Bab 13

21.6K 535 11
                                    

          "Eh, Encik Alif. Encik Alif masuk pejabat balik ke? Macam mana dengan Sya?" tanya Emelda apabila melihat bosnya datang ke pejabat semula.

          "Ya. Saya masuk office balik. Sya okey dah. Cuma mulut dia lebam sikit," jawab Alif.

         "Oh. Eh, kejap Encik Alif. Tadi Cik Hanis ada datang. Dia kata nak jumpa Encik Alif. Tapi saya kata Encik Alif balik sebab ada kes kecemasan lepastu dia tinggalkan kad ni untuk Encik Alif," kata Emelda lalu menghulurkan kad yang bersampul.

        "Okey. Thanks," kata Alif. Alif menuju ke biliknya. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi kerjanya. Dia membuka sampul surat yang diberi oleh Hanis.

   

      Muhammad Khairul bin Ahmad
                            dan
          Nurul Hanis binti Mansor

   Alif menutup kembali kad tersebut. Rupa-rupanya, kad itu adalah kad perkahwinan Hanis dan Khairul.

     
      "Bodoh! Aku benci kau Hanis! Kau curang dengan aku!" jerit Alif didalam biliknya. "Angah! Are you okay?" tanya Alisya yang terkejut apabila mendengar angahnya menjerit.

       "Sya? Macam mana Sya boleh ada dekat pejabat angah?" tanya Alif kehairanan.

       "Angah tertinggal beg kerja angah. Jadi Sya suruh lah Pak Mat hantar Sya ke sini," jawab Alisya. Alisya meletakkan beg kerja Alif di meja.

     "Are you okay?" tanya Alisya lagi. Alif menghulurkan kad perkahwinan Hanis itu kepada Alisya.

      "Ya Allah. Kak Hanis nak kahwin? Tapi kenapa nama pengantin lelaki Khairul? Nama angah bukan ke Alif ? Kenapa Khairul pulak?" tanya Alisya kehairanan.

       "Dia curang dengan angah," jawab Alif ringkas. "What?! Curang dengan angah? Bukan ke dia tu kekasih angah? Kenapa dia kahwin dengan orang lain pula?"tanya Alisya terkejut.

       "Boleh diam tak!" jerkah Alif. Alisya terkedu mendengar Alif memarahinya. "Sorry," ucap Alisya lalu berlalu meninggalkan Alif.

        "Sya!" panggil Alif. Alisya tidak mempedulikan angahnya yang memanggil namanya. Hatinya sungguh kecewa apabila angahnya memarahinya. Dia cuma mahu mengambil berat tentang angahnya tetapi angahnya pula memarahinya.

      "Puteri Alisya binti Megat Idrus!" jerit Alif. "Apa?!"tanya Alisya. "Sya, angah minta maaf. Angah tak sengaja jerit dekat Sya. Angah tak dapat kawal perasaan marah angah. Angah minta maaf Sya," ucap Alif lalu memeluk tubuh kecil Alisya di tengah ruangan staf-staf pejabat.

       Semua staf-staf pejabat melihat drama dua beradik tersebut dengan senyuman. "Cik Alisya, maafkan lah Encik Alif tu. Nanti tak makan setahun bos kami tu," gurau seorang staf perempuan yang bernama Qistina.

       Semua orang ketawa termasuk Alif dan Alisya. "Okey, disebabkan Qistina suruh saya maafkan bos korang ni sebab takut dia tak makan setahun. Jadi saya akan maafkan dia..," belum sempat Alisya menghabiskan kata-katanya, Alif sudah menyampuk.

      "Terima kasih Sya. Sayang Sya," kata Alif lalu mengucup kepala Alisya yang dibaluti dengan shawl berwarna pink.

      "Ish, Sya tak habis cakap lagi la. Dengar ni, Sya boleh maafkan angah tapi dengan satu syarat. Syaratnya ialah angah kena nyanyi depan kami semua," kata Alisya lalu tersenyum manis.

       "Eleh. Nyanyi je pun. Bukannya suruh pergi terjun banggunan pun," balas Alif. "Mana boleh terjun banggunan. Berdosa," jawab Alisya.

      Semua pekerja ketawa melihat kerenah dua beradik itu. "Okey lah. Angah nyanyi," kata Alif.

Abangku, Suamiku!  Where stories live. Discover now