Bab 19

20.1K 485 21
                                    

           "Ya Allah. Angah! Sya! Kenapa tidur berdua-duaan?" tanya Puan Sharifah yang baru masuk ke dalam bilik Alisya.

          "Eh,umi. Bila umi masuk? Ha,berdua-duaan?"tanya Alisya balik. Alisya melihat sebelahnya. "La,angah tidur sini ke? Sya tak perasan pun," kata Alisya.

           "Angah bangun," Alisya mengejutkan Alif yang nyeyak tidur. "Apa Sya buat dekat bilik angah ni?" tanya Alif dalam keadaan mamai.

           "Amboi. Dia yang tidur bilik orang. Ada hati kata orang tidur bilik dia," jawab Alisya.

           "Eh, angah tidur bilik Sya ke? Hihihihi," tanya Alif sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

          "Ish kamu berdua ni . Dah, pergi mandi. Dah nak masuk waktu Maghrib ni. Lepas mandi,pergi ruang solat. Kita solat berjemaah. Lepastu, kita dinner," kata Puan Sharifah lalu berlalu keluar.

          "Kenapa angah tidur sini?" tanya Alisya. "Mana angah tahu. Tiba-tiba bangun, dah ada dekat sini," jawab Alif lalu keluar menuju ke biliknya.

           "By the way, I Love You," ucap Alif lalu membuat flyingkiss. "Ingat elok?" tanya Alisya. "Elok," jawab Alif lalu keluar dari bilik adiknya.

********

          Selesai sahaja solat berjemaah yang di imamkan oleh Alif, mereka menuju ke ruang makan.

          "Mak Som!" sergah Alisya. "Begitu enak dimakan begitu saja......" Mak Som melatah. Semua orang ketawa termasuk Alisya. "Ish, Sya ni. Mak Som tengah masakkan? Jangan la kacau," marah Mak Som. Mak Som merupakan orang gaji di rumah Tuan Megat Idhrus dan Puan Sharifah.

           "Hihihihi. Sorry Mak Som," jawab Alisya. Alisya melabuhkan punggungnya di sebelah Alif.

************

           "Ikan,oh ikan mengapa engkau tak sejuk?Hari-hari dalam air. Tak demam kah engkau?" nyanyi Alisya di atas titi kolam ikan.

           "Hahahahaha. Lawak la Sya ni," kata Alif yang sedang berdiri di sebelah Alisya.

            "Ish. Apa angah ni? Bila masa ada dekat sini?" tanya Alisya. Pipinya berona merah kerana malu. Malu sebab nyanyi macam orang gila.

            "Sepatutnya, angah yang tanya Sya. Kenapa ada dekat sini malam-malam? Tak sejuk ke? Dia tanya dekat ikan tak sejuk ke? Tapi dia tu pun sama. Dan, angah dah lama berdiri dekat sini. Sya je yang tak sedar," jawab Alif.

           "Ya Allah! Sya lupa. Sya lupa nak ulangkaji. Sya masuk dulu ye angah. Bye. Good night. Love you,"ucap Alisya lalu berlari masuk ke dalam rumah.

           "Love you too. Sya, kalau lah Sya bukan adik angah. Dah lama angah luahkan perasaan angah ni dekat Sya. Tapi, Sya darah daging angah. Macam mana angah nak kahwin dengan Sya?" bisik Alif sayu di dalam hatinya.

*********
 
          Sudah lima hari peperiksaan berlangsung. Hari ini adalah hari terakhir exam.

         Seperti biasa, Alisya akan membaca doa sebelum menjawab soalan.

         Setelah 2 jam berlangsung, peperiksaan Biologi tamat. "Okey semua. Masa sudah tamat. Berhenti menjawab," Encik Adam memberi arahan.

        
**********
    
       "Wei korang, cuti nanti pergi mana?" tanya Aliya. Semua ahli QUEENS yang sedang menikmati makanan melihat Aliya.

         "New York!" jawab Aida teruja. "Wah! Best ye kau," kata Aliya.

          "Aku pergi Penang je,"kata Aliya. "Ala...lek arrr. Aku pun bercuti dekat Malaysia jugak," jawab Alisya.

         "Ye ke? Kau pergi mana?" tanya Aliya. "Langkawi," jawab Alisya lalu menyambung suapannya.

          "Ohhh," kata Aliya. "Korang pergi mana?" tanya Aliya kepada Anis dan Hana.

           "Balik kampung," jawab mereka serentak. "Oh," kata Aliya.

          "Alisya, Encik Adam nak jumpa kau," kata Danie yang baru muncul. "Dekat mana?" tanya Alisya. "Office dia," jawab Danie. "Oh, okey. Thanks,"kata Alisya. "Welcome," balas Danie lalu berlalu pergi.

Abangku, Suamiku!  Where stories live. Discover now