Bab 21

20.3K 502 8
                                    

          "Sya,bangun Sya. Dah pagi ni. Takkan tak bangun lagi? Tak solat Subuh ke?" panggil Alif sambil mengetuk pintu bilik Alisya.

          "Ermmmm.." Alisya yang baru bangun mengeliat di atas katil. Dia menuju ke arah pintu untuk membuka pintu.

            "Ya Allah, Sya. Baru bangun? Anak dara apa macam ni? Tak solat Subuh ke? Dah la tak mandi lagi. Rambut serabai. Dah la rambut Sya tu panjang sampai ke pinggang," bebel Alif.

            Alisya hanya melihat muka angahnya yang membebel. Angah dia kalau membebel, mengalahkan perempuan.

          "Ish angah ni. Boleh tak jangan membebel. Sya tak boleh solat la. Sebab tu la Sya bangun lambat," jawab Alisya sambil memeluk tubuhnya.

           "Kenapa pula tak boleh solat? Kita sebagai umat Islam kena..... Oh, Sya tak boleh solat sebab tu ke?" tanya Alif.

           Alisya hanya menganggukkan kepalanya. "Hmm. Yela, pergi mandi cepat. Umi,walid,kak long dan abang long dah keluar. Diorang pergi kenduri dekat rumah Datin Tasya," ujar Alif.

          "Datin Tasya? Sapa tu?" tanya Alisya. "Ish, pergi la mandi dulu. Busuk tahu tak? Lepas mandi,turun bawah. Nanti angah cerita," jawab Alif lalu melangkah pergi menuju ke ruangan bawah.

*******
    
       "Ba!!!" sergah Alisya. Alif yang sedang menonton televisyen terlompat kecil di atas sofa kerana terkejut dengan sergahan Alisya.

       "Sya. Jangan la buat macam tu. Terkejut angah tahu tak? Dah la angah tengah kusyuk tengok televisyen," marah Alif.

         Alisya tersengih lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Alif.

        "Sorry angah. Sya cuma nak bergurau dengan angah je" jawab Alisya lalu melabuhkan kepalanya di atas bahu Alif.

         Alif sudah tersenyum. "Angah tak nak maafkan Sya," kata Alif. Alif saja mahu berlakon yang dia sedang merajuk.

        Alisya mendongak melihat wajah Alif. "Kenapa angah tak nak maafkan Sya?"tanya Alisya sayu.

         "Alamak, Sya nak nangis ke apa? Tak sanggup la pula tengok Sya nangis," bisik Alif di dalam hati.

         "Angah boleh maafkan Sya. Tapi dengan satu syarat," ujar Alif.

          "Apa syarat tu?" tanya Alisya. Alisya sudah tersenyum gembira.

           "Kiss dekat sini," arah Alif sambil menunjukkan pipi kanannya.

            "Tak nak la," jawab Alisya. Pipi Alisya sudah berona merah.

             "Eh, Sya blushing ke?"tanya Alif. Alif suka melihat adiknya malu.

             "Mana ada," nafi Alisya. "Ye la tu. Kalau tak blushing, kenapa tiba-tiba pipi Sya merah?" tanya Alif.

            Cup! Satu ciuman singgah di pipi kanan Alif. Alif terkejut lalu memegang pipi kanannya. Alisya sudah berlari menuju ke biliknya.

            Sebuah senyuman terbit daripada bibir Alif. "Sya,sya. Selalu buat angah dup dap dup dap," bisik Alif perlahan.

            Alisya menutup pintu biliknya rapat. Pipinya sudah merah. Sebuah senyuman terbit daripada bibirnya. Dia memegang dadanya. "Wow. Dup dap dup dap la. Kenapa aku rasa lain ni?" bisik Alisya perlahan.

           

Abangku, Suamiku!  Where stories live. Discover now