Bab 29

18.7K 423 3
                                    


           Alif meletakkan kereta sewanya di tempat letak kereta. Dia mematikan enjin kereta.

          "Sya,bangun. Dah sampai ni," gerak Alif.

          "Hmmm," jawab Alisya. "Sya,bangun la. Dah sampai ni," kata Alif lagi.

          Alisya tidak menjawab. Alif mendapat satu idea. Bibirnya mengukir senyuman nakal.

          "Kalau Sya tak bangun,angah cium mulut Sya," kata Alif .

          Mata Alisya membulat. Lantas dia bangun. Dia membuka tali pinggang keledar.

          Alif sudah ketawa terbahak-bahak. Alisya mencubit tangan kanan Alif.

          "Adoi. Sakit la Sya," kata Alif sambil menyapu tangannya yang dicubit oleh Alisya.

          "Padan muka," balas Alisya.
"Oh. Dah nakal adik angah sekarang," kata Alif.

          Alisya menjelir lidahnya lantas keluar dari kereta BMW tersebut.

         Alif segera keluar dari keretanya. Alif mengunci pintu kereta BMW tersebut.Dia segera mengejar Alisya.

         Alisya segera membuka pintu biliknya tetapi tidak sempat kerana Alif mengambil kunci hotel tersebut.

        "Angah,bagi la kunci tu. Sya nak masuk bilik la. Penat tau tak," kata Alisya sambil memeluk tubuhnya.

         "Angah boleh bagi tapi Sya kena kiss angah dekat sini," kata Alif sambil menunjukkan pipi kanannya menggunakan jari telunjuknya.

        "Boleh. Tapi angah kena pejam mata angah," arah Alisya.

         Alif memejam matanya sambil bibirnya mengukir senyuman manis.

         Alisya sudah tersenyum kemenangan. Dia merampas kunci biliknya dari tangan Alif dan membuka pintu dengan segera.

        "Sya," panggil Alif. Alisya menutup pintu. Dia sudah ketawa. Alif hanya masam mencuka. Memang la masam mencuka,dah kena tipu.

**********
     
        Bum!!!! Bum!!! Bunyi guruh mengejutkan Alisya. Bum!!! Bum!!! Alisya menutup telinganya menggunakan kedua-dua tangannya.

        "Sya takut. Sya takut. Umi, Sya takut," kata Alisya perlahan. Air mata nya mengalir.

        Hujan lebat berserta kan guruh dan kilat menyebabkan Alisya takut.

       Dia mengambil tudung berwarna hitam dan keluar menuju ke arah bilik angahnya.

        Tok....tok....tok.... Ketukan pintu mengejutkan Alif dari lenanya.

       Alif membuka pintu dan tiba-tiba tubuhnya di peluk oleh seseorang.

       "Sya. Ya Allah. Kenapa nangis ni?" tanya Alif risau.

       "A..a..angah. Sy..Sya ta..takut gu..gu..guruh," balas Alisya gagap. Dia gagap kerana bercakap sambil menangis.

       "Okey,okey. Sya tidur dengan angah ye. Mari masuk," kata Alif. Alif meleraikan sedikit pelukannya.

       Alif membaringkan Alisya di atas katil. Dia menyelimut tubuh Alisya dengan menggunakan selimut.

       Baru dia hendak pergi, Alisya mencapai tangannya.

      "Angah tidur sebelah Alisya ye. Alisya takut. Tolong jangan tinggalkan Alisya," kata Alisya. Air matanya tidak kering lagi.

       "Okey. Angah tidur sebelah Sya. Angah janji,angah tak tinggalkan Sya," balas Alif sambil mengelap air mata Alisya menggunakan jari nya.

       Alif membaringkan tubuhnya di sebelah Alisya. Dia memeluk tubuh Alisya.

       Dalam beberapa minit,mereka telah dibuai mimpi.

*********

       "Sya,bangun. Kita solat Subuh berjemaah," kata Alif.

       Alisya membuka matanya. "Ya Allah!" jerit Alisya.

       "Eh, Sya. Kenapa ni?" tanya Alif.
"Macam mana Sya boleh ada dekat sini?" tanya Alisya.

        "Oh. Semalam Sya datang bilik angah. Sya kata, Sya takut guruh. Jadi angah bagi la Sya tidur sini," jawab Alif.

        Alisya cuba mengingati kejadian semalam. Tiba-tiba pipinya berona merah apabila dia teringat bahawa dia menyuruh Alif tidur di sebelahnya.

         "Dah la Sya. Tak payah nak malu. Pergi ambil wudhuk lepastu kita solat," kata Alif.

         Alisya mengangguk kan kepalanya.

**********
      
         Selepas selesai menunaikan solat Subuh,Alisya meminta izin untuk masuk ke dalam biliknya semula.

        "Sya. Lepas Sya dah mandi semua, Sya bersiap ye. Hari ni,angah nak bawa Sya jalan-jalan," kata Alif.

        "Pergi mana?" tanya Alisya. "Rahsia," jawab Alif.

        "Hmmm. Okey lah. Bye," kata Alisya. "Bye," jawab Alif.

Abangku, Suamiku!  Where stories live. Discover now