Bab 54

18.2K 380 14
                                    

     Alisya membuka helaian pertama buku tersebut.

    Hari ini,aku akan pergi Langkawi bersama adik ku yang tersayang. Iaitu Puteri Alisya. Aku pergi sana bukan honeymoon ye. Jangan salah faham. Aku pergi sana sebab nak tengok projek. Tapi 2 hari je projek tu. Lagi 12 hari tu,aku bercuti dengan Alisya. Tapikan,kenapa hati aku rasa lain kalau duduk dengan Alisya? Padahal,dia tu adik aku. Bukannya dia tu orang lain pun. Adik aku je. Tapi entah la,aku rasa aku dah jatuh cinta dengan Alisya. Aku pun tak tahu sejak bila perasaan tu muncul. Pelikkan? Tapi aku dapat rasa yang aku dah jatuh cinta dengan Alisya. I love you so much Puteri Alisya.

                                          Yang benar,
                                            Alif Irfan

     Tanpa disedari air mata Alisya mengalir di pipi. Bibirnya mengukir senyuman. "I love you too abang," ucap Alisya.

     Alisya membuka helaian kedua pula.

     Hari ni, aku gembira sangat. Nak tahu kenapa? Sebab,semalam Sya datang bilik aku. Dia kata dia takut guruh. Jadi aku bagi la dia tidur dengan aku. Masa aku nak tidur dekat sofa,dia suruh aku tidur tepi dia. Dia cakap jangan tinggalkan dia. Aku pun tidur la dengan dia. Aku tak sangka yang kami tidur dalam pelukan. Tapi tak pe,kamikan adik-beradik. Masa aku bangun pagi tu,aku tengok muka Sya tak berkedip. Cantik sangat!! Macam bidadari!! Aku rasa cinta aku dekat dia semakin bertambah.

                                         Yang benar,
                                          Alif Irfan.  

      Alisya tergelak kecil apabila teringatkan peristiwa tersebut. Semasa mereka berada di Langkawi.

     Tiba-tiba pintu bilik Alisya diketuk dari luar.

    Alisya menyimpan diari tersebut di dalam laci meja. Alisya menuju ke arah pintu dan membuka pintu biliknya.

     "Sya dah kemas barang?" tanya Adam sebaik sahaja Alisya membuka pintu. Alisya menggeleng.

     "Boleh abang Adam masuk?" tanya Adam. Alisya mengangguk. Adam masuk lalu melabuhkan punggungnya di atas kaki katil milik Alisya.

      Alisya melabuhkan punggungnya di tepi Adam.

      "Abang Adam minta maaf," ucap Adam tiba-tiba. "Untuk apa minta maaf?" tanya Alisya.

      "Sebab tak bagitahu Sya tentang pindah ke Penang tu," jawab Adam.

     "It's okay," kata Alisya. "Betul ni?" tanya Adam. "Betul la," jawab Alisya.

      "Boleh tak abang Adam bawa Sya jumpa Irfan?" tanya Alisya. Adam tidak menjawab.

      "Boleh tak?" tanya Alisya lagi. Adam menggelengkan kepalanya tanda tidak boleh.

      Air mata Alisya mengalir di pipi. "Kenapa tak boleh? Abang Adam dah janji dengan Sya. Sya nak jumpa Irfan. Sya rindu dia. Tolong lah faham perasaan Sya!" kata Alisya.

     "Abang Adam minta maaf. Daddy tak bagi abang Adam bawa Sya jumpa Irfan," jawab Adam.

     "Kenapa? Kenapa semua orang kena dengar cakap daddy?! Sebab dia Dato'?! Kalau tak nak Sya jumpa Irfan, kenapa kahwinkan Sya dengan Irfan?! " tanya Alisya.

      "Sya! Jaga mulut Sya tu! Abang Adam hormat daddy bukan sebab dia berpangkat Dato'! Tapi sebab dia ayah kandung abang! Dia yang jaga abang Adam dari kecil!" tengking Adam.

Abangku, Suamiku!  Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt