Bab 5

26.1K 591 5
                                    

      "Nama saya Aliya Farhana binti Mohd Afiq. Encik Adam boleh panggil saya Aliya," kata Aliya.

      "Nama saya Nur Fakhira binti Abdul Rahman. Boleh panggil saya Fakhira," kata Fakhira.

      "Nama saya Nurul Hana binti Mat Rizam. Boleh panggil saya Hana," kata Hana.

      "Nama saya Nur Anis binti Mohammad Rahim. Boleh panggil saya Anis," kata Anis.

      " Nama saya Nurul Aida binti Raiziman. Boleh panggil saya Aida," kata Aida.

      Kini tiba giliran Alisya. "Nama saya Puteri Alisya binti Megat Idrus. Encik boleh panggil saya Sya," kata Alisya lalu memberikan senyuman manis untuk Encik Adam.

       " Megat Idrus?" tanya Encik Adam. Tetapi pertanyaannya hanya terluah di dalam hatinya sahaja.

   
       Kring!!!!! Bunyi loceng membuatkan semua pelajar mengemas barang-barang mereka.

      "Okey semua. Sorry kita tak sempat nak belajar. Jadi kita akan sambung hari esok. Okey bye. Assalamualaikum," ucap Encik Adam.

      "Okey. Bye Encik Adam. Waalaikumussalam," balas semua pelajar. Semua pelajar di Kolej Mutiara beragama Islam.

       "Jom pergi kantin,"Aida mengajak Alisya."Ermmm, jom lah. Aku pun dah lapar dah ni. Tak sempat nak sarapan tadi pagi," balas Alisya sambil memegang perutnya yang kempis itu.

*******
Semasa di kantin Alisya dan groupnya duduk di meja paling hujung.

      "Sedapnya," kata Alisya yang sedang makan Nasi Ayam.

      "Memanglah sedap, tengok lah makcik kantin tu. Terbaikkk," balas Anis.

      Di meja mereka penuh dengan gelak tawa mereka.

        Sedang Alisya menikmati makanannya, telefonnya berbunyi di dalam beg sandangnya.

       "Hello? Assalammualaikum," ucap Alisya."What?! Hospital?! Okey Sya gerak sekarang," kata Alisya.

        "Kenapa Sya? Hospital? Siapa sakit?"soalan demi soalan di tanya oleh Aida.

       "Angah aku kemalangan. Macam mana aku nak pergi hospital ni? Aku tak bawak kereta. Tadi pun angah aku yang hantar," kata Alisya dalam keadaan cemas.

        "It's okay, aku boleh hantar kau. Rilex okay,"balas Aida. "Kalau macam tu, jom pergi sekarang. Angah aku ada dekat bilik kecemasan lagi," kata Alisya.

       "Okey jom," balas Alisya.

*******

      "Umi! Walid!" jerit Alisya ketika melihat ibu bapa nya berada di depan pintu bilik kecemasan.

      "Sya! Umi takut Sya, umi takut," kata Puan Sharifah lalu memeluk anak bongsunya. Puan Sharifah menangis di dalam dakapan Alisya.

      "Umi, umi kena kuat. Kita semua kena berdoa untuk angah. Along dah tahu angah masuk hospital?" tanya Alisya.

       "Dah, walid dah telefon along. Sekarang dia ada dekat Johor Bharu. Dia tengah dalam perjalanan ke KL," jawab Encik Megat Idhrus.

        Tiba-tiba pintu bilik kecemasan di buka. Kelihatan seorang doktor lelaki keluar. "Semua ini keluarga Encik Alif ke?" tanya doktor yang bernama Khairul itu.

        "Ya. Kami keluarga Encik Alif. Macam mana keadaan anak saya doktor?"Tanya Encik Megat Idhrus pula.

         "Alhamdulillah, dia dah stabil. Cuma tangannya sahaja yang cedera. Dan dia boleh dipindahkan di wad," balas doktor Khairul.

         "Alhamdulillah, boleh kami tengok dia, doktor?" tanya Puan Sharifah pula.

          "Boleh, tapi jangan kejutkan dia lagi. Sebab dia perlu berehat secukupnya. Kalau macam tu, saya minta diri dulu ye," balas doktor Khairul.

           Doktor Khairul pun berlalu pergi."Aida, thanks sebab hantar aku. Kau balik lah kolej . Nanti kena marah pula. Dan kau tolong bagitahu Pengetua yang aku ada hal kecemasan sebab tu tak sempat bagitahu dia. And thanks again,"kata Alisya kepada Aida.

       "It's okay la Sya. Aku dah anggap kau macam keluarga aku sendiri. Okey, aku pergi kolej dulu ye,"balas Aida.

        "Bye,assalamualaikum," ucap Aida. "Waalaikumussalam,bye," jawab Alisya.

      

Abangku, Suamiku!  Where stories live. Discover now