"Sayang? Are you ok?" aku menoleh ke arah makhluk yang bersuara di sebelahku.

"Opocot kucing Nayeon beranak," aku menekup mulut. What the heck aku melatah kat depan Kai ಥ_ಥ  hilang keayuanku. Huwaa.

Ceh padahal selama ni pun memang kau tak ayu pun ╮(─▽─)╭

Diam kau author!

"Hahhaa, sayang ni lawaklah," Kai tertawa sehingga berair matanya. Oh seronok kan ketawakan aku yang lemah ni? Ish.

Dia lah punya pasal! Bisik betul-betul kat telinga aku apahal? Bila aku toleh tadi hampir sahaja pipi aku tersentuh bibir dia. Manalah aku tak terkejut.

"Gelak, gelak. Fikir lawaklah?"Aku menjuihkan bibir. Ahaks sejak bila pula aku gedik sebegini ya tuhan.

Aku syak aku ter-berjangkit penyakit mengada-ngada Kai.

"Elee, merajuk pula. Tak payah nak buat mulut itik. Nanti kalau abang kiss sayang juga yang menyesal," ujar Kai lalu tersenyum.

Lain macam aku tengok senyuman dia ei gatal!

Aku terus mengembalikan bibirku seperti keadaan asal. Kai ni jangan dibawa gurau. Nanti kang betul-betul pula. Seram aku.

Aku berpeluk tubuh. Malas nak cakap apa-apa. Aku tetap nak merajuk dengan dia!

"Sayang, kalau ya pun nak merajuk, nanti please? Kaki abang dah lenguh ni," kata Kai dengan lembut.

Lenguh? Aku memandang bawah.

Damn! Aku terduduk atas peha dia ke? Patutlah aku rasa macam punggung aku tak kena lantai. Patutlah selesa semacam!

"Ehh sorry! saya tak perasan," aku meminta maaf lalu bingkas bangun. Aduh, malunya! Konon nak merajuk tapi aku juga yang malu sendiri.

Siap rasa selesa lagi tu!  Melampau kau ni Lisa.

"Takpe, Abang tak kisah. Untuk sayang apa pun boleh," ujar Kai sejurus dia bangun. Senyuman terukir di bibirnya.

"Oh ok thanks," seperti lipas kudung aku terus melangkah ke dapur. Malu! Baik aku larikan diri sebelum dia nampak muka aku blushing.

Aku mengambil cawan lalu menuangkan air kosong di dalamnya. Hm tak ada pula aku nampak ibu ke ayah ke. Habis tu siapa tadi?

Tiba-tiba aku terasa seperti ada benda tajam di leher.

"Kai?" kataku perlahan tanpa menoleh ke belakang. Apa ni? Janganlah main-main Kai.

"Diam! Kalau kau nak hidup, baik kau diam!"

Ini..ini bukan suara Kai!

Aku ternampak pisau yang kini berada betul-betul di leherku." Si-siapa kau?" soalku takut. Aku rasa macam nak menangis sekarang ni. Mana Kai?

"Tak perlu tahu. Sekarang ni aku nak kau bagi aku semua barang berharga yang ada kat dalam rumah ni. Faham?" Ujar suara itu lagi.

Aku mengangguk perlahan. Hendak tak hendak, kata-kata manusia misteri yang aku yakin seorang perompak itu aku turutkan.

Aku berjalan perlahan-lahan untuk keluar dari dapur. Dapat aku rasakan mata pisau berada di bahagian pinggang aku.

"Woi! Kau siapa?" Entah dari mana, Kai tiba-tiba sahaja muncul. "Kai!" jeritku. Tidak sempat untuk aku membuat apa-apa, leherku dirangkul oleh lelaki tadi. Sekali lagi, pisau diletakkan dileherku.

"Kau jangan bergerak! Kalau tak, aku bunuh perempuan ni. Ni mesti isteri kau kan?" kata-kata lelaki itu kedengaran sinis.

"Kau nak apa? Nak duit?" balas Kai. Dia berjalan perlahan-lahan ke arahku.

"Yelah, aku nak duit lah. Ke kau nak bagi isteri kau ni je? Heh, aku tak kisah," lelaki itu ketawa sinis.

"Kurang ajar! Kau jangan berani sentuh dia!" Sepantas kilat, tangan lelaki itu terlepas dripada leher aku manakala pisau itu terjatuh. Aku tak tahu macam mana sebab kejadian tu berlaku dengan cepat.

Aku lihat Kai dan lelaki bertopeng hitam itu berbalas tumbukan dan sepakan. Aku syak Kai belajar silat agaknya dulu.

Akhirnya, lelaki itu terbaring lemah. Kai yang terduduk bingkas bangun lalu berjalan ke arahku. Kakinya terhinjut-hinjut.
Mukanya terdapat kesan lebam dan darah.

"Sayang? Okay tak? Ada luka tak? Dia ada buat apa-apa tak?" Soal Kai bertubi-tubi. Aku hanya menggeleng lemah. Mataku terasa kabur dek kerana air mata yang aku tahan sejak tadi.

Kai, aku okay je. Kau tu! Kau tu yang cedera. Namun bibir aku seakan-akan tidak mampu untuk berkata-kata.

"Shh, shh, jangan lah menangis. Abang okay lah," dia menarik aku ke dalam dakapannya. Rambutku diusap. Dapat aku rasakan satu kucupan hinggap di ubun-ubunku.

Aku meleraikan pelukan setelah tangisanku reda.

"Dah, jangan na-" serentak Kai membuka mulut, aku terdengar satu bunyi tembakan dilepaskan, tepat mengenai dada kirinya.

Aku menekup mulut. Kai ditembak depan mata aku!

Sesaat kemudian, dia rebah di lantai.

"Abang!!!"

Duniaku terasa gelap.


🌼🌼🌼

Sorry sangat sebab tak update dah berapa hari niiii. (Ceh! Macamlah ada orang menunggu sangat macam tak je😂😂)

Sesak otak fikir macam2 huhu. Hope you guys will like this tau.

Thank you kepada yang dah baca sampai chapter ni!😭😭❤ yang selalu votes or comment pun thanks sangat tau! I appreciate sangat! (●´∀`●)💜 hope you guys will keep on reading~














[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Where stories live. Discover now