pakaian Sya," kata Dato' Megat.

Alisya menuju ke biliknya. Setibanya di dalam bilik,Alisya mengunci pintu dari dalam.

Alisya menekup mukanya menggunakan bantal. Alisya melepaskan tangisannya. Dia rindu Irfan. Ya,dia rindu sangat dengan suaminya. Tetapi,ini ialah pilihan yang terbaik untuknya dan Irfan.

Tapi Alisya mahu jumpa Irfan buat kali terakhir. Walaupun hanya satu saat. Alisya mahu melepaskan rindunya terhadap Irfan.

Tiba-tiba Alisya terlihat sebuah buku di atas meja yang selalu dia melakukan assingment . Seperti diari. Tapi diari sape? Takkan Alisya punya kot. Dah la kulit buku tu warna biru muda. Biru muda? Tu bukan warna kesukaan Irfan ke?

Alisya menuju ke arah meja tersebut. Di capai buku tersebut. Terpampam tulisan 'Diariku' di kulit buku tersebut.

Abangku, Suamiku!  Where stories live. Discover now