Bab 20

22.1K 490 21
                                    

Tok...tok...tok... "Masuk," pelawa Adam. "Assalamualaikum Encik Adam. Encik Adam panggil saya ke?" tanya Alisya.

"Waalaikumussalam. Oh, Alisya. Ya. Saya panggil awak. Silakan duduk," jawab Adam.

Alisya melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Adam. "Ada apa Encik Adam panggil saya?" tanya Alisya.

"Sebenarnya,saya nak minta maaf dekat awak," jawab Adam.
"Minta maaf ? Encik Adam ada buat salah ke dekat saya?" tanya Alisya hairan.

"Hahahahaha. Lawak la muka awak," jawab Adam. "Cis, dia ni sama je perangai dengan angah," bisik Alisya di dalam hati.

" Sorry, sorry. Sebenarnya, saya nak minta maaf sebab Asma. Tapi awak jangan risau. Dia dah dibuang kolej. Dan Dato' Mustafa pun suruh saya sampaikan maaf ni kepada awak," terang Adam.

"La, Asma kena buang kolej ke? Patut la aku tak nampak dia," bisik Alisya di dalam hati.

"Alisya? Awak dengar tak saya cakap apa?" tanya Adam. "Ye Encik Adam. Oh, dengar. Tak pa la. Saya pun dah maafkan dia,"jawab Alisya.

"Okey la kalau macam tu. Oh ya, yang hari tu ambil awak, abang awak ke?" tanya Adam.

"Ya. Dia angah saya. Alif Irfan nama dia," jawab Alisya. "Oh, handsome. Saya ingatkan, tu suami awak. Yela, awak rapat dengan dia tu semacam," kata Adam.

Alisya tersentak. "Suami?" tanya Alisya di dalam hati. "Hahahaha. Tak lah. Dia angah saya," balas Alisya.

"Hahahaha. Okey lah macam tu. Itu je saya nak cakap dengan awak," kata Adam. "Oh. Okey. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum," kata Alisya lalu bangun menuju ke arah pintu.

"Waalaikumussalam," jawab Adam. "Puteri Alisya binti Megat Idrus. Kenapa aku rasa macam aku pernah kenal kau? Dan kenapa aku rasa yang kita pernah rapat?"tanya Adam di dalam hatinya.

*********

Alisya memandu kereta myvi nya dengan berhati-hati. Dia membuka radio.

Lagu selamanya cinta bermain di dalam radio kereta Alisya.

Alisya membelok ke kiri untuk masuk ke halaman perumahannya. Kelihatan budak-budak kecil sedang bermain di taman.

"Comel yee," bisik Alisya. Alisya berhentikan keretanya di depan rumah umi dan walidnya. Dia menunggu pagar terbuka.

Selepas beberapa saat menunggu, pagar tersebut terbuka. Alisya memarkir keretanya di garaj.

Kelihatan kereta BMW milik angahnya diparkir elok di tepinya. "Awalnya angah balik hari ni," bisik Alisya.

Alisya memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah. "Along!" jerit Alisya. Kelihatan alongnya sedang menonton televisyen bersama suaminya,umi,walid dan Alif.

"Ish, apa anak dara ni. Terjerit-jerit," kata Airina iaitu along kepada Alif dan Alisya.

"Dia memang macam tu. Macam mana la kahwin nanti. Mesti laki lari," kata Alif. "Diam la," balas Alisya lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Alif.

"Along bila sampai?" tanya Alisya. "Tadi pagi. Pukul 10:00," jawab Airina. "Oh. Dah berapa bulan tu?" tanya Alisya sambil menunjukkan jarinya ke arah perut alongnya. "8bulan," jawab Airina.

"8! Wah lagi sebulan nak dapat anak saudara ni," kata Alisya. Semua yang berada di situ ketawa.

"Eee.. Busuknyee. Pergi naik mandi dulu," kata Alif. "Ish,mana ada busuk. Ye la, Sya naik mandi. Sya naik dulu ye semua," kata Alisya.

Semua hanya mengangguk. Alisya berlalu pergi menuju ke biliknya.

Abangku, Suamiku!  Where stories live. Discover now