Bab 8

23.8K 533 0
                                    

Kring.... Bunyi deringan jam membuatkan Alisya tersedar dari lenanya. "Dah pukul berapa ni?" soal Alisya kepada dirinya sendiri.

Alisya mencapai jam di sisi katilnya. "6:20 pagi. Subuh! Aku tak solat lagi," ujar Alisya lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Usai solat, Alisya menyiapkan dirinya untuk ke kolej.

Pakaian Alisya:

Alisya menuruni tangga dan menuju ke meja makan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alisya menuruni tangga dan menuju ke meja makan. Umi,walid,along dan abang Azam iaitu suami along juga berada di situ.

"Assalamualaikum. Selamat pagi semua," ucap Alisya lalu melabuhkan punggungnya di tepi Puan Sharifah.

"Waalaikumussalam. Selamat pagi. Cantiknya anak dara sorang ni," puji along. Malu Alisya apabila dipuji.

"Itu lah. Cantik memang cantik tapi tak ada boyfriend," sampuk Puan Sharifah pula.

"Umi, Sya tak nak fikir soal ni lagi la. Biar la Sya belajar bagi habis dulu ye," balas Alisya lalu nemegang tangan uminya.

"Hai semua! Selamat pagi. Eh, abang Azam pun ada. Bila sampai?" tanya Alif yang baru turun dari biliknya.

"Dah sampai lama dah. Dari semalam lagi tapi abang pergi beli barang kejap. Bila balik Sya dengan Alif dah tidur dah," balas Abang Azam. Alif dan Abang Azam berjabat tangan.

"Oh," balas Alif. "Dah mari makan. Angah, tangan kamu dah tak sakit ke? Dah nak pergi kerja?" tanya Encik Megat Idhrus.

"Tangan okey dah. Jadi angah nak pergi office hari ni," balas Alif. "Tapi kereta angah masih dekat workshop," ujar Alisya.

"Yela. Kalau macam tu, angah tumpang Sya boleh?" tanya Alif. "Boleh je," jawab Alisya. Mereka bersarapan pagi bersama-sama.

Selepas habis sarapan,Alisya dan Alif menuju ke garaj untuk menaiki myvi milik Alisya.

"Angah nak bawa ke Sya?"tanya Alisya sebaik saja berada di keretanya. "Angah la," jawab Alif. Lalu Alisya memberi kunci keretanya kepada Alif.

Alif duduk dibahagian pemandu manakala Alisya duduk di bahagian sisi pemandu. Kereta yang dipandu oleh Alif mula berjalan menuju ke jalan raya.

                            ***

"Thanks angah. Angah bawak la kereta Sya ni ke office angah. Nanti Sya balik angah ambil Sya ya? Pandu elok-elok. Take care," kata Alisya sebaik saja sampai di kolejnya.

"Sama-sama. Sya pun belajar elok-elok. Jangan gatal sangat dengan lelaki. Okey nanti balik angah ambil Sya. Bye," balas Alif lalu mengucup dahi Alisya. Alisya pula menyalam tangan angahnya.

Alisya berjalan menuju ke class nya. Hari ini dia datang awal sedikit ke kolejnya.

Dia menuju ke mejanya. Meja di sebelahnya kosong lagi. Aida tidak datang lagi. Tetapi Anis sudah kelihatan.

"Hai Sya. Macam mana keadaan angah kau?" tanya Anis. "Alhamdulillah, dia dah sihat. Dia dah boleh memandu dan dia dah mula start bekerja dekat pejabat walid aku," jawab Alisya.

"Oh, alhamdulillah. Okey lah aku nak keluar pergi kantin kejap. Hari ni, Sir Leo tak datang. Jadi kita boleh keluar," kata Anis.

"Oh yeke? Tak apa lah, kau pergi lah dulu. Aku nak buat revision sikit," balas Alisya. "Okey," balas Anis.

Abangku, Suamiku!  Where stories live. Discover now