Bab 10

22.3K 526 3
                                    

        "Assalamualaikum. Puan Karmila, kenapa dengan anak saya? Dia ada buat masalah ke?" tanya Dato' Mustafa kepada Puan Karmila.

        Dato' Mustafa agak terkejut apabila pihak kolej menelefonnya tadi. Mereka kata bahawa perkara ini berkaitan dengan anak tunggalnya iaitu Nur Asma binti Mustafa.

        "Dato' silakan duduk," Puan Karmila mempelawa Dato'Mustafa untuk duduk di kerusi berhadapan dengannya.

           "Begini Dato', Asma telah membuat kecoh di perpustakaan tadi. Jadi kami terpaksa mengambil tindakan disiplin terhadap dia," Puan Karmila menjelaskan apa yang berlaku.

          "Tindakan disiplin? Hahahaha,  Puan buat lawak ke apa? Dia cuma buat kecoh dekat perpustakaan bukannya dia gaduh atau tumbuk sape-sape pun," kata Dato' Mustafa.

          "Memang dia tak tumbuk atau gaduh dengan sape-sape sebab tak sempat. Kalau saya tak da kat sana, mungkin diorang dah gaduh," balas Encik Adam yang baru masuk kedalam pejabat Pengetua bersama Asma.

           "Kau sape?! Kau tak kenal ke aku sapa! Aku Dato' Mustafa! Aku yang tajakan korang hadiah semua! Tak kenal diuntung!" tengking Dato' Mustafa kepada Encik Adam. Tadi dia duduk kini dia sudah berdiri.

          "Dato' sabar Dato'. Kita boleh bincang elok-elok," kata Puan Karmila.

           "Assalamualaikum," ucap Alisya sebelum masuk ke dalam bilik Pengetua.

           "Waalaikumussalam," jawab semua orang yang berada di dalam bilik Pengetua.

           "Dato' ni Alisya. Pelajar yang Asma tengking di perpustakaan tadi," Puan Karmila memperkenalkan Alisya kepada Dato'Mustafa.

            "Alisya? Apa nama penuh kamu?" tanya Dato' Mustafa. Dahinya berkerut apabila mendengar nama itu.

           "Puteri Alisya binti Megat Idrus," jawab Alisya. "Megat Idrus?" tanya Dato' Mustafa tapi hanya di dalam hatinya sahaja.

           "Dato'?" panggil Puan Karmila.
"Ye, saye," balas Dato' Mustafa. "Dato' kami..," baru Puan Karmila mahu menyambung ayatnya Dato' Mustafa terus menyampuk. "Apa tindakan yang perlu diberi oleh anak saya?" tanya Dato' Mustafa.

         "Markah dia akan dipotong 10 peratus," balas Puan Karmila. "10 peratus? Banyaknya," kata Asma. "Okey. Kalau itu yang boleh buatkan Puan menerima anak saya. Saya terima," balas Dato' Mustafa.

         

Abangku, Suamiku!  Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt