Bab 35

17.9K 433 4
                                    


          Alisya berenang sambil menikmati kesejukkan Tasik Dayang Bunting

          Tiba-tiba ada seseorang merangkul tubuhnya dari belakang.

          "Hai sayang. Sorang je ke?" tanya orang itu. "Macam suara lelaki," bisik Alisya di dalam hati.

           Alisya hendak menoleh menghadap orang itu tetapi tidak berjaya kerana pelukan dieratkan.

          "Woi!" jerkah seorang lelaki. "Macam suara angah je? Ya Allah, lelaki mana pulak peluk aku ni," bisik Alisya di dalam hati.

         Tiba-tiba pelukan dileraikan. Alisya menoleh untuk melihat siapa gerangan yang memeluknya. Betapa terkejutnya Alisya.

         Afiq?! Ya, Afiq yang memeluk Alisya.

         "Alif melompat masuk ke dalam tasik. Dia menumbuk muka Afiq. Afiq memegang tepi bibirnya yang berdarah. Mulutnya pecah.

          Afiq membalas dengan menumbuk perut Alif. Alif mengerang kesakitan. Orang ramai mula berkumpul.

          "Kau sapa nak peluk bini aku! Kau bukan mahram dia lah bodoh!" jerkah Alif.

           Alisya tergamam. Alif mengaku yang Alisya ni isteri Alif. Betul ke?

          "Ada aku kisah ke?! Aku boyfriend dia!" balas Afiq.

          "Afiq! Kau kata apa? Boyfriend? Hahahaha, kau lupa ke? Kau dan aku dah putus! Putus! Kau yang curang dengan aku! Lepastu, tiba-tiba muncul kau kata kau boyfriend aku. Aku tak akan pernah mengaku kau tu boyfriend aku !" jerkah Alisya. Sekarang, dia sudah hilang sabar.

         Alif terkejut mendengar Alisya memarahi Afiq. Dia tidak pernah melihat Alisya marah begini. Nampak sangat yang Alisya kecewa dengan Afiq.

         "Kau akan jadi milik aku Alisya! Itu janji aku!" jerkah Afiq. Dia berenang meninggalkan Alif dan Alisya.

          "Sya okey?" tanya Alif. Alisya hanya mengangguk.

***********

          "Sya, bangun. Dah sampai resort ni," kata Alif.

           "Hmmm," balas Alisya. Dia meregangkan sedikit tubuh-tubuhnya.

            Alisya dan Alif berjalan menuju ke arah bilik mereka.

            "Sya pergi tidur ye. Kalau nak makan panggil angah. Nanti angah belikan untuk Sya," kata Alif.

             "Angah. Perut angah sakit lagi tak?" tanya Alisya tiba-tiba.

             "Sakit sikit je," balas Alif. Dia memegang perutnya yang ditumbuk oleh Afiq tadi.

             "Jom masuk bilik angah dulu. Sya cucikan luka dekat perut angah tu," kata Alisya. Alif hanya mengangguk.

            Mereka masuk ke dalam bilik hotel Alif.

              "Angah, mari duduk sini," kata Alisya sambil menepuk-nepuk sofa di sebelahnya. Alif hanya menurut.

            Alif melabuhkan punggungnya di sebelah Alisya.

             Alisya menyelak sedikit baju Alif. "Eh, Sya buat apa ni?" tanya Alif terkejut. Mana tak terkejut tiba-tiba je adik dia selak baju dia.

             "Nak rawat luka kat perut angah la. Bukannya nak goda angah pun," balas Alisya selamba.

            Alif sudah ketawa terbahak-bahak. Apa yang lawak pun tak tahu.

            "Apa yang lawak?" tanya Alisya sambil menyapu minyak gamat di perut Alif.

            "Tak de apa. Cuma angah terfikir jugak kalau Sya goda angah, nanti jadi apa ye," usik Alif sambil meletakkan jari telunjuknya di dagu seperti sedang berfikir.

              "Gatal la angah ni," kata Alisya. Alif sudah ketawa terbahak-bahak.

              "Sya sayang angah tak?" tanya Alif tiba-tiba.

               Alisya terkejut. Tangannya turut berhenti menyapu minyak gamat di perut Alif.

              "Apa maksud angah?" tanya Alisya balik.

              "Sya sayang angah tak?"tanya Alif.

              "Mestilah Sya sayang angah. Angahkan abang kandung Sya," balas Alisya.

              Alif hanya mendiamkan diri. "Angah, Sya masuk bilik dulu ye. Nak rehat. Letih ni," kata Alisya lalu mengangkat punggung nya.

              Alif hanya melihat kelibat Alisya hilang dari pandangannya.

**********

         Hai semua! Sorry saya baru update. Hari ni, saya update satu bab je. Maaf ye, sekarang ni busy sikit. Ada stayback la apa la.. Saya mintak maaf lagi sekali ye.

         Sorry ^_^

Abangku, Suamiku!  Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum