Bab 59

16.7K 325 7
                                    

     Hari ini,Alisya dan maksu nya iaitu Siti akan bertolak ke Penang.

    "Siti,hang bawak kereta elok-elok. Jangan laju sangat. Biaq lambat asal selamat," nasihat Tok Mah.

     "Ya mak. Ceq ingat pesan mak tu. Mak pun jaga diri. Jaga kesihatan," kata Siti sambil menyalam tangan Tok Mah.

      "Sya,jaga diri kat Penang. Ingat yang Sya dah ada suami. Jaga maruah diri," nasihat Tok Mah kepada Alisya pula.

      "Insya-Allah tok. Sya akan jaga maruah Sya dan maruah keluarga kita," balas Alisya sambil menyalam tangan Tok Mah.

      "Fahmi,kau jaga tok tau. Kalau aku dengar yang kau tak jaga tok,aku terajang kau sampai Afrika," ugut Alisya.

       "Ye la. Aku tau," balas Fahmi. "Dah la. Kami pi dulu. Bye. Assalamualaikum," kata Siti.

       "Waalaikumussalam," jawab Tok Mah dan Fahmi serentak.

***************

      "Dah sampai," kata Siti lalu memarkirkan keretanya di garaj.

      Alisya dan Siti keluar dari kereta Volkswagen Polo milik Siti. Di sebelah kereta Volkswagen Polo milik Siti, terdapat sebuah kereta audi a8.

       "Wow! Kaya juga maksu kan. Banglo 2 tingkat. Kereta 2 biji. Dah la kereta mahal-mahal," puji Alisya.

       "Mana ada. Biasa je la. Daddy Sya lagi kaya," kata Siti.

       "Dah la. Jom masuk," pelawa Siti.
"Cantiknya! Pandai maksu pilih tema rumah ni," puji Alisya lagi.

      Dinding yang di cat  berwarna biru muda. Biru muda? Warna kesukaan Irfan! Wow! Tak sangka pula warna ni cantik.

      "Dah la. Jom pi tengok bilik Sya," kata Siti. Mereka pun jalan beriringan naik ke tingkat 2.

      Siti membuka pintu bilik yang berada sebelah kanan.

      Alisya masuk ke dalam bilik. "Wow! Cantiknya! Pandai maksu kemas bilik ni," puji Alisya lagi lalu melabuhkan punggungnya di atas katil.

 "Wow! Cantiknya! Pandai maksu kemas bilik ni," puji Alisya lagi lalu melabuhkan punggungnya di atas katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     Siti juga melabuhkan punggungnya di sebelah Alisya.

      "Biasa ja ni. Bilik Sya dekat Kuala Lumpur lagi cantik," kata Siti.

       "Maksu,terima kasih. Sebab bagi Sya tumpang kat rumah maksu. Sya tak tahu macam mana nak balas jasa maksu," kata Alisya sambil memeluk tubuh Siti. Air matanya mengalir di pipi.

       "Shhh. Tak payah la nangis. Sya ni darah daging maksu. Semua ni sebahagian daripada tanggungjawab maksu," kata Siti.

       "Dah la,pergi bersiap. Lepas ni maksu nak bawak pergi Batu Ferringhi. Makan kat sana," kata Siti sebelum keluar dari bilik Alisya.

***************

      "Dah sampai," kata Siti lalu mematikan enjin keretanya.

       "Restoran apa ni?" tanya Alisya. "Turun dulu baru tau," balas Siti.

Abangku, Suamiku!  Where stories live. Discover now