Bab 17

20.2K 503 8
                                    

         Selepas habis menunaikan solat Asar, Alisya melipat sejadah dan megangtung telekungnya semula di tempat asal.

         "Nak pergi bilik angah ke tak? Kalau aku pergi, dia marah tak?" tanya Alisya di dalam hati.

         "Pergi je la," bisik Alisya di dalam hati. Alisya melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke bilik angahnya. Bilik Alif terletak di depan bilik Alisya.

        Tok..tok..tok.. Alisya mengetuk pintu bilik angahnya. "Angah,oh angah," panggil Alisya. "Masuk," jerit Alif yang berada di dalam biliknya.

       Alisya membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik angahnya. Kelihatan Alif sedang berbaring di atas katilnya.

       "Angah penat ke?" tanya Alisya. "Hmmm," jawab Alif."Angah nak apa-apa tak?  Kalau angah nak apa-apa, Sya boleh tolong," ujar Alisya lalu duduk di kerusi yang berada di meja kerja angahnya.

       "Siapa lelaki yang ada dalam telefon Sya tadi?" tanya Alif. "Tak penting pun untuk angah tahu," jawab Alisya.

       "Jawab Sya. Siapa lelaki tu? Kalau Sya tak jawab, angah tak izinkan Sya keluar daripada bilik ni," kata Alif. Alif yang tadinya berbaring kini duduk bersila di atas katil.

       "Afiq Izzudin. Dia ex-boyfriend Sya waktu sekolah menengah dulu," jawab Alisya jujur.

       "Kenapa angah tak tahu tentang dia pun? Kenapa Sya tak bagitahu angah? Dan kenapa Sya boleh putus dengan dia?" bertubi-tubi Alif menyoal.

         "Masa tu angah tengah belajar dekat Jerman lagi. Jadi Sya tak nak ganggu angah. Sya putus dengan dia sebab dia.....dia...curang dengan Sya," jawab Alisya. Tanpa disedari airmatanya menitik di pipi.

       Alif terus mendekati Alisya lalu memeluk tubuh kecil adiknya itu. "Shhh, jangan nangis. Angah ada dengan Sya. Kalau dia kacau Sya lagi, angah pukul dia. Biar dia rasa sikit," pujuk Alif.

        "Angah minta maaf ye," kata Alif. "Kenapa angah minta maaf pula?" tanya Alisya sambil menyapu pipinya yang basah.

         "Sebab angah tiba-tiba tak layan Sya tadi. Angah pun tak tahu kenapa angah rasa cemburu bila Sya tengok gambar lelaki lain," jawab Alif.

         "Hahahaha. Angah ni. Sya ingat angah badmood tapi rupa-rupanya, angah merajuk. Macam perempuan la angah ni," kata Alisya sambil tertawa kecil.

        "Sya dah buat revision ke belum?" tanya Alif. "Dah. Tapi Sains Sya tak faham sangat la," jawab Alisya.

         "Kalau macam tu, jom kita pergi mini library. Biar angah ajar Sya," kata Alif lalu menarik tangan Alisya menuju ke mini library.

Abangku, Suamiku!  Where stories live. Discover now