Chapter 14.

Mulai dari awal
                                    

"Tah,mana aku tahu siapa. Kau tanyalah dia" balasku malas. Aku menjeling Nayeon disebelahku. Arghh mood aku dah hilang!

"Kau pahal? Aku tanya je. Mengamuk kenapa? Period ke?" Nayeon memandangku dengan muka tak puas hati namun lama kelamaan aku lihat dia mengukir senyum. Tangan kanannya ditekup ke mulutnya.

"Jangan-jangan, kau cemburu tak?"

"Isyy, apa kau ni cakap perkara merepek , hahahhahahahahhaa lawaklah hahahahhaa," aku acah gelak. Padahal, aku memang rasa macam hati aku kena siat ibarat daging yang nak dipanggang je sekarang ni hm.

"Yeke kau niiii,"  tanya Nayeon ingainkan kepastian sambil buat muka macam ni -> (づ ̄ ³ ̄)づ

"Ya! Ei jangan buat muka tu. Rasa macam nak tumbuk," balasku. Takde muka lain ke dia nak bagi aku? Aku lebih rela tengok muka penyek. (-_-)

"Aku rasa tu kut yang dia cakap cinta sejati dia tu," aku berkata perlahan. Entah kenapa, sukar untuk aku mengungkapkan ayat tersebut. Rasa macam ada benda tersekat dekat tekak.

Uhuk uhuk. Air mana air?

Nayeon menoleh ke arahku. Aku dapat lihat dia sedang cuba untuk membaca perasaanku melalui air muka yang aku tunjukkan. Kena cover ni. Aku buat-buat senyum tapi macam senyum kambing je aku rasa.

Kami kembali memandang ke arah pasangan bahagia tu. Tiba-tiba, Kai melambai ke arah kami. Aku lihat dia berkata sesuatu kepada gadis tersebut.

Gadis itu memandang sekilas ke arahku lalu tersenyum. Dia mengangguk kepada Kai.

Entah-entah dorang kutuk aku kut? Ish, tak boleh jadi ni. Ada apa-apa pelik ke kat muka aku? Ke baju aku?

Kai melangkah ke arah kami. Gadis itu pula pergi entah ke mana. Ada aku kisah dia nak pergi mana? ┐(゚д゚┐)

"Hai ladies, nak pergi mana?" sapanya sebaik sahaja sampai di hadapan aku dan Nayeon. Dia tersenyum.

"Balik rumah Lisa tapi nak pergi kafe dulu," balas Nayeon. Aku tiada mood untuk bercakap sekarang. Mood aku dah hilang dibawa angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa pagi ni huh.

Aku langsung tidak memandang Kai. Aku tak faham kenapa aku nak marah kat dia? Biarlah kalau dia dengan perempuan tu. Dia sendiri dah cakap awal-awal.

Atau, aku yang berharap kat Kai?

Tak, aku rasa tertipu! Tak tahu kenapa. Aku tak sepatutnya macam ni. Wake up Lisa!

"Oh, tadi tu-"

Belum sempat Kai mengahabiskan ayatnya, aku sudah potong dulu. "Eh kitaorg dah lambat lah. Minggu depan jumpa kau eh? K bye," aku segera menarik tangan Nayeon.

Nayeon terpinga-pinga namun sempat mengucapkan selamat  tinggal dan melambai kepada Kai.

Aku tak sanggup nak dengar ayat sambungan dia. Aku takut aku hati aku sakit. Aku takut apa yang aku fikir tu betul.

"Kau ni kenapa? Dia tak habis cakap lagi kan," ujar Nayeon pelik setelah kami jauh daripada Kai. Dia mengerutkan kening.

"Mana ada apa-apa, kau yang lapar kan? Jom lah cepat," bohongku. Aku sendiri tak tahu kenapa aku tipu Nayeon.

Nayeon memandang mataku. Cuba mencari kebenaran di dalam kata-kata yang aku ungkapkan tadi. Dia mengeluh.

"Lisa, kalau kau nak bagitahu apa-apa, aku sentiasa ada untuk kau ok?" Nayeon menyentuh kedua pipiku.

Aku tahu aku tak boleh tipu nenek ni. Dia kenal aku melebihi aku kenal diri aku sendiri. Aku tersenyum sedikit lalu mengangguk.

"Dah, jom pergi," dia menarik tanganku. Aku hanya menurut.

Yeon, macam mana ni? Perkara yang paling aku takutkan dah berlaku. Aku hanya mampu berkata di dalam hati.

Luahkan?

Lain kali kut.

🌼🌼🌼

Happy 1K reads 💕 walaupun baru 1K tapi dah cukup buat author rasa semangat hoho author nak ucap terima kasih kepada yang baca and support ff ni 💕 Maaf sangat kalau ianya tak seperti yang diharapkan atau makin bosan 🙇

Harap baca sampai habis lah ye ಥ⌣ಥ

Votes/ comments if u like it 💕💕




[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang