Bab 18

21.3K 502 9
                                    

       Hari ini merupakan hari pertama exam. "Okey semua, lagi 5 minit peperiksaan akan bermula. Jadi semua pelajar dikehendaki menyimpan buku," ucap Encik Adam.

       Semua pelajar menyimpan buku-buku mereka di dalam beg. Dan beg mereka di letakkan di hadapan.

      "Ya Allah. Kau permudahkan lah segala urusanku. Kau pinjamkan lah sedikit zat kepintaran mu kepadaku. Amin," Alisya membaca doa di dalam hatinya.

      Dan peperiksaan pun bermula. Alisya menjawab kertas Sains dengan tenang. Semua yang angahnya ajar semalam, semuanya Alisya faham. Rasanya Alif patut jadi pensyarah.

********

      GROUP QUEENS sedang menikmati makanan di kantin kolej mereka.

       "Wei semua, tadi Sains susah tak?" tanya Aida. "Susah wei," balas Anis, Aliya, Hana dan Fakhira serentak. Aida, Anis,Aliya,Fakhira dan Hana memandang ke arah Alisya.

        "Apa?" tanya Alisya. "Aku tanya, Sains susah ke tak?" tanya Aida lagi. "Tak," jawab Alisya lalu menyambung suapannya.

        "Tak kau kata? Wei, kite orang punya susah. Kau kata tak," kata Anis. "Betul la. Tak susah pun," jawab Alisya.

          "Biasa la. Dia kan budak pandai," ujar Hana. "Ish. Korang ni. Kita sama-sama pandai la. Aku pun mula-mula tak faham. Tapi semalam angah aku ajar aku. Jadi, sekarang ni aku dah faham," jawab Alisya panjang lebar.

          "Oh. Kalau macam tu, aku pun nak belajar dengan angah kau la. Boleh tak?"tanya Aida.

         "Nak belajar ke nak menggatal?" tanya Alisya balik. "Alah. Aku gurau je la. Jangan la cemburu," kata Aida.
"Bila masa aku cemburu," jawab Alisya.

         "Jangan tipu lah. Kami tahu kau tu sayang sangat dengan angah kau. Angah kau tu dah macam suami kau aku tengok," sampuk Aliya.

      Alisya hanya membuat tidak tahu. Dia pun berasa pelik. Kenapa dia rasa perasaan sayang terhadap angahnya lain.

*******

     Alisya merehatkan dirinya di atas katil yang berada di biliknya. "Penatnya hari ni," Alisya mengeluh. "Buat apa sampai penat sangat sayang," tanya Alif yang sedang berdiri di pintu bilik Alisya.

       "Eh, angah. Meh duk sini meh," pelawa Alisya sambil menepuk-nepuk bahagian katil di tepinya. Alif menuju kearah tersebut dan berbaring di tepi adiknya.

      "Kenapa angah cuti 2 hari? Hari ni hari Selasa. Jadi hari Khamis baru angah masuk office kan?"tanya Alisya.

        "Angah cuti sebab nak  luangkan masa dengan Sya. Ceh, tak de la. Angah cuti sebab angah nak rehat kejap. Yes hari Khamis baru angah masuk office," jawab Alif.

        "Oh," kata Alisya. "Macam mana exam tadi?"tanya Alif. "Okey je. Hari ni Sains dan Kimia. Alhamdulillah, apa yang angah ajar semalam semua Sya faham. Thanks angah," jawab Alisya.

        "Alhamdulillah. Okey lah macam tu. Ha! Angah lupa nak bagitahu Sya. Sya, lepas exam nanti. Maksudnya minggu depan la kan. Sya nak tak teman angah pergi Langkawi? " tanya Alif.

        Ha! Langkawi! Best ye! Nak pergi!" jerit Alisya teruja. "Tapi angah pergi sana ada projek. Tapi 2 hari je. Sya cuti sebulan kan?" tanya Alif. "Yup," balas Alisya.

       "Kalau macam tu, kita pergi sana 2minggu. Nak tak?" tanya Alif lagi. "Nak!" jawab Alisya teruja. "Okey. Kalau macam tu, buat exam elok-elok. Nanti lepas exam, kita pergi Langkawi! Honeymoon!"jerit Alif teruja.

       "Ha! Honeymoon? " tanya Alisya. "Hahahahaha. Takut ke?" tanya Alif nakal. "Angah elok-elok sikit. Nanti Sya Tae Kwan Do angah baru tahu," jawab Alisya.

       "Angah gurau je la," kata Alif. Tanpa di sedari, mereka tertidur di atas katil yang sama.

       

Abangku, Suamiku!  Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin